Damansara Specialist Hospital 2 (“DSH2”), sebahagian daripada rangkaian hospital KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare”), mencatatkan satu lagi pencapaian penting di bawah KPJ Health System dengan pengenalan Supine High-Intensity Focused Ultrasound (“HIFU”), sekali gus menetapkan penanda aras baharu sebagai hospital pertama di Asia Tenggara yang menawarkan rawatan tanpa pembedahan ini untuk fibroid rahim.
Prosedur HIFU konvensional lazimnya dilakukan dengan pesakit dalam posisi meniarap untuk tempoh yang panjang. Pendekatan supine (terlentang) membolehkan rawatan dilakukan dalam posisi yang lebih selesa, sekaligus berpotensi mengurangkan ketidakselesaan semasa prosedur yang mengambil masa lebih lama.
HIFU merupakan rawatan tanpa pembedahan yang menggunakan tenaga ultrasound berfokus untuk menyasarkan tisu fibroid tanpa memerlukan hirisan atau pembuangan rahim. Kaedah ini sesuai untuk pesakit terpilih, khususnya mereka yang mempunyai fibroid bersaiz sederhana di lokasi yang sesuai.

Fibroid rahim adalah keadaan biasa yang boleh menjejaskan kualiti hidup wanita. Pendekatan rawatan tradisional mungkin melibatkan pembedahan seperti miomektomi atau histerektomi yang memerlukan tempoh pemulihan lebih panjang. HIFU menwarkan alternatif tanpa pembedahan bagi kes tertentu dan dapat memelihara rahim.
Walaupun HIFU menawarkan pilihan rawatan tanpa pembedahan, pemilihan pesakit yang sesuai adalah penting. Kaedah ini biasanya lebih sesuai untuk pesakit yang mempunyai fibroid bersaiz sederhana dengan bilangan yang terhad dan tidak berada berhampiran struktur sekeliling yang sensitif. Bagi kes yang lebih kompleks, pilihan rawatan lain yang boleh memelihara rahim seperti laparoskopi atau miomektomi histeroskopi akan dipertimbangkan.
Di DSH2, prosedur ini dikendalikan oleh Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Liew Yen Eit dan Dr Haliza Kamarudin, dalam memperkasa perkhidmatan kesihatan wanita di hospital.
Mengulas mengenai perkembangan ini, Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, “Pengenalan Supine HIFU di DSH2 mencerminkan usaha kami dalam mengukuhkan perkhidmatan kesihatan wanita melalui penggunaan inovasi yang bersasar, sekali gus menambah baik cara penjagaan disampaikan. Sebagai satu pencapaian di bawah KPJ Health System, ia membuktikan komitmen kami untuk memperluas akses kepada rawatan yang kurang invasive, sambil mengekalkan hasil klinikal yang baik dan meningkatkan pengalaman pesakit yang lebih selesa. Perkembangan ini juga menunjukkan bagaimana teknologi diaplikasikan secara praktikal dan bertanggungjawab selaras dengan aspirasi Care for Life”

Dr Liew Yen Eit, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi berkata, “Pendekatan supine mengubah pengalaman pesakit semasa rawatan. Ia membolehkan prosedur dijalankan dalam posisi yang lebih selesa sambil tanpa menjejaskan tahap ketepatan yang diperlukan untuk rawatan fibroid yang berkesan.”

Dr Haliza Kamarudin, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi menambah, “Rawatan ini menyediakan satu lagi pilihan untuk wanita yang sedang mempertimbangkan alternatif kepada pembedahan khususnya mereka yang ingin memelihara rahim. Penilaian teliti tetap penting bagi menentukan kesesuaian rawatan untuk setiap pesakit.”

Pengenalan Supine HIFU di DSH2 mencerminkan focus berterusan hospital dalam memperkasakan perkhidmatan kesihatan wanita melalui penggunaan teknologi yang bersesuaian serta kepakaran klinikal. Pendekatan in selari dengan hala tuju KPJ Health System yang lebih luas serta turut diperkukuhkan lagi melalui pengiktirafan DSH2 sebagai Specialty Hospital of the Year (Women’s) – Malaysia di Healthcare Asia Awards 2026 baru-baru ini.
Untuk maklumat lanjut, layari https://kpjhealth.com.my/damansara2 atau hubungi +603-7717 3000.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]
