Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Ujian saringan awal kanser mampu selamatkan nyawa
Diterbitkan:  Feb 25, 2022 1:45 PM
Dikemaskini: Jul 19, 2022 10:25 AM

Kanser merupakan salah satu isu kesihatan diri yang boleh meragut nyawa sekiranya tidak mendapatkan rawatan awal. Menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2012–2016 daripada Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada tahun 2020, penghidap kanser paru-paru dan hati mempunyai kadar kelangsungan hidup selama lima tahun, masing-masing hanya 11 dan 12.8 peratus.

Selain itu, semakin ramai pesakit yang lewat mendiagnosis kanser. Peratusan kes kanser payudara yang dikesan pada peringkat 3 dan 4 meningkat dari  43.2 peratus dalam tempoh 2007 - 2011 kepada 47.9 peratus dalam tempoh 2012 hingga 2016.

Trend yang membimbangkan ini juga serupa untuk jenis kanser yang lain seperti kanser paru-paru, kanser kolorektal, kanser prostat dan kanser serviks rahim, di mana lebih ramai pesakit menghidap penyakit pada peringkat 4.

Apabila pengesanan awal dan pemeriksaan kanser ditangguhkan, kadar kelangsungan hidup akan menjadi lebih rendah dan akan mengakibatkan kos rawatan dan penjagaan yang lebih tinggi. Kanser peringkat awal kebiasaannya bersaiz kecil dan boleh dirawat dengan mudah. Justeru, ujian saringan awal perlu dilaksanakan di pusat kesihatan bagi pengesanan awal untuk jenis kanser tertentu.

Dalam temubual ini, Dr Aminudin Rahman bin Mohd Mydin, Pakar Perunding Onkologi Klinikal & Radiasi (Kanser) di Hospital Pakar KPJ Damansara akan berkongsi pandangan beliau mengenai pengesanan awal dan pencegahan kanser, perkembangan baharu dalam rawatan kanser dan sistem radioterapi Elekta Versa HD Linear Accelerator terkini.

KPJ Healthcare Berhad merupakan peneraju dalam  perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta di negara ini dengan rangkaian bersepadu lebih daripada 28 hospital pakar yang terletak di seluruh Malaysia. KPJ mempunyai empat (4) Pusat Kecemerlangan Penjagaan Kanser yang terletak di Hospital Pakar KPJ Damansara, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Hospital Pakar KPJ Johor dan Hospital Pakar KPJ Ipoh serta Hospital Pakar KPJ Sabah sebagai pusat premier penjagaan cancer.

Kanser bukan hukuman mati

“Kanser sama sekali bukan sebuah hukuman mati.  Dengan pelbagai perkembangan diagnosis dan rawatan kanser ketika ini, jumlah pesakit kanser yang sembuh dan meneruskan kehidupan seharian mereka juga bertambah. Salah satu isu utama yang kita hadapi di Malaysia adalah kurang penekanan terhadap pengesanan awal kanser melalui ujian saringan kanser,” kata Dr Aminudin.

Beliau berkata sejak kes COVID-19 dilaporkan 2 tahun lalu, kesedaran terhadap kanser juga semakin berkurangan dalam kalangan rakyat. Agensi kerajaan, swasta, NGO dan seluruh masyarakat perlu memberi fokus semula kepada penyakit-penyakit kesihatan utama dalam negara seperti kanser, selain tumpuan kepada COVID-19 pada ketika ini.

Pemeriksaan Kanser

Setiap jenis kanser mempunyai ujian saringan tersendiri, dimana saringan itu membantu mengesan kanser sebelum sebarang tanda atau gejala muncul. Berikut adalah beberapa jenis pemeriksaan kanser:

Mamografi: sejenis Xray yang direka khusus untuk memeriksa payudara. Imej yang dihasilkan oleh mamografi boleh mengesan kanser pada payudara. Pemeriksaan mamogram disarankan untuk wanita berumur 40 tahun ke atas, manakala ultrasound payudara adalah satu alternatif yang lebih selamat untuk wanita yang lebih muda.

Ujian Pap smear: merupakan sejenis ujian yang dijalankan untuk memeriksa kesihatan serviks dengan mencari sebarang perubahan sel yang besar kemungkinan akan menjadi sel kanser jika tidak menerima rawatan awal. Ujian Pap smear bersama-sama dengan ujian HPV mencari sel serviks yang dijangkiti virus HPV.  Kebiasaanya  kedua-dua ujian ini disarankan kepada wanita berusia 20 dan ke atas dan yang aktif berseksual.

Kolonoskopi: Kolonoskopi adalah ujian yang dijalankan ke atas pesakit untuk memeriksa usus besar. Menerusi pemeriksaan ini, tisu yang tidak normal seperti polip, dan sampel tisu (biopsi) akan dikeluarkan melalui prosedur skop semasa ujian. Prosedur ini adalah ujian saringan untuk kanser kolorektal dan disarankan untuk mereka yang berumur 50 tahun ke atas.

Ujian darah PSA: Ujian PSA adalah ujian darah untuk membantu mengesan kanser prostat. Ujian ini akan mengukur tahap antigen khusus prostat (PSA) di dalam darah anda. PSA adalah protein yang dihasil hanya di kelenjar prostat. Ujian darah PSA bersama-sama dengan pemeriksaan “Digital Rectal Examination (DRE)” di kelenjar prostat amat disarankan untuk lelaki berumur 50 tahun dan ke atas kerana mereka lebih terdedah kepada risiko kanser prostat.

Low Dose Computed Tomography (LDCT) Scan of Lungs”: Ujian saringan ini adalah imbasan CT dada untuk saringan kanser paru-paru dan disarankan untuk perokok semasa dan yang mempunyai sejarah merokok, berusia 50 tahun ke atas untuk mengambilnya.

“Masih ramai orang yang takut untuk membuat pemeriksaan kesihatan awal untuk mengesan kanser. Perkataan kanser itu sendiri menakutkan mereka. Ujian saringan kanser dapat mengesan sel-sel kanser dengan lebih awal, apabila ianya masih di tahap mudah untuk dirawat.  Apabila anda kerap membuat ujian saringan, lama kelamaan anda tidak akan berasa takut,” katanya.

Terapi kanser alternatif dan penyebaran maklumat palsu di media sosial

Terapi alternatif untuk kanser berpotensi untuk memberi kesan sampingan dan juga mungkin tidak berkesan. Di samping itu, terapi ini juga berupaya untuk mengganggu rawatan kanser konvensional dan ini adalah amat berbahaya.

Individu dan syarikat yang mempromosikan terapi alternatif yang tidak berkesan, terutamanya melalui penyebaran maklumat yang palsu dan meyakinkan orang ramai bahawa terapi alternatif akan menyembuhkan mereka adalah amat berbahaya. Ini boleh memudaratkan kesihatan seseorang terutamanya jika individu tersebut telah terpengaruh dan berhenti mengambil rawatan kanser konvensional mereka. Malangnya, masalah ini sering berlaku di Malaysia, walaupun dalam kalangan golongan muda, golongan berpendidikan dan golongan urban.

Adakah COVID-19 memberi kesan yang teruk kepada pesakit kanser?

“Seperti yang kita tahu COVID-19 boleh menjejaskan sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan latar belakang. Pesakit kanser yang mempunyai sistem imun yang lemah mungkin akan terdedah kepada jangkitan COVID-19 dengan lebih mudah. Oleh itu, kami menyarankan pesakit kanser untuk menjalani vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Malaysia (PICK) secepat mungkin. Ini akan dapat mengurangkan risiko anda dijangkiti virus COVID-19, dan supaya penyakit itu tidak menjejaskan rawatan kanser mereka,” kata Dr Aminudin.

Perkembangan teknologi baru dalam rawatan kanser

1) Radioterapi Teknologi Tinggi

“Stereotactic radiosurgery (SRS)” merupakan bentuk radiasi terapeutik yang digunakan untuk merawat keabnormalan pada otak dan tulang belakang, termasuk kanser, tumor jinak, epilepsi, neuralgia trigeminal dan kecacatan arteriovenous.

“Stereotactic body radiation therapy (SBRT)” adalah satu rawatan kanser yang menyampaikan dos sinaran yang tepat kepada sel-sel kanser sambil meminimumkan kerosakan pada tisu yang sihat. Ia biasa digunakan untuk kanser paru-paru, hati, pankreas dan prostat.

“Volumetric Modulated Arc Therapy (VMAT)” akan menggunakan foton (sinar-X) yang dihasilkan oleh pemecut linier perubatan. Rasuk yang kecil dengan intensiti yang berbeza akan ditujukan kepada tumor dan kemudian akan diputar secara 360 darjah di sekeliling pesakit. Ini membolehkan kita menyerang sel-sel kanser dengan cara tiga dimensi yang lengkap.

“Four-Dimensional Image Guided Radiation Therapy (4D IGRT)”, yang juga dikenali pintu pernafasan, ialah teknik pengimejan yang digunakan untuk mengenal pasti kawasan tumor pesakit.  Sebagai contoh, semasa pernafasan berlaku, berkemungkinan tumor akan bergerak keluar dari kawasan rawatan radioterapi, sinaran radiasi dimatikan secara automatik oleh 4D-RT dan akan berfungsi kembali sekiranya tumor berada dalam kawasan rawatan. 4D IGRT juga menggabungkan teknik pengimejan yang canggih pada setiap sesi rawatan.

Dr Aminudin menerangkan tentang sistem radioterapi Elekta Versa HD Linear Accelerator, yang mampu menyampaikan terapi sinaran yang tepat. Sistem ini akan disasarkan dengan pengurusan gerakan yang kini boleh didapati di Pusat Radioterapi Hospital Pakar KPJ Damansara. Elekta Versa HD berupaya untuk memberikan kebolehpercayaan, ketepatan dan keyakinan dalam “Stereotactic Radiosurgery (SRS), Stereotactic Body Radiation Therapy (SBRT), Volumetric Arc Therapy (VMAT) dan 4 Dimensional Image Guided Radiation Therapy (4D IGRT)”.

Precision Medicine” dan “Cancer Genomics” dalam Rawatan Kanser

“Precision Medicine” menggunakan “next generation sequencing (NGS)” untuk menentukan genetik sel kanser dan dari situ, rawatan kanser boleh diperibadikan dengan lebih tepat.

“Targeted therapy” ialah sejenis rawatan kanser yang mengawal cara sel kanser membesar, membahagi dan merebak. Ia merupakan satu asas kepada perubatan yang tepat di dalam rawatan kanser. Terdapat banyak pilihan terapi yang disasarkan berdasarkan mutasi genetik sel kanser. Sebagai contoh, pesakit kanser payudara dengan mutasi HER2 mempunyai pilihan terapi seperti  pertuzumab dan trastuzumab. Pesakit kanser paru-paru dengan mutasi EGFR boleh mempertimbangkan gefitinib, erlotinib atau osimertinib, yang merupakan bentuk terapi sasaran secara oral.

Dr Aminudin berkongsi bahawa “targeted therapy” mempunyai kesan sampingan yang lebih rendah, dan ini akan memberikan pesakit kualiti hidup yang lebih baik dan kadar  kelangsungan hidup yang lebih tinggi. Terapi ini juga boleh digunakan untuk merawat kanser lain seperti kanser buah pinggang, kolorektal dan ovari.

Imunoterapi adalah jenis rawatan kanser terkini yang membolehkan tubuh memanfaatkan pertahanan imun sedia ada untuk mengenali dan menyerang sel-sel kanser. Sebagai contoh, pembrolizumab, imunoterapi anti-PD-1, mengeluarkan sel-sel kanser pada sel-T sistem imun melalui laluan PD-1/PD-L1. Ini membolehkan sel-T mengenali sel-sel kanser dan memusnahkannya.

Dengan imunoterapi, ramai pesakit kanser paru-paru di peringkat lanjutan, melanoma (sejenis kanser kulit yang sangat agresif) dan kanser buah pinggang dapat dirawat. Melalui imunoterapi untuk kanser paru-paru tahap 4, 1 dalam 3 pesakit boleh meneruskan kelangsungan hidup mereka sehingga 5 tahun.

Jika anda mendapati sebarang gejala luar biasa pada badan anda, segera hubungi doktor anda. Pengesanan awal akan memberikan anda dan doktor anda lebih banyak masa untuk merancang rawatan terbaik untuk penyakit tersebut.

Dilengkapi dengan kemudahan terkini dan tercanggih, KPJ Healthcare memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti yang bertaraf dunia terutamanya dalam penjagaan kanser. 

Layari https://kpjhealth.com.my/cancermonth untuk membuat temu janji dengan pasukan KPJ Healthcare yang terdiri daripada doktor pakar dan pakar onkologi yang berpengalaman di seluruh negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS