Boleh dikatakan orang ramai kini telah kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Jadi, risiko untuk terdedah kepada penyakit berjangkit yang lazim seperti cacar air dan rotavirus menjadi lebih tinggi, terutamanya bagi kanak-kanak yang bersekolah.
Give Health A Shot merupakan satu usaha komuniti oleh Merck Sharp & Dohme Sdn Bhd (MSD). Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin seperti cacar air dan rotavirus dalam kalangan kanak-kanak melalui hab kandungan yang menyeluruh dan penekanan tentang kepentingan cara pencegahan.
Kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada cacar air and rotavirus dalam kehidupan seharian mereka. Pencegahan memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan gaya hidup yang lebih sihat untuk keluarga dan komuniti.
Kempen ini dijalankan pada masa yang sesuai dalam mendidik semula ibu bapa tentang cara pencegahan yang boleh diambil terhadap penyakit seperti cacar air dan rotavirus.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerbitkan siaran media pada Julai 2022, mengumumkan penurunan terbesar kadar vaksinasi kanak-kanak dalam jangka masa 30 tahun. Perintah kawalan pergerakan telah menyumbang kepada penurunan ini, mengehadkan akses ibu bapa kepada servis imunisasi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memandang vaksin sebagai langkah penting dalam pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit¹.
Dalam satu siaran media, bekas Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menyatakan impak pandemik COVID-19 telah menyebabkan penurunan kadar imunisasi di pusat kesihatan kerana kerisauan ibu bapa tentang penularan COVID-19². Beliau menyatakan “Kesemua ibu bapa dan penjaga dinasihati supaya menyemak rekod imunisasi anak masing-masing. Jikalau terlepas mana-mana vaksinasi, buatlah janji temu baru di pusat kesihatan.”
Kempen kesedaran MSD membawakan peringatan daripada Kementerian Kesihatan untuk melindungi kanak-kanak daripada penyakit boleh dicegah vaksin dengan tujuan untuk mendidik dan menggalak ibu bapa di Malaysia untuk mengambil langkah pencegahan dalam melawan cacar air dan rotavirus.
Rotavirus adalah salah satu penyakit yang merebak dan amat mudah menjangkiti. Ia mudah menular di kalangan bayi dan kanak-kanak kecil. Virus ini boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk dan muntah yang boleh membawa kepada dehidrasi.. Tambahan pula, ia juga boleh menyebabkan demam dan sakit perut. Hampir semua kanak-kanak di seluruh dunia berisiko terdedah kepada rotavirus sebelum usia lima tahun. Di Malaysia, antara 22% hingga 50% kes cirit-birit direkod akibat rotavirus³.
Kertas kedudukan 2021 Pertubuhan Kesihatan Sedunia tentang rotavirus menyatakan bahawa virus ini merupakan punca utama cirit-birit teruk dan dehidrasi di kalangan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah. Ini telah mengakibatkan anggaran 500,000 atau lebih kematian kanak-kanak dan lebih 2 juta kemasukan hospital di seluruh dunia pada tahun 2000. Perangkaan ini telah menunjukkan keperluan intervensi yang berkesan pada awal kehidupan untuk mengurangkan beban global rotavirus gastroenteritis teruk (RVGE)⁴.
Pada 2010, WHO mengesyorkan penggunaan vaksin rotavirus sebagai sebahagian daripada strategi komprehensif untuk mengawal penyakit cirit-birit bersama-sama dengan usaha pencegahan dan rawatan yang lain⁵. Menurut konsultan pediatrik Dato’ Dr Musa Mohd Nordin, “Persatuan Pediatik Malaysia telah lama memperjuangkan supaya vaksin rotavirus dimasukkan ke dalam jadual imunisasi kebangsaan (NIP).”
Jangkitan cacar air berpunca daripada virus varicella-zoster juga boleh menyebabkan kayap kemudian hari. Gejala yang termasuk adalah demam dan ruam yang berlepuh⁶. Cacar air mudah tersebar apabila individu yang dijangkitinya batuk atau bersin atau apabila individu lain bersentuhan dengan cecair badan individu yang dijangkiti⁷.
Walaupun kesan cacar air biasanya ringan, terdapat juga komplikasi yang mungkin terjadi seperti jangkitan kulit dan saluran darah, pneumonia atau keradangan otak⁷. Langkah-langkah pencegahan amat penting untuk meminimumkan risiko dan boleh membantu mengurangkan kematian⁸. Penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin masih menjadi ancaman dan langkah-langkah pencegahan seperti mengamalkan kebersihan yang baik dan vaksinasi yang sesuai memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan awam dengan melindungi kanak-kanak dan membantu memberikan perlindungan kepada mereka⁸.
Kempen ini sedang berlangsung di pautan ini di mana ibu bapa dan orang awam akan mendapatkan akses kepada sumber dan infomasi yang meluas tentang penyakit boleh dicegah dengan vaksin, cerita daripada ibu bapa lain dan juga video pendidikan.
Kempen ini bertujuan untuk mendekati lebih satu juta ibu bapa di Malaysia untuk memaklum, mendidik dan mencetus rasa mendesak dalam diri mereka untuk mengambil tindakan untuk melindungi anak-anak mereka melalui pelbagai langkah pencegahan.
“Kami mempunyai tanggungjawab untuk memastikan ibu bapa mempunyai akses kepada informasi yang boleh dipercayai dan relevan tentang penyakit boleh dicegah dengan vaksin,” kata Pang Lai Li, Pengarah Urusan, MSD Singapore & Malaysia. “Kami sedang melihat trend yang membimbangkan di mana ibu bapa melangkau vaksinasi kerana takut membawa anak-anak ke pusat kesihatan dengan wabak COVID-19 yang berterusan dan kemunculan penyakit lain seperti penyakit tangan, kaki dan mulut atau cacar monyet.”
“Kami berharap dengan kempen Give Health A Shot dan hab kandungan yang disediakan untuk ibu bapa, mereka akan mempertimbangkan kesihatan dan keselamatan anak-anak mereka dengan serius melalui langkah pencegahan termasuk amalan kebersihan yang baik dan vaksinasi yang sesuai,” tambah Lai Li.
Semak pautan kempen Give Health A Shot dan rujuklah kepada doktor anda tentang apa-apa kebimbangan anda, termasuk perlindungan untuk anak anda sempena tahun baru dan musim persekolahan yang bakal bermula nanti!
RUJUKAN
World Health Organization. Covid-19 pandemic fuels largest continued backslide in vaccinations in three decades. Tersedia di pautan ini. Akses terakhir pada: 24 Aug 2022.
New Straits Times. MOH to Trace Babies, children who missed immunisation during MCO - Noor Azmi. Tersedia di pautan ini. Akses terakhir pada: 24 Aug 2022.
PORTAL MyHEALTH. Rotavirus vaccine. Tersedia di pautan ini. Akses terakhir pada: 24 Aug 2022.
World Health Organization. Rotavirus vaccines: Who position paper – july 2021 – Vaccins antirotavirus : Note de Synthèse de l'OMS – juillet 2021. Weekly Epidemiological Record [Internet]. 2021;28(16).
World Health Organization. Global use of rotavirus vaccines recommended. Tersedia di pautan ini. Akses terakhir pada: 23 Aug 2022.
Centers for Disease Control and Prevention. About chickenpox. Tersedia di pautan ini. Akses terakhir pada: 23 Aug 2022.
Portal MyHealth. Chickenpox. Tersedia di pautan ini. Akses terakhir pada: 23 Aug 2022.
Rodrigues CMC & Plotkin SA Impact of Vaccines; Health, Economic and Social Perspectives. Frontiers in microbiology [Internet], 2020:11(1526).
Kandungan in disediakan oleh Xcess Communication.
