Inginkan rumah moden, selesa, dan dekat dengan semua kemudahan? Laman Sendayan 2 ada jawapannya!
Selepas kejayaan luar biasa Laman Sendayan 1 yang terjual habis dengan kadar pengambilan 100%, kini Matrix Concepts kembali dengan kejutan menerusi Laman Sendayan 2, projek eksklusif atas tanah seluas 121 ekar di Bandar Sri Sendayan, kediaman idaman ramai!

Kenapa Laman Sendayan 2 jadi rebutan ramai? Jawapannya mudah! reka bentuk moden, keluasan luar biasa, dan gaya hidup seimbang untuk seisi keluarga. Pilihan rumah teres setingkat dan dua tingkat ini memang dicipta khas untuk gaya hidup pelbagai generasi.
Kenali Meria & Elaria – Permata Baharu Laman Sendayan 2
Kalau anda sedang mencari rumah yang selesa dan praktikal, jangan pandang remeh pada Meria & Elaria. Ini bukan sekadar rumah, tapi satu gaya hidup baharu.
✅ Freehold, rumah dua tingkat
✅ 4 bilik tidur & 3-4 bilik air
✅ Saiz lot hingga 100 kaki panjang
✅ Halaman belakang peribadi yang luas – jarang dapat zaman sekarang!
✅ Harga dari RM547,999 sahaja!

Dan yang paling best – rumah-rumah ni datang dengan ciri “Smart Home” siap sedia:
Kunci digital (digital lockset)
Modul lampu pintar
Kawalan penghawa dingin (IR blaster)
Arahan suara – “Hey rumah, pasang lampu!”
Selamat, Hijau & Mesra Keluarga
Setiap unit berada dalam kawasan berpagar dan berpengawal, jadi keselamatan memang terjamin. Kawasan kejiranan ini juga mesra keluarga, lengkap dengan fasiliti seperti:
Taman permainan
Gelanggang badminton & bola keranjang
Laluan refleksologi
Outdoor gym
Amfiteater

Tak lupa juga: layout mesra pejalan kaki dan landskap yang ditanam rapi, bukan sekadar cantik, tapi buatkan anda rasa tenang setiap kali melangkah keluar rumah.
Segalanya Dekat di Bandar Sri Sendayan
Bayangkan hidup di sebuah kawasan yang ada semua kemudahan penting dalam genggaman:
🏊♂️ d’Tempat Country Club – Kelab eksklusif dengan kolam renang bersaiz Olimpik, gym, spa, bowling, bilik filem dan banyak lagi. Percuma keahlian untuk pembeli rumah!
🎓 Institusi pendidikan – Dari sekolah kebangsaan ke Adcote Matrix Malaysia (pra hingga sekolah antarabangsa) yang menawarkan pendidikan holistik dalam persekitaran bertaraf dunia.
🎯 X Park Sendayan – Taman rekreasi terbesar di Negeri Sembilan! Aktiviti lasak seperti Go-Kart, ATV, flying fox, paintball dan banyak lagi menanti.
🛍️ Laman Biz & Sendayan Merchant Square – Kedai, restoran, perkhidmatan harian semua dekat. Nak McD, kopi artisan atau servis kereta, semua boleh jalan kaki je!
🌳 Sendayan Green Park – 26 ekar taman rekreasi, lengkap dengan laluan joging, menara tinjau, padang bola, skate park, dan ruang santai keluarga.

Dibina Oleh Pemaju yang Anda Boleh Percayai
Matrix Concepts bukan nama asing dalam dunia hartanah. Reputasi mereka dalam menyiapkan projek berkualiti, menepati masa, dan mesra komuniti memang terbukti sejak dulu.
Dengan Laman Sendayan 2, mereka bukan sekadar membina rumah, tetapi mewujudkan komuniti yang seimbang, selamat dan berkualiti tinggi.

🌐 Nak tahu lebih lanjut dan lihat pelan lantai? Layari www.lamansendayan2.com sekarang dan jadi sebahagian daripada komuniti yang berkembang pesat di Bandar Sri Sendayan.
📞 Jangan tunggu lama-lama. Rumah impian tak tunggu orang!
Kandungan ini disediakan oleh Ads On Marketing
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]
