Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Goodnite Outlet: Destinasi Perabot Sehenti No.1 di Hati Rakyat Malaysia

Mencari perabot yang berkualiti, estetik dan mampu milik bukanlah sesuatu yang mudah—lebih-lebih lagi dengan lambakan pilihan di pasaran yang boleh mengelirukan.

Di sinilah Goodnite Outlet tampil sebagai pusat sehenti yang dipercayai, menawarkan pelbagai pilihan perabot terus dari kilang – tanpa caj orang tengah, untuk memastikan anda mendapat nilai terbaik tanpa menjejaskan kualiti. Sama ada untuk melengkapkan rumah baharu atau menyegarkan suasana ruang sedia ada, Goodnite Outlet memudahkan anda memiliki perabot idaman.

1. Tidur Lebih Lena dengan Tilam dan Katil Goodnite

Goodnite dikenali sebagai pakar tilam yang telah lama dipercayai di Malaysia, hasil daripada pengalaman lebih tiga dekad dalam menghasilkan tilam yang bukan sahaja selesa, tetapi juga menyokong kesihatan tidur pengguna.

Di Outlet mereka, anda akan menemui pelbagai pilihan tilam – daripada bahan semula jadi hinggalah kepada teknologi moden seperti sistem sokongan ergonomik dan fabrik penyejuk – yang direka khusus untuk menyokong tulang belakang dan meningkatkan mutu tidur. Setiap rekaan disesuaikan untuk memberikan keselesaan optimum mengikut keperluan individu, menjadikan Goodnite pilihan utama bagi mereka yang mementingkan tidur yang lebih lena dan sihat.

Antara pilihan menarik yang ditawarkan:

  • Fabrik berpaten: DuoCare, IceSleep (penyejuk), MosFree (anti-serangga), StateFree (anti-statik)

  • Jenis bahan: Latex, Foam, Memory Foam, Coconut Fiber, Rebond Foam

  • Sistem spring: 5-Zone, 7-Zone, Dual Layer Pocket Spring, dan DPC untuk sokongan tambahan dan pengurangan gangguan pergerakan pasangan. 

Setiap tilam boleh dipadankan dengan rangka katil pilihan anda – dari segi ketinggian, material hingga ke gaya. Yang menariknya, anda boleh mencuba tilam tersebut selama 100 malam, dan tukar jika tidak berpuas hati*.

Goodnite juga menawarkan pelbagai cadar, termasuk pilihan berkualiti tinggi yang diperbuat daripada 100% kapas dan TENCEL. Bahan-bahan ini mencerminkan komitmen Goodnite untuk bukan sahaja menyediakan tilam yang berkualiti, tetapi juga penyelesaian set tempat tidur yang lengkap.

2. Cipta Ruang yang Mencerminkan Gaya Hidup Anda

Ruang makan dan ruang tamu memainkan peranan penting dalam mencerminkan identiti rumah anda. Di Goodnite Outlet, anda boleh serlahkan cita rasa anda dengan pelbagai pilihan perabot yang padan, praktikal dan bergaya:

  • Meja makan: Daripada permukaan marmar mewah ke sentuhan semula jadi kayu atau seramik tahan lasak, pilih antara rekaan klasik, moden atau gaya Muji minimalis.

  • Sofa: Boleh disesuaikan dari segi saiz, fabrik, warna dan gaya – L-shape, ‘push-back’, leather, fabrik anti-calit dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan seisi keluarga.

  • Katil dan rangka katil: Direka untuk padan sempurna dengan tilam Goodnite dan estetik bilik tidur anda.

  • ‘Custom build-in cabinet’: Dari almari pakaian elegan ke kabinet dapur moden, setiap rekaan disesuaikan mengikut ruang dan cita rasa anda. Bukan sekadar storan, tapi sentuhan gaya yang menjadikan rumah lebih teratur, praktikal dan menawan.

3. Langsir Kustom dan Servis Pembersihan Profesional


Goodnite Outlet juga menyediakan servis menjahit langsir secara kustom, termasuk pemasangan langsir bermotor untuk sentuhan moden. Bukan itu sahaja, servis pembersihan profesional turut ditawarkan untuk tilam, Sofa fabrik/leather dan perabot lain.

Menariknya, dengan pembelian tilam tertentu, anda boleh menikmati pembersihan tilam secara percuma, sesuatu yang jarang ditawarkan di pasaran!

4. Keselesaan Bukan Sekadar Fizikal
Di Goodnite Outlet, kesejahteraan menyeluruh menjadi keutamaan melalui pelbagai solusi inovatif untuk rumah moden.

ImmuneAir – Udara Lebih Bersih, Tidur Lebih SegarI
mmuneAir ialah sistem penapis udara berfungsi sebagai pelembap, yang menggabungkan teknologi Ionik Nano Tembaga-Zink bagi membersihkan udara, meningkatkan imuniti, dan mengekalkan kelembapan optimum demi kediaman yang lebih sihat.

Untuk lebih optimum, ImmuneAir disarankan digandingkan dengan tilam Love Series IV — kini ditawarkan dalam pakej bundle dengan diskaun istimewa.

NiteWave – Terapi Bunyi untuk Tidur Berkualiti
NiteWave ialah teknologi terapi bunyi yang diperibadikan menggunakan frekuensi khusus yang disesuaikan untuk individu, membantu mereka mencapai tidur yang lebih baik dan meningkatkan kualiti tidur.

Akses
percuma selama 3 bulan untuk 2 orang ditawarkan dengan setiap pembelian tilam atau sofa terpilih*.

5. Nilai Hebat dengan Harga Terus dari Kilang


Keunikan Goodnite Outlet terletak pada kepelbagaian pilihan berkualiti terus dari kilang. Sama ada anda berbelanja besar untuk perabot idaman atau mencari penyelesaian bajet tanpa mengorbankan kualiti, Goodnite Outlet menawarkan sesuatu untuk setiap keperluan

  • Goodnite Eazy – pelan ansuran sehingga 36 bulan tanpa deposit, tanpa kad kredit dan tanpa penjamin.

  • Harga keahlian eksklusif – lebih murah untuk ahli yang daftar melalui aplikasi Goodnite.

Rumah Impian Bermula Di Sini
Goodnite Outlet bukan sekadar kedai perabot biasa — ia adalah destinasi lengkap untuk anda yang mahu gabungan gaya, keselesaan, kesihatan, dan nilai terbaik. Dengan pelbagai pilihan perabot yang boleh disesuaikan, teknologi eksklusif untuk tidur lebih lena, dan servis mesra pelanggan, tak hairanlah Goodnite Outlet menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Jadi, tunggu apa lagi? Singgah ke cawangan Goodnite Outlet berdekatan atau layari https://www.goodniteoutlet.com.my/ untuk melengkapkan gaya dan keselesaan rumah impian anda hari ini!

*Tertakluk kepada terma dan syarat


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS