Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
KPJ Healthcare Sokong Program Jelajah MADANI BFHI Wilayah Tengah di Tawakkal Specialist Hospital
Diterbitkan:  Sep 12, 2025 1:05 PM
Dikemaskini: 5:05 AM

KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”), penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia, mengukuhkan komitmennya terhadap kesihatan ibu dan anak melalui Jelajah MADANI Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI) 2025 bagi Wilayah Tengah yang dianjurkan oleh Pusat Laktasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”).

Acara yang berlangsung di Tawakkal Specialist Hospital (“TSH”) ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang menyambut baik kepimpinan KPJ Healthcare dalam memajukan amalan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Program ini juga menyaksikan sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di peringkat hospital swasta, dengan tema "Utamakan Penyusuan Susu Ibu: Bina Sistem Sokongan yang Mampan" yang menekankan tanggungjawab bersama penyedia penjagaan kesihatan, keluarga dan komuniti dalam menyokong ibu menyusu.

KPJ Healthcare merupakan penyedia penjagaan kesihatan swasta dengan jumlah hospital diiktiraf BFHI yang tertinggi di Malaysia, dengan 20 buah di seluruh negara. Pencapaian ini mencerminkan dedikasi pakar, jururawat dan kakitangan KPJ dalam menyokong para ibu dan memastikan setiap bayi mendapat permulaan hidup yang terbaik.

TSH telah menerima pengiktirafan BFHI sejak November 2014 dan kini telah memasuki kitaran pembaharuannya yang keempat yang membuktikan komitmennya yang berterusan terhadap penyusuan susu ibu dan penjagaan ibu serta anak. Hospital-hospital KPJ lain di Wilayah Tengah juga mengekalkan rekod akreditasi yang kukuh, dengan ada yang kini memasuki kitaran yang ketujuh.

Sebanyak 10 hospital KPJ di Wilayah Tengah mengambil bahagian dalam Jelajah MADANI BFHI kali ini, dengan TSH sebagai tuan rumah. Hospital yang terlibat ialah Ampang Puteri Specialist Hospital, KPJ Selangor Specialist Hospital, KPJ Kajang Specialist Hospital, Damansara Specialist Hospital, Damansara Specialist Hospital 2, KPJ Rawang Specialist Hospital, KPJ Sentosa KL Specialist Hospital, KPJ Klang Specialist Hospital dan KPJ Kuala Selangor Specialist Hospital.

Berucap di majlis pelancaran itu, Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, berkata, "Inisiatif Hospital Rakan Bayi bukan sekadar akreditasi. Ia adalah tentang memberikan setiap bayi satu permulaan hidup yang terbaik serta memastikan golongan ibu mendapat sokongan penuh sepanjang perjalanan penyusuan mereka. Di KPJ, kami berbangga dapat berganding bahu dengan Kementerian Kesihatan dalam memperkukuhkan agenda nasional ini. Dengan 20 hospital yang diiktiraf BFHI di seluruh negara, jumlah tertinggi dalam sektor swasta, kami melihat ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk menetapkan penanda aras bagi penjagaan berkualiti, selaras dengan 'Care for Life’ yang kami amalkan dalam setiap aspek penjagaan pesakit."

Jelajah MADANI BFHI Wilayah Tengah menampilkan reruai pendidikan oleh hospital KPJ, dengan demonstrasi urutan belakang untuk ibu, kaedah pemerahan dan penyimpanan susu serta teknik urutan bayi. Aktiviti ini disokong oleh ceramah yang dikendalikan oleh pakar serta sesi kaunseling percuma daripada pasukan BFHI KPJ, yang bertujuan untuk mendidik dan memperkasakan para ibu.

TSH juga melancarkan Vioventure Playland, sebuah taman permainan berasaskan Realiti Terimbuh (AR) di Wad Pediatrik Violet. Inisiatif ini direka untuk mengurangkan tekanan akibat rawatan di hospital serta memberikan keselesaan kepada kanak-kanak melalui aktiviti bermain.

BFHI merupakan sebuah inisiatif global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (“WHO”) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan  Bangsa-Bangsa Bersatu (“UNICEF”) yang mengiktiraf hospital yang mengutamakan penyusuan susu ibu sebagai asas kepada permulaan hidup yang sihat. Akreditasi memerlukan pematuhan ketat termasuk pelaksanaan "10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya" serta pencapaian kadar penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 75 peratus dalam kalangan ibu yang telah discaj.

Pelancaran Jelajah MADANI BFHI Wilayah Tengah mengukuhkan ikrar KPJ Healthcare untuk menyokong usaha KKM dalam membina budaya penyusuan susu ibu yang mampan di Malaysia. Ia juga merupakan sebahagian daripada transformasi menyeluruh di bawah KPJ Health System yang mengintegrasikan klinikal, pendidikan dan penyelidikan bagi menerapkan amalan terbaik seperti BFHI sebagai penanda aras kualiti, inovasi dan hasil yang berpusatkan pesakit.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS