Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita Kewangan
Muzakarah anjuran CBP platform bincang halatuju landskap kewangan Islam
Diterbitkan:  Dec 4, 2024 4:25 PM
Dikemaskini: Oct 16, 2025 2:39 AM

Co-opbank Pertama (CBP) menganjurkan Muzakarah Muamalat Kewangan Islam (MMKI) 2024 yang mengumpulkan pakar terkemuka dalam sektor kewangan Islam. MMKI 2024 bertemakan ’Hala Tuju Perbankan Islam Mendepani Risiko Baharu’ bertujuan membincangkan cabaran, risiko dan keperluan kepada inovasi baharu dalam landskap kewangan Islam.

Pengerusi Co-opbank Pertama, Datuk Baharom Embi, berkata penganjuran MMKI 2024 menjadi platform amat penting untuk perbincangan yang lebih mendalam mengenai risiko baharu dan pendekatan strategik dalam menghadapi perubahan ekonomi dinamik.

"Fokus MMKI untuk membincangkan langkah terhadap mitigasi kepada risiko baharu yang timbul dalam industri kewangan Islam terutama kecenderungan kepada amalan ’monopraktis’. Kami berharap perbincangan ini akan mendorong kepada penyelesaian inovatif yang dapat menyokong pertumbuhan berterusan sektor kewangan Islam. "MMKI bukan saja bertujuan memahami risiko baharu yang wujud, malah untuk meneroka potensi inovasi dalam produk kewangan Islam yang dapat memenuhi keperluan ekonomi yang sentiasa berubah sambil menerapkan prinsip syariah. Kami berharap MMKI akan menggalakkan perbincangan yang konstruktif serta menghasilkan penyelesaian yang praktikal dan mampan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian MMKI 2024.

Beliau berharap penganjuran MMKI 2024 dapat mencetuskan kemajuan positif dan membuka jajaran kewangan Islam yang lebih progresif dalam kalangan peserta, selain membina jaringan kerjasama lebih erat antara pengawal selia, pakar syariah, pakar kewangan Islam dan semua pihak terbabit membentuk masa depan sektor kewangan Islam.


Kandungan ini disediakan oleh Co-opbank Pertama (CBP)

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS