Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) telah melancarkan kempen ‘Because She Matters’ bagi memperkasakan wanita untuk mengambil langkah proaktif terhadap kesihatan mereka. Inisiatif ini menekankan kepentingan penjagaan kesihatan melalui langkah pencegahan, dengan mengiktiraf bahawa penjagaan diri adalah sama pentingnya seperti menjaga orang lain.
Bagi memperluaskan impak inisiatif ini, KPJ Healthcare berkolaborasi dengan Watsons Malaysia, AirAsia MOVE dan Girls for Girls (“G4G”) untuk menjadikan penjagaan pencegahan lebih mudah diakses di seluruh Malaysia, sekaligus mengukuhkan kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala dalam melindungi kesihatan sepanjang hayat.
"Di KPJ Healthcare, kami komited untuk menjadikan perkhidmatan kesihatan lebih mudah diakses oleh wanita. Saringan kesihatan pencegahan adalah penting untuk kesihatan jangka panjang, melalui kempen ‘Because She Matters’, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai wanita mengambil langkah proaktif terhadap kesihatan mereka. Dengan kerjasama rakan-rakan strategik kami, kami memastikan perkhidmatan dan maklumat kesihatan penting dapat diakses oleh lebih ramai wanita, sekaligus mengukuhkan peranan kami sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang dipercayai,” kata Chin Keat Chyuan, Presiden & Pengarah Urusan KPJ Healthcare.


Kempen ini selari dengan usaha global untuk mempromosikan kesihatan wanita dan menggalakkan mereka membuat keputusan yang tepat. KPJ Healthcare terus komited dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal dan penjagaan pencegahan. Dengan mengambil langkah kecil tetapi bermakna, kaum wanita dapat menuju ke arah masa depan yang lebih sihat untuk diri mereka dan orang tersayang.
Kempen ‘Because She Matters’ berlangsung sehingga 31 Mac 2025. Kaum wanita digalakkan untuk mengambil langkah proaktif dengan meneroka pilihan saringan yang disediakan di hospital KPJ yang mengambil bahagian.
Untuk maklumat lanjut, layari www.becauseshematters.kpjhealth.com.my atau hubungi Pasukan Medical Concierge kami melalui WhatsApp di +6019-324 3208.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
