KOPETRO jalin kerjasama strategik dengan CARSOME, platform e-dagang automotif terbesar di Asia Tenggara
Putrajaya, 26 Jun 2023 - Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) melalui anak syarikatnya, KOPETRO Trading Sdn. Bhd. memeterai kerjasama strategik bersama CARSOME Sdn. Bhd. (CARSOME), platform e-dagang automotif terbesar di Asia Tenggara, dalam majlis penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Hotel The Everly, di sini, kelmarin.
Majlis ini merupakan permulaan kerjasama strategik di antara kedua-dua entiti dalam usaha memperkukuhkan industri automotif di Malaysia. Kerjasama yang merangkumi pelbagai aspek ini akan menghasilkan peningkatan jenama, capaian pelanggan yang lebih meluas, dan potensi kerjasama yang berterusan di antara KOPETRO dan CARSOME.
CARSOME merupakan platform e-dagang kereta terbesar di Asia Tenggara, dan beroperasi di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. CARSOME ditubuhkan dengan matlamat utamanya untuk untuk mendigitalisasikan industri kereta terpakai di rantau ini dengan memberi pengalaman yang terbaik dalam proses jual dan beli kereta.

Melalui anak syarikatnya seperti iCar Asia, WapCar, dan CarTimes, CARSOME menyediakan penyelesaian terus kepada pengguna dan peniaga kereta terpakai dari permulaan hingga tamat, termasuk pemeriksaan kereta, pemindahan pemilikan, pembiayaan, dan perkhidmatan lain yang berkaitan.

“Kerjasama bersama CARSOME ini memberikan anggota KOPETRO akses mudah kepada rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan CARSOME, serta sokongan selepas jualan yang efektif bagi memastikan pengalaman luar biasa buat mereka,” kata Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim.
Roslan menambah, pemilihan untuk berkolaborasi bersama CARSOME ini juga berhubung kait dengan pelancaran produk pembiayaan terbaharu KOPETRO, Kenderaan-i, yang menawarkan penyelesaian pembiayaan kenderaan yang lebih mudah dan fleksibel, sejajar dengan aspirasi KOPETRO untuk menawarkan produk-produk berinovatif kepada anggota koperasi.

Kehadiran CARSOME telah melengkapkan ekosistem produk pembiayaan tersebut di mana anggota koperasi kini boleh memilih untuk membeli kenderaan daripada syarikat automotif tersebut melalui Kenderaan-i yang menawarkan pembiayaan sehingga RM150,000.
Upacara penyerahan MoU tersebut menyaksikan Wan Ahmad Tarmizi Wan Abd Rahman, selaku Pengerusi KOPETRO Trading Sdn. Bhd., bertukar dokumen MoU dengan Pengurus Besar Negara CARSOME Certified, Alan Cheah.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, KOPETRO dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak-anak syarikatnya, diiktiraf sebagai 10 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga menerima anugerah Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award bagi kategori Riadah - Solusi Percutian dan Pelancongan pada tahun 2022.
KOPETRO turut merangkul dua anugerah berprestij pada tahun 2020 iaitu anugerah oleh The BrandLaureate bagi kategori SMEs Bestbrands e-Branding Awards dan juga Lang International Corporate Titan Awards – Cooperative Icon of The Year 2020.
Baru-baru ini, KOPETRO melancarkan platform dalam talian yang dikenali sebagai proLindung, yang membolehkan pengguna memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih mudah, cepat dan selamat. Sebagai tarikan, KOPETRO menawarkan diskaun sebanyak RM50 kepada 50 pelanggan pertama yang mendapatkan cukai jalan dan takaful kenderaan melalui laman web www.proLindung.com.my.
Selain Keanggotaan dan Servis Kewangan, KOPETRO juga terlibat di dalam bidang Pelancongan dan Riadah, Makanan dan Minuman juga Perdagangan dan Servis Peruncitan, dan perkhidmatan pajak gadai patuh syariah, ArRahnukita, yang diceburi sejak tahun 2021.
Untuk maklumat lanjut mengenai KOPETRO, layari www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial @kopetroberhad di Facebook, Instagram, Youtube dan Twitter.
Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/06/e173577e0abf9d7a9fe716dd1967cf16.png)
