mk-logo
Pengumuman
Barisan Pencerita Muda Malaysia: 10 Peserta Terpilih untuk Young Creator Fellowship 2025 anjuran Malaysiakini
Diterbitkan:  Jul 3, 2025 10:41 AM
Dikemaskini: 2:41 AM

Latihan dalam talian dua hari bagi program Young Creator Fellowship berakhir pada hari Ahad lalu. Program ini menampilkan latihan interaktif yang merangkumi literasi media, perlindungan data peribadi, kewartawanan data, penceritaan multimedia, pemikiran kritikal, dan analisis. Dengan kehadiran hampir penuh, para peserta dapat memahami kewartawanan dengan lebih mendalam.

Semasa latihan dalam talian, peserta diminta untuk menghasilkan dan menerbitkan sebuah video untuk diundi oleh orang awam bagi People's Choice Award. Pemilihan anugerah ini tidak menjejaskan keputusan hakim terhadap kelayakan peserta ke Young Creator Fellowship. Pemenang bagi People's Choice Award ialah Daneyaa Ganesan. Video tersebut merakamkan kisah seorang lelaki India Malaysia berusia 93 tahun, yang keluarganya telah berbakti selama tiga generasi di Sentul Depot. Anda boleh menonton video ini bersama penyertaan lain di laman web rasmi Young Creator Fellowship.

Peserta diminta mengemukakan cadangan cerita yang menarik untuk sebuah video bukan fiksyen bertemakan Young Change-Maker sebagai sebahagian daripada penilaian kelayakan ke fasa kedua program ini, iaitu Young Creator Fellowship yang ditaja sepenuhnya. Prestasi mereka sepanjang sesi latihan turut diambil kira. Setelah melalui proses penilaian, berikut ialah sepuluh peserta terbaik yang telah terpilih:

  1. Daneyaa Ganesan

  2. Duncan Cheng Kai Guan

  3. Gareth Woo Yun Hao

  4. Najwa Farhana Binti Yahya

  5. Noor Ainun Jariah Binti Noor Harun

  6. Nor Alya Khairina Binti Mustafa Anuar

  7. Nur Hidayahtul Aisyah

  8. Nurfatihah Irdina Binti Adlan

  9. Poongkodi A/P Rabichandran

  10. Telford Engan Tan

Program Fellowship selama tiga hari, yang akan berlangsung dari 16 hingga 18 Julai 2025, merupakan pengalaman tajaan penuh yang dirangka khusus untuk memberi pendedahan menyeluruh terhadap ekosistem kewartawanan:

Hari 1 (16 Julai)
Program akan dimulakan dengan pengenalan kepada operasi Malaysiakini, diikuti lawatan eksklusif ke organisasi media terkemuka seperti Media Prima dan RTM.

Hari 2 (17 Julai)
Peserta akan mengikuti sesi latihan sepanjang hari serta program pengenalan terhadap industri, merangkumi bengkel videografi, kewartawanan dan lawatan ke Astro Awani serta Bernama.

Hari 3 (18 Julai)
Peserta akan membentangkan projek video mereka dalam sesi Show & Tell di Universiti Monash Malaysia, yang akan dinilai oleh wartawan berpengalaman dan tokoh media. Acara ini akan diakhiri dengan majlis penyampaian anugerah yang dijangka dihadiri oleh Menteri Komunikasi serta tetamu kehormat dari dalam dan luar negara.

Para peserta akan dibimbing dalam penghasilan video pendek berformat vertical. Sepanjang tempoh menjelang Fellowship (2–15 Julai), mereka akan menerima bimbingan dalam talian bagi memperkemas idea serta mendapatkan maklum balas teknikal. Sepuluh peserta terbaik akan menerima:

  • Penginapan dan pengangkutan pergi balik ke Kuala Lumpur

  • Bimbingan secara peribadi oleh wartawan profesional

  • Peluang membentangkan hasil karya kepada wartawan dan pembuat dasar terkemuka

  • Akses kepada pemimpin industri serta peluang latihan industri atau kerjasama

  • Hadiah keseluruhan bernilai RM17,000 untuk video terbaik

  • Sijil penyertaan serta peluang kerjasama masa depan bersama Malaysiakini

Program Youth Journalism yang menyasarkan belia Malaysia berumur antara 18 hingga 25 tahun ini bertujuan memperkukuh literasi media, memupuk penceritaan yang bertanggungjawab, serta melahirkan generasi wartawan dan content creator di masa depan.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para peserta yang telah terpilih dan berbesar hati untuk membimbing para pencipta dan wartawan muda yang bakal mencorak masa depan Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS