Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Perdana Menteri saksikan kejayaan Farm Fresh dalam transformasi industri tenusu negara
Diterbitkan:  Aug 16, 2025 7:35 PM
Dikemaskini: 11:40 AM

Selama, Perak, 16 Ogos — YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim hari ini mengunjungi Kompleks Tenusu Farm Fresh di Perak sempena Karnival Usahawan Tenusu MADANI, bagi menyaksikan kejayaan transformasi industri tenusu negara yang memberi limpahan manfaat besar kepada ekonomi dan masyarakat setempat.

Kompleks berkenaan merupakan bukti realisasi pelaburan langsung domestik yang diterajui oleh Farm Fresh Berhad hasil fasilitasi oleh Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) melalui program peningkatan teknologi dan pembangunan bakat yang dilaksanakan di Perak.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim berpeluang melawat kawasan ladang ketika sesi lawatan sewaktu Karnival Usahawan Tenusu MADANI di Farm Fresh Perak, diiringi Ketua Pengarah Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, En Azmi Zainal.

Pembangunan ini telah mewujudkan lebih 150 peluang pekerjaan berkemahiran untuk penduduk tempatan yang sebahagian besarnya diisi oleh golongan belia berumur di bawah 30 tahun.

Di samping itu, ia turut menjana peluang keusahawanan kepada lebih 350 usahawan dan ejen pengedaran susu di negeri Perak dan hampir 1,200 orang di seluruh negara yang terdiri daripada 80 peratus suri rumah tangga, termasuk dalam kalangan asnaf dan B40 melalui program Usahawan Kasih MADANI yang dilaksanakan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Majlis Agama Islam Perak.

Kompleks Tenusu Farm Fresh di Perak kini merupakan antara fasiliti tenusu paling moden di Asia Tenggara dengan kapasiti pengeluaran 33,000 liter susu sehari. Produk yang dikeluarkan ialah susu segar pastur, air krim dan mentega.

Lebih 50 peratus daripada pengeluaran susu segar negara dikeluarkan dari ladang-ladang Kumpulan Farm Fresh di seluruh negara sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import dan menyumbang secara langsung kepada pengukuhan keterjaminan makanan negara.

En Azmi Zainal, Ketua Pengarah Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad bersama YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri ketika sesi lawatan

Ketua Eksekutif NCIA, Dato' Mohamad Haris Kader Sultan, berkata “Inisiatif seperti ini membuktikan bahawa kolaborasi antara agensi kerajaan dan sektor swasta boleh menghasilkan penyelesaian inovatif yang memberi impak besar kepada ekonomi dan masyarakat."

"Kejayaan Farm Fresh ini merupakan contoh terbaik bagaimana syarikat tempatan boleh bersaing di peringkat global dengan menyepadukan teknologi terkini, termasuk aplikasi Kecerdasan Buatan (AI), dalam operasi harian,"

"Pendekatan ini selaras dengan agenda AI negara yang menekankan inovasi, kecekapan dan ketelusan, serta seiring dengan visi Kerajaan MADANI untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan agro-teknologi dan pertanian moden di rantau ini, ” katanya.


Kandungan ini disediakan oleh Trio Hauz.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS