Tahun ini, AIA Malaysia meraikan ulang tahun ke‑10 AIA Vitality, sebuah program kesihatan dan kesejahteraan berasaskan sains yang telah membantu mengubah pilihan harian kepada hasil kesihatan jangka panjang yang positif untuk rakyat Malaysia. Sepanjang sedekad lalu, AIA Vitality telah berkembang menjadi penawaran unik yang menggabungkan program kesejahteraan menarik dengan manfaat insurans yang bermakna, sekali gus memperkukuh komitmen AIA untuk membantu rakyat Malaysia menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.
Dilancarkan pada tahun 2016, AIA Vitality merupakan program kesihatan dan kesejahteraan komprehensif yang melengkapkan ahli dengan pengetahuan, alat serta motivasi untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Berteraskan prinsip sains tingkah laku, AIA Vitality menggalakkan amalan kesihatan yang mampan serta memberi ganjaran kepada ahli melalui pelbagai manfaat dan diskaun atas usaha proaktif ke arah mencapai kesihatan yang lebih baik. Program ini menyokong pendekatan kesejahteraan holistic merangkumi aktiviti fizikal yang konsisten, pemakanan seimbang dan pemeriksaan kesihatan berkala.
AIA Vitality mencerminkan anjakan dasar bagaimana insurans mencipta nilai yang mengubah peranan tradisional syarikat insurans sebagai pembayar tuntutan apabila pelanggan jatuh sakit, kepada rakan aktif yang sentiasa bersama pelanggan disamping membimbing dan menyokong mereka untuk kekal sihat. Disepadukan dalam pelan insurans hayat dan takaful AIA yang terpilih, program ini memberi ganjaran kepada pelanggan bukan sekadar kerana mendapatkan perlindungan, tetapi juga kerana mengambil langkah proaktif mengekalkan kesihatan.
Melalui AIA Vitality, amalan gaya hidup sihat harian dapat diterjemahkan kepada manfaat polisi yang nyata, termasuk booster kekayaan, ganjaran kesihatan dan pulangan tunai, tertakluk kepada terma and manfaat setiap pelan. Apabila ahli meningkat dari status AIA Vitality Gangsa ke Platinum, tahap penglibatan yang lebih tinggi membuka nilai ganjaran yang lebih besar, selaras dengan kepercayaan AIA bahawa insurans seharusnya memberikan nilai sepanjang hayat dan bukan hanya ketika tuntutan dibuat.
Sepanjang 10 tahun, AIA Vitality telah berkembang lebih daripada sepuluh kali ganda dengan jumlah keahlian melebihi 391,000 ahli di seluruh negara yang mencerminkan peningkatan permintaan terhadap penyelesaian kesihatan yang berasaskan penglibatan. Pada tahun 2025 sahaja, secara kolektif, ahli AIA Vitality telah merekodkan sebanyak 230 bilion langkah yang bersamaan dengan berjalan kaki mengelilingi Bumi lebih 4,500 kali serta meraih lebih RM18 juta dalam bentuk ganjaran hasil amalan gaya hidup sihat yang konsisten. Berjuta-juta jam aktiviti fizikal dan tempoh tidur turut dijejaki dan direkodkan melalui peranti boleh pakai dan platform digital bersepadu yang menunjukkan tahap penyertaan yang berterusan dalam program ini.
Program AIA Vitality dibina berasaskan tiga tonggak utama yang membimbing ahli dalam perjalanan kesihatan mereka iaitu Ketahui Tahap Kesihatan Anda, Tingkatkan Kesihatan Anda dan Nikmati Ganjaran. Ahli-ahli bermula dengan melengkapkan Penilaian Kesihatan AIA Vitality, yang menentukan “Umur AIA Vitality” mereka sebagai satu indikator kesihatan keseluruhan yang diperibadikan yang mungkin lebih tinggi atau rendah berbanding umur sebenar.
Sehingga 31 Disember 2025, data daripada Pemeriksaan Kesihatan AIA Vitality menunjukkan impak program ini yang ketara serta boleh diukur terhadap tahap kesihatan ahli. Dalam kalangan ahli yang mengambil bahagian:
49% berjaya memperbaiki paras tekanan darah
61% mencapai paras kolesterol yang lebih sihat
79% berjaya memperbaiki paras glukosa
43% mencatatkan penambahbaikan dalam Indeks Jisim Badan (BMI)
Chai Tze Siang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia, berkata, “Keputusan ini jelas membuktikan keberkesanan AIA Vitality sebagai platform kesihatan pencegahan jangka Panjang yang bukan sahaja meningkatkan kesedaran awal terhadap risiko kesihatan, malah lebih penting turut mendorong perubahan tingkah laku yang berterusan dalam kalangan pelanggan kami.”

Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia pula berkata, “Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, AIA Vitality telah memperkasa rakyat Malaysia untuk mengawal kesihatan mereka, membuat pilihan gaya hidup yang lebih bijak, serta diberi ganjaran atas tindakan kecil yang membawa perubahan besar. Sepanjang sepuluh tahun ini, kami telah membantu ahli untuk bergerak lebih aktif, mengamalkan pemakanan lebih sihat, mengutamakan rehat, serta memperbaiki indikator kesihatan utama. Kami berbangga kerana program ini bukan hanya mengubah tingkah laku secara luas, tetapi mentakrifkan semula peranan insurans selaras dengan misi kami untuk membantu rakyat Malaysia menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.”

Memasuki dekad kedua, pemperibadian akan memainkan peranan yang lebih penting dalam evolusi program AIA Vitality. Ketika ini, ahli menikmati sasaran aktiviti mingguan yang disesuaikan serta maklum balas diperibadikan melalui pelbagai alat seperti penjejak pemakanan, sekali gus membolehkan program ini memenuhi keperluan individu mengikut tahap perjalanan kesihatan masing-masing.
Sempena ulang tahun ke-10, program ini terus berkembang sebagai platform yang lebih inklusif dengan pelbagai titik permulaan bermakna untuk setiap rakyat Malaysia — daripada ahli-ahli baharu hingga lama yang disokong oleh inisiatif-inisiatif menarik seperti Karnival AIA Vitality dan Score Marathon. Usaha-usaha ini mencerminkan komitmen AIA Malaysia untuk menjadikan kesihatan pencegahan lebih mudah diakses, menarik dan relevan bagi individu di setiap peringkat perjalanan kesejahteraan mereka.
Dengan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan lain yang dirancang dan bakal diperkenalkan sepanjang tahun bersejarah ini, AIA Vitality kekal sebagai rakan yang dipercayai dalam memperkasa individu dan keluarga untuk mengutamakan kesejahteraan mereka demi Hidup yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini mengenai inisiatif sempena ulang tahun ke‑10 AIA Vitality, sila layari https://www.aia.com.my/vitality10anniversary .
Kandungan ini disediakan oleh AIA Malaysia
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]
