KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) telah melantik 16 perunding kanan sebagai Ketua Bidang Kepakaran dan Subkepakaran di rangkaian hospitalnya di seluruh negara, sekali gus menzahirkan komitmen terhadap kecemerlangan klinikal dan tumpuan yang lebih mendalam kepada penjagaan berteraskan pesakit. Langkah strategik ini mencerminkan tekad Kumpulan untuk meningkatkan piawaian, memperkukuh tadbir urus klinikal dan menyatukan penyampaian penjagaan di kesemua 30 hospitalnya.
Dengan menyelaras kepimpinan merentas bidang kepakaran serta menerapkan amalan terbaik, penyelidikan serta latihan secara seragam, inisiatif ini dijangka meningkatkan tahap konsistensi dan kualiti penjagaan di seluruh rangkaian KPJ. Selaras dengan pembangunan KPJ Health System ke arah menjadi Sistem Kesihatan Akademik bersepadu yang menyeluruh, pelantikan ini akan memainkan peranan penting dalam mengintegrasikan penjagaan klinikal, pendidikan dan penyelidikan – sekaligus menambahbaik hasil dan pengalaman pesakit.

Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, “Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada 16 perunding kanan kami dan mengalu-alukan pelantikan mereka ke dalam peranan baharu ini. Mereka merupakan tokoh yang diiktiraf dalam bidang masing-masing dan saya yakin kepakaran mereka akan membantu memperkukuh penyelarasan perkhidmatan klinikal di seluruh rangkaian KPJ. Usaha ini selari dengan komitmen jangka panjang kami untuk memperkukuh tadbir urus, menyeragamkan amalan klinikal serta meningkatkan kualiti rawatan, latihan dan hasil rawatan yang diterima oleh pesakit. Ini merupakan komponen penting dalam perjalanan kami untuk mengintegrasikan penjagaan, penyelidikan dan pendidikan menerusi Sistem Kesihatan KPJ, selaras dengan misi kami untuk terus merawat, mendidik dan menerokai pengetahuan baharu demi manfaat pesakit serta industri penjagaan kesihatan secara keseluruhan.”

Senarai penuh perunding yang dilantik berserta kepakaran masing-masing adalah seperti berikut:

Ketua-ketua yang baru dilantik ini akan memainkan peranan sebagai peneraju klinikal dalam bidang masing-masing, mempromosikan piawaian klinikal yang konsisten dan amalan terbaik di seluruh hospital KPJ, sambil memainkan peranan strategik dalam memajukan tonggak utama Sistem Kesihatan KPJ.
Tanggungjawab mereka termasuklah memberikan panduan dalam membuat keputusan dalam pelbagai disiplin dan menjadi rujukan utama bagi pasukan klinikal; mempromosikan amalan terbaik dan pendekatan rawatan yang selaras bagi meningkatkan konsistensi penjagaan; menyokong pembangunan bakat serta pendidikan perubatan; dan menyumbang kepada penyelidikan berasaskan bukti melalui Pusat Penyelidikan & Inovasi KPJ.
Sebagai sebahagian daripada peranan mereka, ketua-ketua yang dilantik ini juga akan menerajui pembangunan protokol klinikal, membimbing perbincangan kes-kes yang kompleks dan memupuk budaya pembelajaran bersama di seluruh rangkaian hospital. Mereka juga dipertanggungjawabkan untuk menyokong pembangunan profesional secara berterusan serta memperkukuh kecemerlangan klinikal melalui bimbingan dan inisiatif berasaskan penyelidikan.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]
