Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Persenda takbir raya juga dianggap menghina Islam, kata Jawi
Diterbitkan:  Apr 11, 2025 2:21 PM
Dikemaskini: 6:21 AM

Wawancara | Perbuatan mempersenda atau menyindir seseorang melalui laungan takbir hari raya adalah dilarang dan boleh dianggap salah satu perbuatan menghina agama, kata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengarahnya, Hanifuddin Roslan, setiap kalimah takbir itu mengandungi maksud yang mengagungkan Allah SWT dan turut menjadi sunah yang dilafazkan setiap kali Aidilfitri atau Aidiladha tiba.

“Dalam konteks agama ia menghina agama. Sedangkan ayat itu mengandungi kalimah yang membesarkan dan mengagungkan Allah, jadi umat Islam wajib memuliakan takbir raya dan menjauhi sebarang bentuk penghinaan terhadapnya.

“Sepatutnya sesama umat Islam juga wajar menghargai orang yang bertakbir, tidak sepatutnya ia dijadikan bahan negatif untuk disampaikan kepada orang lain.

“Sudahlah pihak terbabit (yang mempersendakan takbir) tidak menjiwai Islam dia malah merendah-rendahkan Allah,” katanya.

Hanifuddin Roslan berkata, setiap kalimah takbir itu mengandungi maksud yang mengagungkan Allah SWT 

Tambah Hanifuddin, selain penghinaan terhadap Islam, mempermainkan takbir raya juga boleh menimbulkan fitnah daripada masyarakat bukan Muslim apabila mereka melihat umat ini tergamak memperlekehkan agama sendiri.

“Kedua, perbuatan itu mungkin berisiko menjadi ikutan oleh orang lain khususnya generasi muda,” katanya.

Baru-baru ini beberapa video rakaman suara takbir Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disunting dan dijadikan bahan gurauan pihak yang tidak bertanggung jawab.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, takbir raya adalah tanda keinsafan serta pengagungan kepada Allah atas segala nikmat-Nya.

Justeru, katanya, tidak ada mana-mana umat Islam wajar mempermainkan takbir raya walaupun kerana perbezaan ideologi politik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS