Semangat sambutan Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini akan diraikan dengan cukup istimewa menerusi pelancaran PEPSI FM oleh Pepsi Malaysia bersama Etika Sdn. Bhd, yang menyatukan empat stesen radio popular dari Malaysia Timur dalam satu kolaborasi unik buat julung kali.
Dengan tema “Dari Frekuensi ke Hati, Happy Gawai Kaamatan”, inisiatif tersebut menyaksikan gabungan ERA Sabah, ERA Sarawak, Cats FM dan Kupi-Kupi FM menerusi siaran khas yang mengetengahkan muzik, budaya, cerita rakyat dan pengalaman komuniti. Kolaborasi ini bukan sahaja meraikan kemeriahan musim pesta menuai, malah turut menjadi platform yang menghubungkan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk lebih mengenali keunikan budaya masyarakat Borneo.
Menariknya, PEPSI FM turut menampilkan gabungan segmen pelbagai bahasa yang memberi peluang kepada pendengar di Semenanjung Malaysia untuk memahami dengan lebih dekat identiti budaya masyarakat Malaysia Timur.

“Ketika musim perayaan ini berlangsung, masih ramai di luar Sabah dan Sarawak yang belum mengenali keindahan tradisi dan sambutan Kaamatan dan Gawai. Menerusi penglibatan bakat dan suara tempatan, inisiatif seperti ini membuka ruang kepada masyarakat untuk lebih memahami budaya, adat serta cara hidup komuniti di Malaysia Timur”
“Pada masa sama, platform sebegini turut memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk tampil lebih yakin dalam mewakili identiti, warisan dan komuniti mereka kepada orang ramai,” kata Alisa Spencer, Penyampai Radio ERA Sarawak dan Mijul, Penyampai Radio ERA Sabah.

“Kami akan membawakan pelbagai segmen menarik untuk para pendengar, termasuk kandungan yang memberi fokus kepada pendidikan budaya, perbezaan antara sambutan Kaamatan dan Gawai, serta cara generasi Gen Z dan milenial meraikannya pada masa kini berbanding generasi terdahulu.”
“Siaran ini juga turut mengetengahkan perbezaan suasana sambutan di kampung dan di bandar, selain memperkenalkan pakaian tradisional masyarakat Sabah dan Sarawak. Para penyampai radio turut tampil mengenakan busana tradisional sepanjang siaran berlangsung, sekaligus memberi peluang kepada pendengar di luar Borneo untuk lebih mengenali dan menghargai keunikan budaya masyarakat Malaysia Timur,” kata Azah Shahrin, Pengurus Jenama ERA dan Wan Syafeeq, Pengurus Jenama ERA Sabah & ERA Sarawak.

Siaran khas PEPSI FM itu turut dimeriahkan dengan penampilan artis budaya terkenal dari Sarawak, Alena Murang, yang berkongsi usaha beliau dalam memelihara warisan Borneo menerusi muzik dalam bahasa Kenyah dan Kelabit. Selain itu, program berkenaan turut diserikan dengan kemunculan bintang lagu tema Pepsi sempena Kaamatan dan Gawai iaitu Mary Grace, Rezza Shah, Ramles Walter dan Dabra Sia.
Mereka akan berkongsi pengalaman di sebalik pembikinan lagu tema dan video muzik khas yang dihasilkan bagi meraikan semangat pesta menuai di Malaysia Timur.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkata, Pepsi berbangga dapat meraikan kekayaan warisan budaya Malaysia Timur menerusi sambutan Pesta Menuai yang kini berkembang menjadi lebih daripada sekadar kempen perayaan.
“Pepsi juga meneruskan tradisi pengeluaran tin edisi khas Pesta Menuai yang ditawarkan secara eksklusif di Malaysia Timur sepanjang musim perayaan. Lebih bermakna apabila reka bentuk tin edisi khas ini dihasilkan oleh bakat kreatif dari Malaysia Timur sendiri kerana mereka lebih memahami keunikan budaya serta identiti tempatan,” katanya.
Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini, berkata kerjasama antara ERA Sabah, ERA Sarawak, Cats FM dan Kupi-Kupi FM merupakan satu inisiatif bermakna dalam meraikan budaya Malaysia Timur. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pepsi sebagai penaja utama kolaborasi tersebut.
#PepsiFM #HappyGawaiKaamatan #DariFrekuensiKeHati
