Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Kenyataan rasmi KDEB Waste Management berkenaan penularan semula insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik
Diterbitkan:  Aug 18, 2025 3:48 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

KDEB Waste Management (KDEBWM) berasa amat kesal dan dukacita dengan tindakan pihak tertentu yang menularkan semula video lama insiden bendera Jalur Gemilang yang kelihatan terbalik pada lori syarikat kami. Kejadian ini berlaku lebih lima tahun lalu, pada 24 Ogos 2020, di salah satu zon perkhidmatan kami di kawasan Rawang, dan telah diselesaikan sepenuhnya selepas siasatan pihak berkusa, dan pihak KDEBWM juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka ketika itu.

Dalam kejadian tersebut, Pengad telah menarik balik laporan yang dibuat selepas disahkan ia berlaku tanpa niat untuk menghina bendera negara. Saksi awam turut mengesahkan bendera itu pada asalnya dipasang dengan betul, tetapi kerana ia dilipat dua dan ikatannya terbuka semasa perjalanan, kedudukannya berubah menjadi terbalik. Saksi awam tersebut juga secara sukarela telah membuat laporan polis untuk menyokong fakta ini. Sebagai bukti video ini adalah adalah kejadian lama, warna uniform rasmi krew kutipan dan lori KDEBWM di seluruh kawasan Selayang termasuk Rawang kini adalah merah dan kuning, dan tidak lagi dengan imej biru seperti di dalam video yang ditularkan semula.

Justeru, kami memandang serius perbuatan menyebarkan semula insiden lama yang berlaku di tahun 2020 ini yang mengeliukan orang ramai, dan memfitnah krew dan syarikat kami yang telah disahkan tidak bersalah dalam siasatan rasmi terdahul. Oleh itu, KDEBWM dengan tegas memohon kerjasama semua pihak untuk berhenti menyebarkan dan menularkan semula video lama atau gambar berkaitan insiden ini.

KDEBWM juga menyeru kepada mana-mana individu atau pengendali laman media sosial yang telah memuat naik kandungan tersebut untuk menurunkannya dengan kadar segera bagi mengelakkan salah faham dan fitnah. KDEBWM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus menyebarkan kandungan ini selepas kenyataan ini dikeluarkan.


Kandungan ini disediakan oleh KDEB Waste Management

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS