Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Peluang pekerjaan dan masa depan anak muda menjadi keutamaan Jeram Padang
Diterbitkan:  Jul 21, 2026 10:29 AM
Dikemaskini: 2:29 AM

Pakatan Harapan komited untuk memastikan Jeram Padang terus membangun dengan memberi tumpuan kepada dua keutamaan utama dalam manifesto kami, iaitu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan membina masa depan yang lebih cerah untuk golongan anak muda.

Jeram Padang mempunyai potensi besar untuk berkembang sebagai kawasan yang mampu menarik pelaburan baharu serta memperkukuh ekonomi setempat. Oleh itu, saya komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi menarik lebih banyak pelaburan yang mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Pada masa yang sama, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan tempatan perlu diberikan sokongan yang lebih menyeluruh melalui akses kepada latihan, pembiayaan, pemasaran dan pendigitalan perniagaan. Apabila perniagaan tempatan berkembang, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan ekonomi setempat akan menjadi lebih kukuh.

Selain itu, golongan belia perlu diberikan laluan yang jelas untuk membina kerjaya. Ramai anak muda Jeram Padang mempunyai potensi, namun mereka memerlukan peluang dan sokongan yang sewajarnya.

Sehubungan itu, saya akan memberi penekanan kepada program latihan TVET, latihan keselamatan dan pekerjaan melalui NIOSH, pembangunan kemahiran digital, keusahawanan serta program pembangunan bakat bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka. Di samping itu, saya juga akan memperluaskan peluang kepada belia dan penduduk luar bandar untuk menyertai program pembangunan ekonomi desa seperti Desa MAHA yang memberi fokus kepada pertanian moden, pengurusan ladang, penternakan ayam, lembu dan kambing, akuakultur serta latihan dalam pengurusan pemasaran produk desa sehingga ke peringkat kebangsaan. Inisiatif ini akan membantu melahirkan lebih ramai usahawan desa yang berdaya saing serta mewujudkan sumber pendapatan baharu kepada masyarakat.

Usaha ini bukan sahaja bertujuan membantu anak muda mendapatkan pekerjaan, malah melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia menghadapi perubahan ekonomi masa hadapan.

Saya percaya pembangunan sebenar bukan sekadar membina infrastruktur, tetapi memastikan rakyat mempunyai pekerjaan yang stabil, pendapatan yang lebih baik dan peluang untuk membina kehidupan yang lebih berkualiti. Itulah komitmen saya kepada anak muda di seluruh Jeram Padang.

"Kita Bina Jeram Padang.”

YB MANIVANAN GOWIN
Calon Pakatan Harapan
N.07 Jeram Padang


Kandungan ini disediakan oleh Pakatan Harapan

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS