Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
KPJ Kuching sempurnakan 1,111 pembedahan lutut robotik
Diterbitkan:  Jul 7, 2025 4:55 PM
Dikemaskini: 8:55 AM

KUCHING, 7 Julai 2025 – Hospital Pakar KPJ Kuching (“KPJ Kuching”) berjaya menyempurnakan pembedahan penggantian sendi lutut secara robotik (“TKR”) yang ke-1,111, menandakan satu pencapaian penting dalam komitmen hospital terhadap pembedahan berketepatan tinggi dan peningkatan hasil rawatan pesakit.

Prosedur ke-1,111 ini mencerminkan fokus berterusan KPJ Kuching terhadap kecemerlangan klinikal serta kepimpinannya dalam melaksanakan pembedahan penggantian sendi lutut secara robotik (TKR) di rangkaian KPJ Healthcare. Pencapaian ini turut membuktikan keunggulan hospital, selaras dengan pengiktirafan terbaharu sebagai Penyedia Perkhidmatan Ortopedik Terbaik Asia-Pasifik 2025 di Anugerah GlobalHealth Asia-Pacific yang mengiktiraf inovasi, keberkesanan rawatan dan standard penjagaan pesakit yang cemerlang.

Prosedur robotik ini menggunakan sistem ROSA®️ Knee oleh Zimmer Biomet dan VELYS™️ Robotic-Assisted Solution oleh Johnson & Johnson. Sistem ini menyokong ketepatan pembedahan yang lebih tinggi, pemulihan yang lebih pantas dan mobiliti jangka panjang yang lebih baik, terutamanya bagi pesakit yang mengalami sakit lutut kronik atau osteoartritis lanjutan.

[Kanan] Dr Lee Woo Guan, Pakar Bedah Ortopedik bersama [Kiri] Dr Kenny Yeap, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah (Malaysia Timur) KPJ Healthcare Berhad, meraikan pencapaian hospital dalam memajukan bidang ortopedik robotik di Malaysia Timur.

Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, “Pencapaian di KPJ Kuching ini mencerminkan kekuatan komitmen kami terhadap kualiti, inovasi dan pembangunan subkepakaran. Menerusi KPJ Health System, kami terus memperkasa pelaksanaan program klinikal berimpak tinggi yang menyumbang kepada hasil rawatan pesakit yang lebih baik. Dipacu oleh aspirasi Care for Life, kami kekal komited untuk memperluas akses kepada penjagaan kesihatan yang disesuaikan mengikut keperluan pesakit serta berteraskan teknologi di seluruh hospital kami.”

Dr. Lee Woo Guan, Pakar Bedah Ortopedik dan perintis kepada pembedahan sendi lutut secara robotik di KPJ Kuching berkata, “Setiap lutut mewakili individu yang kembali memperoleh keyakinan untuk bergerak dan hidup secara berdikari. Teknologi robotik seperti ROSA dan VELYS membantu kami menyesuaikan setiap prosedur dengan lebih tepat dan konsisten, sekali gus menyumbang kepada hasil rawatan yang lebih baik serta kadar penyembuhan yang lebih cepat bagi pesakit.”

Gambar kenangan bersama kakitangan Hospital Pakar KPJ Kuching, pengamal perubatan, pihak pengurusan hospital dan wakil daripada rakan kongsi yang telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan pencapaian bersejarah dalam bidang robotik.

Program robotik ini membolehkan KPJ Kuching mencapai kadar komplikasi yang lebih rendah, tempoh kemasukan ke wad hospital yang lebih singkat dan tahap kepuasan pesakit yang lebih tinggi. Kini, semakin ramai pesakit memilih prosedur bantuan teknologi robotik sebagai sebahagian daripada rawatan pilihan mereka, khususnya dalam mempertingkatkan mobiliti dan kesihatan sendi lutut untuk jangka masa yang panjang.

KPJ Healthcare terus memperkukuh pelaburannya dalam teknologi robotik, kepimpinan klinikal dan perkhidmatan subkepakaran sebagai sebahagian daripada transformasinya. Usaha ini sejajar dengan strategi KPJ untuk mengintegrasikan penyampaian penjagaan, pendidikan dan penyelidikan, serta meningkatkan tahap keseluruhan kualiti penjagaan kesihatan di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai KPJ Kuching, sila layari www.kpjhealth.com.my/kuching


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS