Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Memorandum Persefahaman Antara LKE Musang Queen dan DKING
Diterbitkan:  Dec 7, 2022 10:55 AM
Dikemaskini: 2:55 AM

LKE Musang Queen merupakan Program Legasi Perkongsian Ladang Durian Patuh Syariah yang pertama di Malaysia. Rakan kongsi yang terlibat di dalam program ini mempunyai akses kepada pelbagai kemudahan pasaran, teknologi penanaman berisiko rendah dan pengeluaran hasil yang berkualiti tinggi yang menjadikannya sumber pendapatan yang lumayan untuk para individu yang terlibat sekaligus mempertingkatkan status ekonomi negara. 

LKE Group Sdn Bhd merupakan pembangunan pertanian bereputasi tinggi yang memberi khusus kepada promosi pertanian yang terdiri daripada LKE Musang Queen, LKE Hydroponic Farm dan LKE Bio Ginger Farm.

Kerjasama merangkumi pembangunan jenama serta pembangunan dan penambahbaikan pengurusan pemasaran

Satu memorandum persefahaman antara LKE Musang Q Sdn. Bhd. anak syarikat di bawah LKE Group Sdn. Bhd. dan Duricious Sdn. Bhd hari ini telah ditandatangani bagi membentuk kerjasama yang strategik dalam industri perniagaan durian. Majlis menandatangani perjanjian ini dihadiri oleh En. Jeremy Chin, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan LKE Musang Q Sdn. Bhd. serta En. Simon Chin dan En. Leron Yee yang merupakan Pengasas Duricious Sdn. Bhd. Kerjasama ini merangkumi pembangunan jenama bagi kedua-dua belah pihak serta pembangunan dan penambahbaikan pengurusan pemasaran, pengedaran dan bekalan untuk memenuhi kehendak pasaran. Mereka juga akan berkongsi maklumat, teknologi dan sumber dalam memperbaiki mutu dan penghasilan durian.

Majlis menandatangani perjanjian ini dihadiri oleh En. Jeremy Chin, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan LKE Musang Q Sdn. Bhd. serta En. Simon Chin dan En. Leron Yee yang merupakan Pengasas Duricious Sdn. Bhd.

Matlamat besar membangunkan kawasan Manchis di Bentong

LKE Musang Queen dan DKing juga meletakkan matlamat besar mereka dalam membangunkan kawasan Manchis, yang terletak di Bentong, Pahang sebagai  kawasan yang mampu menjadi tarikan dalam sektor agro-perniagaan, agro-pelancongan dan pembangunan sumber tanah .

Objektif utama LKE Musang Queen adalah untuk memastikan budaya dan warisan tempatan tetap terjaga dalam setiap usaha pembangunan yang dijalankan melalui program kerjasama yang telus, berisiko rendah dan mematuhi syariah.

Dengan termeterai perjanjian kerjasama ini, LKE Musang Queen dan DKing mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang baharu serta membangunkan nama Malaysia sebagai pembekal utama durian pada peringkat antarabangsa.

Dengan permintaan durian premium yang semakin meningkat, LKE Musang Queen membolehkan para rakan kongsi mengakses pasaran melalui tanah pegangan bebas mereka yang berkeluasan 200 ekar.

Memecahkan rantaian pengehadan pasaran durian Malaysia  

En Jeremy Chin berkata, Program Legasi Perkongsian Ladang Durian Patuh Syariah kami merupakan salah satu opsyen sumber pendapatan yang lumayan untuk individu. Dengan gabungan kemahiran LKE Musang Queen dan DKing sebagai pembekal durian, kami percaya kami mampu memecahkan rantaian pengehadan pasaran durian yang dilabelkan pada Malaysia.

Pihak DKing, En Leron Yee berkata, di bawah kerjasama yang dimeterai dengan LKE Musang Queen, kami akan berkongsi ilmu untuk pengeluaran hasil yang berkualiti untuk tujuan mengeksport.  Kerjasama ini juga bertujuan bagi membina kesedaran tentang kehadiran kedua-dua jenama dan memanfaatkan permintaan utama bagi durian di seluruh dunia.

LKE Musang Queen merupakan Program Legasi Perkongsian Ladang Durian Patuh Syariah yang pertama di Malaysia.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan LKE Musang Queen, DKing dan kerjasama ini boleh didapati dengan melayari  www.linktr.ee/lkegroup atau https://dking.com.my/our-story/ .


Kandungan ini disediakan oleh LKE Group Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS