Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
KPJ Healthcare University perkukuh sistem kesihatan melalui kerjasama RCS England
Diterbitkan:  May 19, 2026 5:00 PM
Dikemaskini: 9:00 AM

Kuala Lumpur, 19 Mei 2026 - KPJ Healthcare University (“KPJU”), satu-satunya universiti penjagaan kesihatan swasta di Malaysia yang disokong oleh rangkaian 30 hospital pakar, memeterai kerjasama strategik dengan Royal College of Surgeons of England (“RCS England”), sebuah badan profesional terkemuka dunia untuk pembangunan standard, pendidikan dan penyelidikan dalam bidang pembedahan.

Kerjasama ini menggabungkan sistem kesihatan akademik KPJ yang merangkumi latihan kepakaran perubatan pascasiswazah, sains kesihatan bersekutu serta rangkaian hospital pengajar dengan kurikulum pembedahan, rangka kerja penilaian dan kepakaran fakulti Royal College of Surgeons of England (“RCS England”) yang diiktiraf di peringkat global. Melalui kerjasama ini, kedua-dua institusi akan bersama-sama membangunkan laluan berstruktur bagi memperkukuh kompetensi pembedahan, memperluas akses kepada kelayakan yang ditanda aras di peringkat antarabangsa serta memacu penerapan hasil penyelidikan dalam amalan klinikal bagi meningkatkan hasil rawatan pesakit di menerusi KPJ Health System. (“KPJHS”).

Dr Nik Fawaz Nik Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi (Operasi Kesihatan Bersekutu dan Peruncitan Kumpulan) KPJ Healthcare (duduk, dua dari kiri) menandatangani perjanjian MoU dengan Tim Mitchell, Presiden Royal College of Surgeons of England (duduk, dua dari kanan), sambil disaksikan oleh Dr Mizarina Dato' Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Healthcare University (duduk, kiri), Prof. Naeem Soomro, Ahli Majlis Royal College of Surgeons of England (duduk, kanan) serta wakil daripada Kumpulan KPJ dan Royal College of Surgeons of England.

Memorandum Persefahaman (“MoU”) tersebut telah ditandatangani di Damansara Specialist Hospital 2 dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Prof. (Hon.) Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (“JCorp”) serta Pengerusi KPJ Healthcare University Sdn Bhd (“KPJUSB”) merangkap Pengerusi Majlis Tadbir Urus KPJ Health System (“KPJHS”), bersama Mr Tim Mitchell, Presiden Royal College of Surgeons of England. Turut hadir ialah Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad.

Tim Mitchell, Presiden Royal College of Surgeons of England (dua dari kanan) menyampaikan ucapan di majlis menandatangani MoU bersama KPJ Healthcare University.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Prof. (Hon.) Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata, “Hari ini kita bukan sekadar satu majlis menandatangani kerjasama, tetapi mencerminkan aspirasi bersama untuk memperkukuh pendidikan pembedahan, meningkatkan standard rawatan pembedahan serta membangunkan keupayaan pakar bedah dan pasukan pembedahan di seluruh sistem kami.”

Tambah beliau, “Kami telah membangunkan pelan strategik dan pelan pelaksanaan bagi KPJ Health System (“KPJHS”), yang dipandu oleh penyelarasan sistem kesihatan serta dipacu oleh faktor-faktor yang akan menentukan masa depan penjagaan kesihatan, termasuk kecerdasan buatan, genomik dan penjagaan berasaskan nilai. Aspirasi kami jelas, iaitu untuk membina satu sistem kesihatan bertaraf dunia yang menyatukan kecemerlangan klinikal, pendidikan, penyelidikan, inovasi dan kecerdasan sistem dalam satu model yang menyeluruh.”

Prof. (Hon.) Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation serta Pengerusi KPJ Healthcare University Sdn Bhd merangkap Pengerusi Majlis Tadbir Urus KPJ Health System memberi ucapannya di majlis menandatangani MoU bersama Royal College of Surgeons of England.

Naib Canselor KPJU, Profesor Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin yang juga merupakan Pakar Bedah Ortopedik berkata, “Kerjasama ini memperkukuh peranan KPJU dalam membangunkan laluan pendidikan pembedahan yang berstruktur serta menyokong perkembangan pascasiswazah dan pembangunan program fellowship, di samping menyelaraskan pendidikan, latihan dan penyelidikan dengan amalan klinikal semasa serta standard antarabangsa.”

Melalui kerjasama ini, KPJU berada di landasan untuk terus memperluas rangkaian pendidikan dan penyelidikan antarabangsa, dengan memanfaatkan kerjasama sedia ada bersama institusi terkemuka seperti Mayo Clinic, University College London dan University of Melbourne, serta perancangan kerjasama akan datang bersama Imperial College Healthcare. Kesemua kerjasama ini menyokong pembangunan pendidikan eksekutif, laluan fellowship berstruktur dan penyelidikan bersama, sekali gus memperkukuh kedudukan KPJU sebagai hab serantau bagi kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan penjagaan kesihatan.

Kerjasama dengan Royal College of Surgeons of England ini memperkukuh komitmen KPJ dalam membangunkan satu sistem kesihatan yang bersedia untuk masa hadapan, dengan menyelaraskan pendidikan, amalan klinikal dan penyelidikan bagi memastikan hasil rawatan yang konsisten dan berkualiti tinggi pada skala yang lebih meluas. Ia juga menandakan permulaan kerjasama jangka panjang yang akan memperkukuh keupayaan pembedahan serta meningkatkan kualiti penjagaan pesakit di peringkat serantau.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS