Ikrar Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diyakini mampu direalisasikan kerana merupakan satu rumusan realistik serta dibuat berdasarkan kajian.Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku pengerusi Majlis Pemulihan Negara telah mencadangkan supaya pembukaan sepenuhnya sempadan negara dilaksanakan secepat mungkin sebaik sahaja pandemik terkawal bagi memastikan kesinambungan perdagangan serta menjamin kestabilan ekonomi.
Membuka Sempadan antara Johor dengan Singapura
Hubungan Malaysia dengan Singapura, khususnya bagi negeri Johor, adalah sangat rapat seperti dalam sektor ekonomi dan pelancongan. Jadi hasrat pembukaan sempadan antarabangsa, terutamanya sempadan Johor- Singapura perlu melibatkan persetujuan daripada kedua-dua negara. Keputusan membuka semula sepenuhnya sempadan antara Singapura dan Johor yang sebelum ini ditutup bagi membendung penularan COVID-19, dilihat boleh menyumbang kepada kerancakan sektor ekonomi Johor.

Menurut Mustakim, 39, pemborong buah-buahan, sekarang keuntungan perniagaan agak kurang, tidak sama macam dahulu.
“Kalau dulu kita boleh berniaga dan mendapat keuntungan sebanyak 80%, tetapi sekarang hanya berupaya untuk berniaga sebanyak 30-40% sahaja. Ramai pengunjung dari Singapura suka memborong buah-buahan sekurang-kurangnya 3 kali dalam sebulan, tetapi sekarang tahap pemborongan amat rendah”
“Inisiatif untuk mengecualikan lesen penyewaan memang akan membantu para peniaga. Memotong lesen penyewaan sebanyak 50% juga sudah cukup,” katanya.
Penyediaan bantuan khas kepada penjaja dengan memberi pengurangan bayaran lesen dan sewa tapak perniagaan secara one-off dapat mengurangkan beban bukan saja kepada penjaja, tetapi juga pengunjung dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti mutu perniagaan.

Yatie, 48, peniaga gerai makanan dan minuman berkata, perbezaan purata jualan sebelum ini agak berbeza berbanding jualan saya sekarang yang tidak begitu tinggi. Namun, ada peningkatan sedikit kali ini kerana peniaga sekarang sudah boleh letak meja makan dan kerusi untuk pelanggan menjamu selera. Dulu, pelanggan hanya boleh membungkus makanan dan ini memang menjejaskan banyak gerai-gerai makanan terutamanya”.
Dibawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah dirangka oleh Majlis Pemulihan Negara bagi pembukaan semula sektor-sektor ekonomi dan sosial secara selamat dan teratur, semua negeri di Malaysia telahpun beralih ke fasa 4 secara selamat yang mana semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan.
“Saya ada menerima bantuan GKP secara one-off sekali dari kerajaan dulu. Semasa zaman COVID-19, kedai-kedai makanan di sini diberi cuti selama 6 bulan dan masa itu kita tidak perlu membayar lesen perniagaan kedai. Selalunya, saya membayar lesen perniagaan dekat RM500 lebih. Jika ada pengurangan pembayaran lesen-lesen perniagaan, ini akan membantu banyak sektor-sektor perniagaan di sini”
“Saya berharap kerajaan yang menang dalam pilihan raya negeri Johor, akan menubuhkan strategi untuk mengurangkan harga barang yang mendadak. Meletakkan harga tinggi akan memberi impak kepada tekanan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Peniaga gerai makanan di Medan Selera, Perling, Zack, 43, berkata, perniagaan yang diusahakannya merosot lebih 50 peratus sejak sempadan Malaysia-Singapura ditutup pada Mac 2020.
Walaupun sekarang orang ramai sudah boleh merentas negeri, namun hasil jualan masih kurang memberangsangkan berbanding sebelum pandemik. Memandangkan ramai orang tempatan bekerja dari rumah, mereka kurang datang di medan selera di sini untuk membeli makanan.
Ketika pentabdiran kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya telah mendapat bantuan sebanyak RM3,000 melalui pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan. Bantuan dan insentif dibawah lapan pakej rangsangan ekonomi ini adalah bagi membantu rakyat Malaysia dan juga usahawan tempatan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Kebiasaanya sebelum ini, setiap hari minggu, ramai warga Singapura akan turun untuk membeli-belah. Mereka akan membeli barang yang boleh dimasuki negara mereka. Sejak sempadan sudah tutup, banyak perniagaan di sini terjejas teruk,” kata Norasmad, peniaga di Kip Mart, Johor.

Calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Koo Shiaw Lee berkata sebagai seorang penduduk tempatan yang menginap di kawasan Perling, Johor lebih dari sedekad dan pernah menjadi pegawai khas untuk Menteri Besar Johor, beliau memahami masalah dihadapi dan permintaan penduduk di kawasan tersebut.
Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tersebut adalah sistem perparitan yang tidak sempurna, infrastruktur seperti pangsapuri yang tidak disselengara dan kedai-kedai perniagaan yang mengalami kerugian besar.
Jelasnya, kebanyakan perniagaan yang menyewa kedai, akan terikat dengan perjanjian sewa beli. Perniagaan yang tidak mempunyai keuntungan akan terpaksa untuk menggulung tikar. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, beliau ingin memperjuangkan kemudahan lesen perniagaan dan penyewaan selama 2-3 tahun untuk membolehkan mereka meneruskan perniagaan.
PN meletakkan calon di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian PRN Johor manakala pengundian awal pada 8 Mac.
