Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
KPJ Kuching Specialist Hospital laksana prosedur ablasi jantung pertama di Borneo menggunakan teknologi terkini
Diterbitkan:  Aug 5, 2025 4:22 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Prosedur lanjutan ini menawarkan pilihan rawatan yang lebih selamat dan kurang invasif untuk pesakit gangguan ritma jantung

Kuching, 5 Ogos 2025 – KPJ Kuching Specialist Hospital (“KPJ Kuching”) telah melakar sejarah dalam penjagaan kardiologi apabila berjaya melaksanakan prosedur ablasi jantung pertama di Borneo menggunakan teknologi PulseSelect™ ablasi medan berdenyut (“PFA”). Pendekatan baharu ini menawarkan ketepatan yang lebih tinggi, pemulihan yang lebih pantas serta mengurangkan kesan terhadap tisu sekeliling untuk pesakit yang mengalami gangguan ritma jantung.

Dr Koh Keng Tat, Pakar Perunding Kardiologi di Hospital Pakar KPJ Kuching (lima dari kiri) bersama pasukan pembedahannya yang telah berjaya melaksanakan prosedur ablasi jantung pertama di Borneo menggunakan teknologi ablasi medan berdenyut PulseSelect™.

Prosedur ini diketuai oleh Pakar Perunding Kardiologi KPJ Kuching, Dr Koh Keng Tat, dengan sokongan pasukan elektrofisiologi hospital yang berkemahiran tinggi. Ia dilaksanakan ke atas seorang pesakit yang mengalami fibrilasi atrium (“AFib”), iaitu gangguan ritma jantung yang biasa berlaku dan boleh menyebabkan konsdisi degupan jantung tidak teratur, keletihan serta meningkatkan risiko strok sekiranya tidak dirawat. Teknologi PFA generasi baharu ini berfungsi dengan menghantar denyutan tenaga terkawal ke kawasan tisu jantung tertentu bagi merawat isyarat jantung yang tidak normal.

Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, berkata, “Kami berbesar hati menjadi yang pertama di Borneo memperkenalkan kemajuan dalam penjagaan kardiologi ini, sejajar dengan komitmen kami terhadap inovasi berteraskan pesakit serta peluasan akses kepada penyelesaian kardiologi yang canggih. Dengan memperkenalkan prosedur seperti PFA, kami memperluas akses kepada rawatan yang lebih selamat dan tepat. Ia turut memperkukuh aspirasi ‘Care for Life’ kami, memastikan hospital seperti KPJ Kuching terus memberi khidmat terbaik kepada komuniti serta mempertingkatkan keupayaan klinikal Kumpulan.”

Dr Koh menambah, “Teknologi ini membolehkan kami menyasarkan tisu jantung yang tidak normal dengan lebih tepat sambil meminimumkan kesan kepada struktur sekeliling. Untuk pesakit yang sesuai, ia menawarkan masa prosedur yang lebih singkat, kurang komplikasi dan pemulihan lebih cepat untuk kembali menjalani kehidupan harian.”

Dr Koh Keng Tat, Pakar Perunding Kardiologi di Hospital Pakar KPJ Kuching

Akses kepada prosedur elektrofisiologi yang canggih masih terhad di banyak kawasan di Malaysia Timur, sekali gus melambatkan rawatan yang tepat pada masanya untuk pesakit. Kejayaan KPJ Kuching dalam melaksanakan prosedur ini membantu merapatkan jurang tersebut dengan memperluas akses kepada perkhidmatan kardiologi lanjutan di rantau ini.

Bangunan Hospital Pakar KPJ Kuching

Kemajuan ini mencerminkan komitmen KPJ Healthcare dalam memperkukuh perkhidmatan subkepakaran melalui integrasi penjagaan klinikal, pendidikan dan penyelidikan. Sebagai sebahagian daripada perjalanan transformasi KPJ Health System, KPJ Healthcare terus memainkan peranan aktif dalam memperluas rawatan inovatif yang berfokus kepada pesakit di seluruh rangkaiannya.

Untuk maklumat lanjut mengenai KPJ Kuching, layari https://kpjhealth.com.my/kpjkuching.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS