Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Hai Cikgu, Kempen Khas Untuk Anda!
Diterbitkan:  Feb 28, 2023 5:51 PM
Dikemaskini: Mar 4, 2023 5:57 AM

Guru diibaratkan sebagai pelita yang menerangi kegelapan. Tanpa guru, tiadalah  seorang doktor, peguam, polis dan sebagainya. Peranan guru dalam mendidik anak  bangsa sememangnya amat besar. Justeru, bagi menghargai mereka yang bergelar  ‘guru’ dan sempena sambutan Hari Guru 2023, BSN menganjurkan kempen hebat iaitu ‘Pembiayaan Peribadi Khas untuk Guru’ di bawah ‘Skim  Kakitangan Awam Persekutuan’ (SKAP). Kempen ini bermula dari 1 Januari 2023 dan berakhir pada 30 April 2023. 

Apa yang menarik mengenai kempen ini? Kalau anda nak tahu, para guru berpeluang  untuk memenangi hadiah utama berupa BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) RM80,000, hadiah kedua BSN SSP RM50,000 dan hadiah ketiga BSN SSP RM20,000. Selain itu, kadar keuntungan pun menarik iaitu serendah 2.78% setahun dengan had pembiayaan sehingga RM400,000. Wow, menarik! Sambil memohon pembiayaan peribadi, anda juga berpeluang memenangi hadiah!  

Melalui pembiayaan peribadi ini, dapatlah membantu para guru yang memerlukan  wang untuk menyatukan semua komitmen bulanan daripada bank lain seperti kad  kredit, pembiayaan kenderaan atau pembiayaan peribadi dengan kadar keuntungan  yang rendah.  

Bukan itu sahaja, boleh juga gunakan ia untuk pelaburan, pengubahsuaian rumah, melanjutkan pelajaran atau perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri. Tak lama lagi dah nak puasa kan? 

Jangan risau berkenaan dokumen. BSN hanya memerlukan dokumen minimum sahaja seperti kad pengenalan dan penyata gaji.  

Permohonan boleh dibuat dengan mengunjungi Cawangan BSN yang terdekat atau secara dalam talian melalui pautan di bawah: 

Kempen Pembiayaan Peribadi Khas Untuk Guru 

Untuk pengetahuan para guru juga, bagi menggandakan peluang anda menang hadiah yang ditawarkan, anda hanya perlu membuat simpanan sebanyak RM3,000 daripada amaun pembiayaan anda dalam BSN SSP. Selain itu, anda turut layak menyertai kategori Cabutan Guru yang menawarkan hadiah utama BSN SSP RM50,000, Cabutan Jutawan hadiah BSN SSP RM1 juta dan pelbagai hadiah lain melalui kategori-kategori cabutan BSN SSP yang ditawarkan. 

Jadi, para guru, jangan lepaskan peluang hebat ini. Mohonlah pembiayaan peribadi anda bersama BSN hari ini!


Kandungan ini disediakan oleh BSN


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS