Bangkok, 7 Julai 2025 – KPJ Healthcare Berhad sekali lagi melakar prestasi cemerlang sebagai peneraju penjagaan berpusatkan pesakit yang berteknologi tinggi setelah muncul sebagai kumpulan penjagaan kesihatan yang menerima pengiktirafan terbanyak di GlobalHealth Asia-Pacific Awards (“GHAPAC”) 2025 baru-baru ini di Bangkok, Thailand.
Dianjurkan sempena Sidang Kemuncak dan Persidangan GlobalHeatlh Asia-Pasifik, Anugerah GHAPAC mengiktiraf kecemerlangan dalam inovasi klinikal, penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan dan teknologi perubatan di seluruh rantau ini. KPJ Healthcare telah meraih sebanyak 15 anugerah, menjadikannya kumpulan penjagaan kesihatan dengan pencapaian tertinggi bagi tahun ini.
Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, “Anugerah ini mencerminkan dedikasi dan kerja berpasukan warga kerja kami di seluruh rangkaian KPJ. Pengiktirafan yang merentasi pelbagai bidang kepakaran ini menyerlahkan keupayaan klinikal kami serta usaha berterusan untuk menambah baik perkhidmatan yang diberikan. Berpandukan aspirasi Care for Life, kami terus komited untuk menyampaikan penjagaan bertaraf dunia yang dipacu oleh inovasi dan pendekatan penuh belas ihsan. Selaras dengan perlaksanaan agenda transformasi yang sedang digerakkan melalui KPJ Health System, pengiktirafan ini mengukuhkan lagi iltizam kami untuk mempertingkatkan hasil rawatan pesakit dan menyampaikan nilai yang lebih bermakna kepada semua pihak berkepentingan.”
Di bawah rangka kerja KPJ Health System, KPJ mengintegrasikan penjagaan klinikal, penyelidikan dan pendidikan merentasi rangkaian hospitalnya di seluruh negara. Pencapaian tahun ini mencerminkan fokus berterusan KPJ Healthcare dalam memperkukuh tawaran subkepakarannya dan menyediakan penjagaan berkualiti tinggi yang berpusat kepada pesakit. Sebanyak tujuh hospital KPJ telah menerima pengiktirafan dalam pelbagai bidang klinikal, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Kumpulan sebagai peneraju dalam penjagaan khusus dan kecemerlangan perkhidmatan. Senarai penuh anugerah mengikut hospital adalah seperti berikut:
Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL
Diagnostic Imaging Centre of the Year
ENT Service Provider of the Year
Urology Service Provider of the Year
Brain and Spine Service Provider of the Year
Hospital Pakar Damansara 2
Minimal Invasive Cardiac Surgery of the Year
Smart Hospital of the Year
Cardiology Service Provider of the Year
Hospital Pakar KPJ Damansara
Women’s Health & Wellness Service Provider of the Year
Paediatric Service Provider of the Year
Hospital Pakar KPJ Kuching
Orthopaedic Service Provider of the Year
Hospital Pakar Ampang Puteri
Oncology (Radiation) Service Provider of the Year
Spine Care Service Provider of the Year
Health Screening Provider of the Year
Hospital Pakar Johor
Oncology (Surgical) Service Provider of the Year
Hospital Pakar KPJ Perdana
Obstetrics and Gynaecology Service Provider of the Year
Selaras dengan komitmen KPJ Healthcare dalam memacu inovasi digital, memperkukuh kerjasama serantau dan memperluas pembangunan subkepakaran, anugerah ini mengukuhkan lagi misi Kumpulan untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi dan mudah diakses kepada komuniti di Malaysia dan luar negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai KPJ Healthcare, layari https://kpjhealth.com.my.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]
