Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Greenwoods Seraya : Kediaman Idaman Yang Anda Impikan
Diterbitkan:  Jul 28, 2023 12:30 PM
Dikemaskini: 4:30 AM

Greenwoods Seraya : Kediaman Idaman Yang Anda Impikan

Kawasan kediaman akan menjadi lebih baik jika mempunyai kawasan yang luas dan kejiranan yang dipenuhi tumbuhan hijau! Bila bangun pagi, mesti tenang rasanya.

Anda boleh menikmati semua itu di Greenwoods Seraya yang terletak di Salak Perdana.Rumah yang menerapkan ciri-ciri moden ini pastinya menambat semua mata yang melihat. Kini terdapat 260 unit rumah bandar 22’x70’ yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik mandi.

Ciri-ciri rumah ini yang terbaik ialah rumah ini dibahagikan kepada dua unit, rekaan unik ini membolehkan dua keluarga berkahwin tinggal bersama-sama. Setiap unit juga mempunyai ruang legar yang dikongsi, disertai dapur, ruang tamu dan bilik yang tersendiri.

Bagi unit tepi, keluasan kawasan amat memuaskan hati. Pelbagai aktiviti luar boleh dijalankan di ruang terbuka ini dan keselesaan dapat dirasai apabila berada di sini. Ada juga taman permainan di dalam kawasan kediaman bagi mewujudkan kehidupan komuniti yang moden. Soal keselamatan pula, kediaman ini berpagar dan berpengawal.

Adalah senang bagi anda untuk menjalankan pelbagai aktiviti luar bersama keluarga di Greenwoods Seraya. Kediaman ini juga berhampiran dengan taman rekreasi, denai dan taman bukit. Pendek kata, kediaman idaman ini dikelilingi alam semulajadi yang menyegarkan! Terdapat juga kemudahan lain di sini, seperti kedai pejabat, sekolah, kedai makan dan runcit. 

Dari segi lokasi pula, kediaman ini mempunyai akses strategik bagi tiga lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara Selatan, ELITE, MEX serta aliran ERL Express. Soal-soal ke mana-mana menjadi lebih mudah, apabila tinggal di lokasi strategik seperti Greenwoods Seraya.

Bermula dari RM440,000 kesemua ini boleh menjadi milik anda. Hentikan pencarian anda! Kini rumah idaman anda sudah pun ditemui. Hanya di Greenwoods Seraya @ Salak Perdana. 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, Layari: https://shorturl.at/koRST


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS