Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
KPJ Healthcare rangkul tiga anugerah di The Edge Billion Ringgit Club 2025
Diterbitkan:  Sep 24, 2025 6:30 PM
Dikemaskini: 10:30 AM

KUALA LUMPPUR, 24 September 2025 – KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) dengan bangganya mengumumkan kemenangannya dalam tiga kategori di The Edge Billion Ringgit Club (“BRC”) 2025, sebuah pengiktirafan yang mengesahkan kedudukannya sebagai salah satu syarikat tersenarai berprestasi tinggi di negara ini. 

KPJ Healthcare merangkul Anugerah Permodelan Besar (RM10 bilion – RM40 bilion permodelan pasaran) kerana telah mencapai Pertubuhan Tertinggi dalam Keuntungan Selepas Cukai dalam tempoh tiga tahun. Kumpulan juga turut memperoleh dua kemenangan dalam sektor penjagaan kesihatan, iaitu Pertumbuhan Tertinggi dalam Keuntungan Selepas Cukai dan Pulangan Tertinggi kepada Pemegang Saham dalam tempoh yang sama. 

KPJ Healthcare dianugerahkan Pertumbuhan Tertinggi dalam Keuntungan Selepas Cukai Selama Tiga Tahun di bawah kategori Syarikat Permodalan Besar (RM10b hingga RM40b Permodalan Pasaran) di The Edge Billion Ringgit Club 2025

Anugerah BRC tahunan anjuran The Edge Malaysia ini meraikan syarikat senaraian awam terbaik di Malaysia dengan permodelan pasaran sekurang-kurangnya RM1 bilion berdasarkan prestasi mereka sepanjang tiga tahun. Pada tahun 2024, KPJ Healthcare telah diumumkan sebagai pemenang dalam sektor penjagaan kesihatan bagi Pulangan Tertinggi kepada Pemegang Saham selama tiga tahun. Majlis tahun ini telah disempurkan dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, “Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada perunding, kakitangan dan pihak berkepentingan kami atas sokongan mereka dalam menjayakan pencapaian ini. Pengiktirafan ini mencerminkan kepercayaan yang diberikan kepada KPJ Healthcare dan mengesahkan kekuatan kewangan dan keupayaan kami untuk menjana nilai jangka panjang untuk pemegang saham dan memastikan hasil nilai terbaik untuk pesakit dan komuniti.”

“Menerusi KPJ Health System, kami mengintegrasikan klinikal, pendidikan dan penyelidikan di samping memajukan inovasi digital untuk membina model penjagaan kesihatan yang mampan dan bersedia untuk masa hadapan. Sebagai penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia, kami tetap komited untuk meningkatkan standard dan menyampaikan nilai yang memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan kami,” tambah Chin. 

KPJ Healthcare telah dianugerahkan dengan dua anugerah di bawah Kategori Penjagaan Kesihatan; Pertumbuhan Tertinggi dalam Keuntungan Selepas Cukai dalam tempoh Tiga Tahun dan Pulangan Tertinggi kepada Pemegang Saham dalam tempoh Tiga Tahun

Kemenangan ini juga mencerminkan kemajuan KPJ Health System dengan pembangunan Pusat Kecemerlangan yang membentuk asas untuk subkeparan yang lebih mendalam dan rangkaian klinikal yang lebih kukuh. Disokong oleh keupayaan digital dan amalan mampan, inisiatif ini meletakkan KPJ Healthcare untuk menerajui transformasi penjagaan kesihatan Malaysia dengan skala dan impak.

Dengan 30 hospital di seluruh negara, lebih 1,490 perunding perubatan dan lebih 3.3 juta pesakit setiap tahun, KPJ Healthcare terus membentuk masa depan penjagaan kesihatan Malaysia. Berpandukan tujuan Care for Life, Kumpulan komited untuk memberikan kecemerlangan dalam penjagaan di samping mencipta nilai untuk pesakit, pemegang saham dan komuniti.

Untuk maklumat lanjut mengenai KPJ Healthcare, layari https://www.kpjhealth.com.my.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS