Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Pinjam RM5,000, Rugi RM15,000 – Muhibbah Alliance & PDRM Ingatkan Bahaya Pinjaman Tidak Wujud

Penjawat awam kini menjadi sasaran utama sindiket penipuan pinjaman tidak wujud berikutan pengumuman kenaikan gaji baru-baru ini.

Tawaran pinjaman yang kelihatan meyakinkan sering kali menjadi perangkap sindiket penipuan. Modus operandi mereka bukan sahaja dengan janji manis, malah turut menyamar menggunakan nama syarikat kewangan sah untuk memperdaya orang awam. Lebih berbahaya, pinjaman yang ditawarkan sebenarnya tidak wujud.

Inilah cabaran yang dihadapi Muhibbah Alliance Capital Sdn. Bhd. setiap hari, sebuah penyedia pinjaman patuh Syariah khusus untuk kakitangan kerajaan dan GLC, apabila nama, logo serta laman web mereka disalahgunakan oleh scammer.

Sebagai makluman, Muhibbah Alliance hanya menawarkan pinjaman sah kepada semua penjawat awam di Malaysia. Proses kelulusan secepat 3 hari bekerja dan tanpa sebarang bayaran pendahuluan. 

Pengarah Muhibbah Alliance, Ben Loke, berkata sepanjang 19 tahun beliau berkecimpung dalam industri ini, masih ramai pemohon mudah terpedaya dengan iklan pinjaman di media sosial, khususnya Facebook, Tiktok dan website.

Pengarah Muhibbah Alliance, Ben Loke, menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang bayaran pendahuluan bagi permohonan pinjaman. “Jika ada individu meminta wang terlebih dahulu, itu pasti penipuan,” tegasnya.

Elak Jadi Mangsa

Antara langkah pencegahan yang ditekankan ialah membuat laporan polis segera sekiranya menjadi mangsa, selain berkongsi pengalaman dengan keluarga dan rakan agar lebih ramai sedar mengenai modus operandi scammer.

Pengarah Ben turut menegaskan bahawa Muhibbah Alliance tidak perlu membuat sebarang bayaran sama ada sebelum atau selepas kepada pihak ketiga bagi menguruskan pinjaman secara tidak rasmi. Orang ramai dinasihatkan membuat semakan hanya melalui laman web rasmi
(muhibbahalliance.com, pinjamankop.com.my, koperasi4u.com.my), menghubungi pejabat di talian 03-90540707 / 03-90540101, serta merujuk lebih 3,000 ulasan positif di Google yang mengesahkan reputasi syarikat. Atau hadir terus ke pejabat syarikat di 58-1, Jalan Tasik Utama 7, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Beliau mendedahkan antara kes yang berlaku melibatkan seorang guru yang mahu membuat pinjaman RM5,000, tetapi akhirnya kerugian RM15,000 selepas diperdaya.“Scammer bergerak secara profesional, seolah-olah benar-benar mewakili institusi kewangan. Ramai hanya sedar mereka ditipu apabila sudah terlambat,” katanya.

Tanda-Tanda Pinjaman Tidak Wujud

Antara ciri yang boleh dikenal pasti ialah:

  • Meminta bayaran awal seperti “yuran pemprosesan”, “cukai setem” atau “yuran kelulusan”.

  •  Meminta kad atm

  • Menggunakan logo dan nama syarikat pinjaman berlesen untuk meyakinkan mangsa.

  • Menghilangkan diri selepas mangsa membuat pembayaran, tanpa sebarang pinjaman diberikan.

Ceramah Anti-Scam Bersama PDRM

Insp. Muhammad Haikal bin Kamaruddin menjelaskan jenayah komersial kini melibatkan pelbagai bentuk penipuan termasuk Macau Scam, Love Scam, e-dagang, phishing, tipu TAC, pinjaman tidak wujud, pelaburan palsu, Ahlong, wang palsu, mata wang kripto dan pengubahan wang haram.

Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, Muhibbah Alliance bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganjurkan Ceramah Kesedaran Anti-Scam.

Menurut Insp. Muhammad Haikal bin Kamaruddin dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Cheras, terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan orang ramai mudah terjerat:

  1. Kurang pengetahuan mengenai taktik penipuan.

  2. Tidak membuat semakan awal.

  3. Keputusan tergesa-gesa akibat ugutan atau ancaman scammer.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dengan trend penipuan semasa, terutamanya pinjaman tidak wujud yang semakin berleluasa.

“Masyarakat perlu lebih berhati-hati, mengenali ciri-ciri scammer, dan sentiasa merujuk kepada pihak berautoriti sebelum membuat sebarang urusan kewangan. Walaupun Muhibbah Alliance menjalankan perniagaan sah, scammer berpotensi menyamar atas nama mereka. Oleh itu, semakan latar belakang amat penting, termasuk memeriksa media sosial rasmi serta menghubungi syarikat secara terus untuk pengesahan,” jelasnya.

Lindungi Diri daripada Penipuan

Orang ramai disarankan membuat semakan awal melalui portal rasmi Semak Mule CCID PDRM untuk menyemak nombor akaun bank, nombor telefon serta nama syarikat yang disyaki terlibat dengan penipuan.

Insp. Haikal turut mengingatkan agar berwaspada dengan panggilan telefon tidak dikenali, khususnya yang menyamar sebagai pihak polis, bank, atau agensi kerajaan. Sekiranya nombor tersebut mencurigakan atau tidak sahih, ia berkemungkinan besar adalah cubaan penipuan.

Kesedaran masyarakat adalah benteng paling kukuh menentang jenayah komersial. Dengan ilmu, sikap berhati-hati dan tindakan pantas, kita mampu menutup ruang penipuan serta melindungi diri dan keluarga daripada menjadi mangsa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS