Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Rakyat Berbilang, Sehati Sejiwa – Semangat BIG Pharmacy menyambut Merdeka
Diterbitkan:  Aug 12, 2025 6:03 PM
Dikemaskini: 11:04 AM

Setiap tahun, bulan Ogos merupakan satu bulan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ianya merupakan satu bulan yang membawa makna yang mendalam kepada semua. Ia adalah masa untuk kita bersama-sama menghargai perjuangan, perpaduan, dan kemajuan yang telah kita capai bersama. Tahun ini, BIG Pharmacy dengan rasa cinta akan negara akan turut menyambut Hari Merdeka dengan membawa mesej yang dekat di hati: "Rakyat Berbilang, Sehati Sejiwa".

Bagi BIG Pharmacy, kesihatan adalah asas kekuatan negara. Rakyat yang sihat boleh menyumbang kepada produktiviti dan kemajuan negara. Sejak penubuhannya, BIG Pharmacy komited untuk memastikan rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, atau latar belakang, mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang mudah, berkualiti, dan penuh prihatin. Dari bandar-bandar besar hingga ke pekan-pekan kecil, mereka hadir untuk memberikan perkhidmatan yang mampu membantu komuniti kekal sihat dan aktif.

Dalam video khas sempena sambutan Kemerdekaan tahun ini, BIG Pharmacy menampilkan sebuah simbol perpaduan yang cukup ikonik. Pernahkah anda dengar tentang tradisi angkat rumah? Ianya merupakan satu acara yang sinonim dengan masyarakat di negara kita satu ketika dahulu. Tradisi angkat rumah ini mengingatkan kita bahawa, seperti sebuah rumah yang dipindahkan bersama-sama, negara kita hanya akan maju apabila rakyatnya bersatu hati. Lebih istimewa, acara ini dihidupkan kembali menggunakan teknologi AI, melambangkan gabungan warisan lama dengan kemajuan moden yang mendorong Malaysia ke hadapan.

Semangat ini mencerminkan peranan BIG Pharmacy dalam masyarakat Malaysia hari ini dengan menghargai tradisi, namun sentiasa bergerak maju dengan inovasi demi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Merdeka kali ini, marilah kita terus memelihara kesihatan, memperkukuh perpaduan, dan melangkah bersama menuju masa depan yang lebih cerah. Kerana kesihatan dan perpaduan adalah kunci sebuah negara yang kuat.

Jadi sempena Hari Kemerdekaan yang semakin menghampiri ini, jom berbelanja di BIG Pharmacy dan nikmati Jualan Merdeka di https://www.bigpharmacy.com.my/Merdeka-Sale


Kandungan ini disediakan oleh Ads On Marketing

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS