Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Allianz Malaysia perkukuh kedudukan di utara dengan pemindahan cawangan Pulau Pinang
Diterbitkan:  Oct 30, 2025 7:02 PM
Dikemaskini: Oct 31, 2025 2:44 AM

Georgetown, 30 Oktober 2025 – Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) meraikan pembukaan rasmi cawangan baharunya di Georgetown, Pulau Pinang hari ini, sekali gus memperkukuh kedudukan syarikat di wilayah utara.

Terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah yang berprestij di Georgetown, cawangan baharu ini merupakan pemindahan strategik dari premis sebelumnya di Jalan China.

Bertempat di sebuah bangunan warisan, cawangan baharu ini menggabungkan nilai budaya dengan kemudahan moden, menampilkan lot banglo dua tingkat seluas 9,000 kaki persegi yang dilengkapi tiga bilik latihan.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang dan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life), Charles Ong.

“Cawangan baharu ini mencerminkan komitmen kami terhadap pertumbuhan dan kebolehcapaian di wilayah utara, di mana kami kini berkhidmat kepada lebih 800,000 orang pelanggan,” kata Sean, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

“Dengan melabur dalam bangunan warisan ini, kami bukan sahaja mewujudkan persekitaran yang lebih luas dan mudah diakses untuk pelanggan dan ejen kami, tetapi juga menghargai sejarah budaya di Pulau Pinang. Lokasi strategik ini sejajar dengan inisiatif Beyond Central Expansion kami, membolehkan kami memenuhi keperluan komuniti tempatan yang semakin berkembang,” tambahnya.

Cawangan baharu ini menawarkan peningkatan ketara yang direka dengan pengalaman pelanggan bertaraf dunia sebagai keutamaan. Lokasinya yang strategik di Jalan Sultan Ahmad Shah menyediakan akses yang lebih baik serta kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi. Ruang yang luas membolehkan lebih banyak kaunter perkhidmatan, mengurangkan masa menunggu, manakala ruang rundingan yang selesa serta menjamin privasi semasa membincangkan keperluan insurans.

Turut hadir dalam majlis pelancaran ialah Ketua Pegawai Kewangan Allianz Malaysia Giulio Slavich, Ketua Pegawai Kewangan Allianz General Chin Xiao Wei, Ketua Pegawai Operasi Allianz Malaysia Andrew Sim, Ketua Pegawai Operasi Allianz Life Tammy Lee, Ketua Pegawai Jualan Allianz General Horst Habbig, Ketua Pegawai Jualan Allianz Life Raymond Cheah dan Ketua Pegawai Pengurusan Pasaran Allianz Malaysia Amy Loke, serta ahli jawatankuasa pengurusan kanan lain, ejen Allianz Malaysia dan juga pelanggan.

Kemudahan baharu di Georgetown ini melengkapkan cawangan Allianz Malaysia yang sedia ada di Bukit Mertajam, memperkukuh kehadiran syarikat di Pulau Pinang.

Pengembangan ini merupakan sebahagian daripada rangkaian lebih luas Allianz Malaysia yang merangkumi 30 cawangan One Allianz yang terletak secara strategik di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sejak memulakan operasi di negara ini pada tahun 2002.

Alamat baharu cawangan Allianz Malaysia di Pulau Pinang adalah seperti berikut: 

No. 17A, Jalan Sultan Ahmad Shah, 
10050 Georgetown, Pulau Pinang


Kandungan ini disediakan oleh Allianz

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS