Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
ZUS COFFEE lancarkan NGUPI®️ Tin – kopi Malaysia, bila-bila masa, di mana saja
Diterbitkan:  Sep 24, 2025 3:30 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

KUALA LUMPUR, 24 September 2025 – ZUS COFFEE, rangkaian kopi tempatan yang paling pesat berkembang di Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran ZUS NGUPI®️ Tin, inovasi sedia diminum (RTD) yang direka untuk membawa rasa kopi Malaysia yang padu dan asli dalam format moden dan mudah dinikmati.

Pelancaran ini menandakan satu pencapaian penting untuk ZUS COFFEE dalam usahaberkembang melangkaui rangkaian kafenya ke segmen FMCG. FMCG memperluaskan kesediaan ZUS COFFEE dari kafe ke ruang kehidupan hariana, membolehkan jenama itu mendekati jutaan rakyat Malaysia di luar kedainya selain membuka laluan ke pasaran eksport.

Ng Chun How, Pengarah Bisnes (FMCG) ZUS Coffee

Sambutan Budaya Kopi

"Kopi RTD antara kategori minuman yang paling pesat berkembang di dunia, dan Malaysia tidak terkecuali. Bagi kami, ia  menggabungkan budaya kafe dengan kemudahan kehidupan seharian," kata Ng Chun How, Ketua Perniagaan ZUS COFFEE (FMCG). “

Dengan NGUPI® Tin, kami mengambil rasa nostalgia kopi di kopitiam dan memberinya sentuhan baharu melalui kaedah bancuhan moden. Ia mengekalkan kepekatan dan rasa kaw yang digemari rakyat Malaysia - ditambahbaikkan dengan kualiti yang konsisten serta ciri Malaysia yang tersendiri.

Bangga sebagai jenama tempatan, ZUS COFFEE memilih untuk menerapkan budaya kopi Malaysia melalui perisa yang sebati dengan kehidupan seharian. “Setiap kopitiam di Malaysia menawarkan beberapa SKU utama yang tak lapuk dek zaman – kopi o, kopi kaw, kopi putih, dan variasi campuran yang rasa padu lagi sedap,” tambah Ng. “Inilah minuman yang rakyat Malaysia pesan setiap hari, merentasi generasi. NGUPI®️Tin direka berpandukan perisa asas ini yang telah teruji oleh masa - kini dibuat mampu milik, mudah dibawa dan serba moden.”

Empat Perisa, Satu Identiti Malaysia

ZUS NGUPI®️Tin diperkenalkan dengan empat perisa unik yang diinspirasikan oleh budaya kopitiam Malaysia:

● Klasik – Kopi sederhana pekat dengan profil susu berkaramel.

● Kopi Tarik – Kopi ‘tarik’ ikonik Malaysia dengan rasa krim yang halus

● Kopi Coklat – Kopi kaw dengan campuran coklat yang lembut.

● Kopi Putih – Aroma kopi panggang berinfusikan lemak mentega dan krim

"Pelancaran NGUPI®️ Tin sempena Hari Malaysia menjadikan detik ini lebih bermakna. Ia bukan sekadar kopi dalam tin - ia ialah identiti Malaysia dalam tin, sedia untuk dinikmati bila-bila masa, di mana jua dan tidak lama lagi, di seluruh dunia," kata Ng.

Keaslian kopi Malaysia kini dalam genggaman — ZUS NGUPI®️ Can, rasa yang tiada tandingan.

FMCG sebagai Enjin Pertumbuhan

Walaupun kafe ZUS COFFEE kekal sebagai nadi pengantaraan pengalaman jenama, perniagaan FMCG diletakkan sebagai pemacu pertumbuhan yang ketara. Dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, FMCG – yang diterajui oleh NGUPI®️Tin dan inovasi lain – dijangka menyumbang 20–30% daripada jumlah hasil syarikat, dipacu oleh rangkaian pengedaran yang menyeluruh dan pembelian berulang yang memberangsangkan.

Strategi jenama adalah untuk mendekati pengguna di mana mereka berada: pasar raya, stesen minyak, kedai serbaneka, dan pasaran atas talian. Sejak menjejakkan kaki ke pasaran FMCG tahun lalu, ZUS COFFEE telah bekerjasama rapat dengan rakan pengedar untuk memastikan liputan menyeluruh di seluruh negara. Di luar Malaysia, syarikat turut melihat potensi eksport yang tinggi, khususnya di rantau Asia Tenggara dan pasaran yang mempunyai diaspora Malaysia yang kuat.

“Dengan NGUPI®️, kami terasa bermakna kerana dapat meletakkan kopi Malaysia dalam tin dan berkongsi dengan dunia,” Ng merumuskan.

Ketersediaan

Mulai September 2025, ZUS NGUPI®️ Tin dalam empat perisa – Klasik, Kopi Tarik, Kopi Coklat, dan Kopi Putih – akan boleh didapati di kedai serbaneka utama, pasar raya, stesen minyak, serta peruncit di seluruh negara. Selepas itu, ia akan diperluas ke pasaran atas talian dan pasaran antarabangsa.


Kandungan ini disediakan oleh Trio Hauz.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS