Kesatuan Eropah (EU) bersama ASEAN telah melancarkan kempen serantau bersejarah untuk memartabatkan golongan belia yang menjadi pemacu kemajuan Asia Tenggara.
Kempen berjudul “Hands that move” menampilkan inisiatif hasil kerjasama EU-ASEAN yang melahirkan penyelesaian inovatif dan mampan, sekali gus membuka peluang baharu bagi komuniti serta individu di negara ASEAN.
Pelaburan melalui strategi Global Gateway EU membuka laluan kepada perkhidmatan yang lebih baik hari ini serta peluang baharu pada masa hadapan, sambil memperkasa golongan belia untuk belajar, bekerja dan berinovasi dalam rantau yang semakin terhubung.
Kempen ini tertumpu kepada 11 ‘wira’ dan 11 pencipta digital - seorang bagi setiap negara ASEAN - yang merupakan pakar dalam salah satu tonggak strategi Global Gateway: Pendidikan & Penyelidikan, Pengangkutan & Infrastruktur, Iklim & Tenaga, Digital atau Kesihatan.
‘Wira’ ini merupakan tokoh unggul yang memperjuangkan inisiatif dibiayai EU merangkumi projek, program pertukaran pendidikan seperti Erasmus+ serta keanggotaan Youth Sounding Board EU di ASEAN, sebuah kumpulan perunding belia yang memberi pandangan terhadap dasar, strategi dan program EU. Dalam bidang kepakaran masing-masing, wira ini melangkaui batas kebiasaan dan meninggalkan kesan perubahan yang abadi. Mereka turut memberi inspirasi kepada belia lain agar berusaha lebih giat dan memperoleh pencapaian yang lebih gemilang.
Pencipta digital ini ialah individu ternama yang menghidupkan tema Global Gateway menjadi kisah yang menyentuh jiwa, sarat dengan nilai kemanusiaan, positif serta sesuai dengan budaya.
“Kempen ini menyanjung wira biasa Asia Tenggara yang membentuk masa hadapan dunia,” ujarT.Y.T. Sujiro Seam, Duta EU ke ASEAN. “Di segenap rantau, pelajar, pekerja, usahawan, dan komuniti mengubah peluang menjadi tindakan, sementara idea pula berkembang sebagai perubahan nyata.”
Di Malaysia, kempen ini menampilkan Alicia Tien Weei, pengasas muda Asia Discovery serta pakar strategi teknologi, dan Patrick Lee, pencipta kandungan prolifik dan digemari ramai. Mereka berkongsi komitmen teguh dalam menggalakkan peralihan tenaga.
“ASEAN memiliki potensi yang amat luas. Masa hadapan akan menjadi milik mereka yang memilih untuk berkembang maju bersama rantau ini”, kata Alicia. “Sebagai anggota Youth Sounding Board Kesatuan Eropah di ASEAN, saya menggunakan platform ini secara aktif untuk memperjuangkan peralihan tenaga di Malaysia dan rantau ini”.
“Alicia dan Asia Discovery menjadi sumber inspirasi dan mengingatkan kami bahawa masa hadapan dan kunci perubahan berada dalam genggaman kita sendiri”, kata Patrick.
Daripada mengubah sisa menjadi perniagaan bernilai berbilion, kepada memastikan keselamatan pesawat di angkasa, hingga mencipta bateri berasaskan kertas pertama di dunia, anak muda pencetus perubahan Asia Tenggara membuktikan bahawa idea yang berani mampu memacu masa hadapan rantau ini. Dapatkan inspirasi di www.handsthatmove.eu
Kandungan ini disediakan oleh European Union (EU).
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]
