Seiring pelaksanaan mandat e-invois Malaysia secara berperingkat, syarikat-syarikat besar dalam negara giat berusaha untuk kekal mematuhi peraturan, di samping memastikan operasi harian terus berjalan tanpa menjejaskan kesinambungan perniagaan. Ada syarikat yang mencari penyelesaian mudah dan intuitif bagi menjamin pematuhan, manakala ada syarikat lain yang memerlukan penyelesaian dengan aliran kerja yang berintegrasi secara lancar dan selaras dengan operasi sedia ada mereka.
UPC Chemicals (Malaysia) Sdn Bhd (“UPC”), pengeluar dan pengedar plastisiser terbesar dunia, menghadapi cabaran besar untuk menyepadukan sistem ERP asal mereka dengan platform MyInvois. Begitu juga dengan University of Nottingham Malaysia (“UNM”) – kampus cawangan Malaysia bagi sebuah universiti United Kingdom (UK) yang tersenarai dalam 100 universiti teratas dunia – memerlukan penyedia penyelesaian yang dapat mengendalikan keperluan integrasi kompleks institusi dengan pelbagai sistem, sambil memastikan kebolehkesanan, ketepatan dan penyesuaian data.
Pematuhan Mandat E-Invois
Jadi, bagaimanakah dua syarikat daripada industri berbeza ini mengatasi kerumitan mandat e-invois Malaysia? Kedua-duanya memilih AREMA, penyelesaian perisian tengah berasaskan awan (cloud-based middleware) oleh FINEXUS, kerana keupayaannya dalam integrasi lancar, automasi, dan kesediaan pematuhan menyeluruh.
Penyelesaian e-invois yang mematuhi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Peppol, dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) juga membolehkan mereka memenuhi keperluan pematuhan dengan efisien sambil meminimumkan gangguan kepada operasi sedia ada mereka.
Integrasi Lancar antara Sistem
Bagi UPC dan UNM, integrasi merupakan keutamaan utama. Perisian tengah AREMA berjaya menghubungkan sistem sedia ada syarikat mereka ke platform MyInvois tanpa memerlukan perubahan besar pada sistem asal.
Dengan AREMA, UPC mencatatkan pengurangan ketara dalam kesilapan manual, manakala UNM melaporkan pengurusan integrasi yang kompleks serta pemindahan dan pemetaan data yang fleksibel merentasi pelbagai platform tanpa memerlukan konfigurasi semula yang meluas.
Automasi untuk Kecekapan dan Peningkatan Operasi
AREMA dibangunkan dengan fungsi automasi yang merangkumi peraturan pengesahan sedia ada daripada LHDN. Oleh itu, ia telah memudahkan UPC untuk melaksanakan pengesahan automatik dan mengendalikan pengecualian dengan berkesan. Ciri-ciri ini berjaya mengesan isu sebelum dihantar kepada LHDN sekali gus mengurangkan risiko penolakan invois dan penalti pematuhan.
UNM turut berkongsi bahawa AREMA yang mampu menyediakan automasi pengekstrakan data, transformasi data, dan penyerahan terus ke platform MyInvois, telah mempercepatkan tempoh pemprosesan, meningkatkan ketepatan serta memperkukuhkan keupayaan mereka untuk menjejak dan menyelaraskan invois dengan tepat merentasi sistem dengan ketara. AREMA juga membolehkan UNM meningkatkan operasi dengan cekap bagi menyokong jumlah transaksi universiti yang tinggi.
Pematuhan Penuh Sejak Hari Pertama
Bagi memenuhi keperluan LHDN yang sentiasa berkembang, syarikat memerlukan penyelesaian yang boleh dikemas kini secara berterusan. UPC menekankan bahawa ujian pengesahan prapelancaran AREMA secara menyeluruh telah berjaya meminimumkan ralat dan memastikan pematuhan LHDN sejak hari pertama.
Sementara itu, UNM juga menegaskan bahawa keupayaan mantap AREMA dalam menyokong semua ruangan wajib, melaksanakan pengesahan masa nyata, dan menyerahkan data ke platform MyInvois dengan lancar, sebagai faktor-faktor kritikal bagi pematuhan penuh kepada LHDN. Dengan kemas kini berterusan yang direka untuk menghapuskan risiko penalti, AREMA FINEXUS bukan sahaja tampil sebagai vendor perisian, tetapi juga sebagai rakan kongsi pematuhan yang komited.
Suai Tugas Tersusun dengan Sokongan Mantap
Suai tugas (onboarding) memainkan peranan penting dalam kejayaan pelaksanaan e-invois. UPC dan UNM menekankan bahawa inilah kekuatan utama yang ditawarkan AREMA.
Bagi UPC, proses ini bermula dengan sesi konsultasi terperinci yang merangkumi model perniagaan, jumlah invois, dan seni bina sistem mereka. Sokongan responsif turut diberikan melalui panggilan telefon, e-mel, dan WhatsApp untuk penyelesaian isu dengan pantas.
Seperti UPC, UNM turut menggambarkan proses suai tugas AREMA sebagai lancar, teratur, dan bersifat kolaboratif, yang mana ia disokong oleh kepakaran teknikal mendalam serta pemahaman kukuh pasukan AREMA terhadap landskap kawal selia Malaysia. Pasukan AREMA juga mudah dihubungi, peka, dan proaktif dalam memenuhi keperluan khusus sistem UNM dengan cekap.
Rakan Kongsi Yang Dipercayai dan Menawarkan Keselamatan
"Sebagai lonjakan kuantum seterusnya dalam AI dan automasi, kami berhasrat untuk membantu lebih banyak perniagaan seperti UPC dan UNM mengadaptasi e-invois dengan selamat. Kami yakin melalui inisiatif yang selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ekonomi MADANI ini, akan membantu memacu Malaysia ke kelompok 30 ekonomi teratas dunia dan 12 teratas dalam Indeks Daya Saing Global, menerusi automasi, ketelusan dan pendigitalan fiskal," kata Clement Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FINEXUS.
Dengan lebih 25 tahun pengalaman membangunkan sistem kritikal untuk pihak berkuasa dan institusi kewangan, FINEXUS kekal sebagai rakan kongsi yang dipercayai oleh banyak pihak. Bagi syarikat yang masih sedang memilih vendor e-invois pula, UNM berkongsi pandangan berikut, "Carilah rakan kongsi dengan kepakaran dan kredibiliti yang terbukti. Itulah faktor utama yang memberi kami keyakinan untuk melangkah ke hadapan. Vendor yang berpengetahuan dan sentiasa memberi sokongan penuh yang mampun membuat perbezaan besar dalam memastikan peralihan e-invois yang berjaya."
Kandungan ini disediakan oleh FINEXUS Sdn Bhd.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
