Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
KPJ Healthcare Memperkukuh Kepimpinan dalam ESG dan CSR
Diterbitkan:  Jul 21, 2025 11:48 AM
Dikemaskini: Jul 31, 2025 2:35 AM

KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) telah diiktiraf dengan dua anugerah utama di Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia ke-10 tahun 2025 lantas mengukuhkan peranannya sebagai peneraju dalam penjagaan kesihatan yang bertanggungjawab dan befokuskan komuniti.

KPJ Healthcare menerima Anugerah Syarikat Terbaik untuk
Anugerah Kecemerlangan Berterusan dalam Kelestarian dan Kumpulan Penjagaan Kesihatan Terbaik untuk Anugerah Juara ESG. Disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, anugerah tersebut mencerminkan komitmen KPJ Healthcare terhadap tanggungjawab alam sekitar, tadbir urus beretika dan penjagaan masyarakat selaras dengan transformasinya di bawah KPJ Health System.

[Dua dari Kanan] Saravanan Desigamanie, Ketua Kemampanan Kumpulan KPJ Healthcare Berhad bersama-sama Team KPJ mengambil gambar kenangan bersama [Tengah] Yang Berhormat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas majlis penyampaian anugerah.

Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, “Anugerah ini mengesahkan komitmen KPJ Healthcare dalam memajukan kemampanan dan penjagaan kesihatan yang bertanggungjawab. Ini mencerminkan cara kami membawa tujuan Care for Life kami kepada kehidupan, mencipta nilai untuk pesakit, memperkasakan kakitangan kami, memajukan pengetahuan, memupuk perkongsian dan melindungi bumi ini. Berpandukan Rangka Kerja Kelestarian Penjagaan Kesihatan Hijau dan Dasar Kemampanan Kumpulan, kami kekal fokus pada pemacuan inisiatif ESG yang bermakna dan mengukuhkan penyampaian penjagaan kesihatan yang menyumbang kepada impak komuniti yang berkekalan.

Klinik Waqaf An-Nur (“KWAN”) adalah teras kepada komitmen berterusan KPJ Healthcare terhadap penjagaan masyarakat. Ditubuhkan dengan kerjasama penderma, pihak berkuasa tempatan dan majlis agama, KWAN menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan bersubsidi melalui lapan klinik, lapan pusat dialisis dan sembilan klinik bergerak. Sehingga kini, ia telah merawat lebih daripada dua juta pesakit di seluruh Malaysia dengan menyediakan penjagaan penting kepada komuniti yang kurang berkemampuan. 

Baru-baru ini, KPJ Healthcare meluaskan jangkauannya melalui Klinik Bergerak KWAN di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Inisiatif ini meningkatkan akses kepada penjagaan utama dan membantu mengurangkan tekanan ke atas jabatan kecemasan hospital justeru mencerminkan peranan proaktif Kumpulan dalam penjagaan kesihatan masyarakat. 

Team KPJ meraikan kemenangan bersama Team Yayasan JCorp yang juga dianugerahkan sebagai Yayasan Terbaik di bawah Anugerah Kemampanan & Kecemerlangan Impak Sosial. 

KPJ Healthcare kekal dalam menumpukan pada penyampaian penjagaan berkualiti tinggi dan mudah diakses sekaligus menerapkan kemampanan dan tanggungjawab sosial ke dalam setiap aspek operasinya. Perjalanan transformasinya di bawah KPJ Health System menghubungkan penjagaan klinikal, pendidikan dan penyelidikan dengan impak komuniti yang bermakna. 

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif kemampanan KPJ Healthcare, layari https://kpj.listedcompany.com/sustainability.html dan https://kpjhealth.com.my/csr untuk inisiatif CSR KPJ Healthcare. 


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS