
Sempena sambutan bulan kemerdekaan yang disambut seluruh negara, tak salah rasanya kalau kita kongsi cerita yang positif kan? Pernah tak terfikir saat korang beli barang keperluan dapur tiba-tiba semuanya jadi percuma? Bayangkan betapa leganya dada korang masa tu!
Itulah yang berlaku baru-baru ini menerusi kiriman video milik pempengaruh Pinn Yang yang telah dimuatnaik, beliau telah menjalankan satu eksperimen sosial terhadap orang awam untuk melihat sendiri reaksi mereka. Beliau telah berpura-pura tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar pek kopi yang ingin dibelinya.

Orang awam tersebut kemudiannya bersetuju untuk membantu pinnyang yang tidak mempunyai wang tapi setibanya di kaunter satu ‘KEJUTAN’ telah berlaku. Kerana kebaikan yang ingin dilakukan oleh orang awam tersebut dibalas kembali, troli mereka yang penuh dengan barang dapur telah dibayar oleh Pinn Yang.

Pinn Yang kemudian menerangkan yang semua ini sebenarnya dilakukan bersempena bulan kemerdekaan yang semakin hampir. Di penghujung video, pinnyang dilihat menghadiahkan mereka sesuatu dan mengatakan ianya dari bosnya! Siapa bos dia? Misteri betul! 🤔


Jelas kelihatan kegembiraan pada wajah orang awam tersebut selepas ada dermawan misteri yang sanggup belanja 1 Troli penuh barang dapur. Jadi, Sempena sambutan kemerdekaan kali ni ayuh kita seluruh rakyat Malaysia berusaha untuk melakukan kebaikan walau di mana sahaja kita berada untuk Malaysia yang lebih harmoni dan bahagia! 😉

Dapatkan Ah Huat Coffee di Lazada dan Shopee , serta layari laman sosial Ah Huat Coffee melalui pautan di bawah:
FB: https://www.facebook.com/AhHuatWhiteCoffee
Instagram: https://www.instagram.com/ahhuat_official/
Website: https://ahhuat.com/en/home2/
Kandungan ini disediakan oleh Ads On Marketing
