Tavis Sdn Bhd (‘’Tavis’’) telah dilancarkan pada 1 April 2022 sebagai sebuah aplikasi tuisyen dalam talian yang boleh diakses di semua platform termasuk komputer meja, komputer riba, tablet, telefon bimbit dan juga laman sesawang. Tavis merupakan pusat tuisyen dalam talian yang menawarkan kelas secara maya di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (“KSSM”). Yuran pengajian Tavis bermula dari RM39.99/bulan untuk subjek pertama, RM29.99 untuk subjek kedua, RM19.99 untuk yang ketiga, RM9.99 untuk yang keempat dan seterusnya. Namun begitu, pengguna baharu Tavis layak mendapat percubaan 1 bulan secara percuma untuk semua subjek.
Pengerusi Tavis, Tan Sri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, “Walaupun sudah bersara, saya tetap ingin menyumbang kepada masyarakat. Oleh sebab ini, saya percaya bahawa dengan meningkatkan taraf pendidikan dalam Malaysia, ianya akan memberi manfaat kepada masyarakat dalam jangka masa yang panjang.”
Untuk pengetahuan, Tavis mengendalikan proses pemilihan tutor secara teliti. Kebanyakan tutor Tavis mempunyai rekod prestasi yang sangat kukuh dan berpengalaman dalam industri pendidikan yang lengkap termasuk penyampaian tutorial dari sudut “real-world” serta praktikaliti dalam setiap topik akademik. “Kami melakukan yang terbaik untuk memilih tutor yang berkualiti untuk memastikan pelajar dari mana-mana pelusuk Malaysia mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti dengan harga berpatutan, agar pengajian yang sama rata dapat diwujudkan,” kata Tan Sri.

Sebelum ini, ibu bapa sangat bimbang tentang anak mereka yang tidak dapat memberikan perhatian yang penuh dalam kelas secara maya, dan ini telah mewujudkan halangan dalam minda mereka terhadap kelas tuisyen secara maya. Aplikasi Tavis yang baru dilancarkan ini menggunakan kaedah serampang dua mata yang mampu memantau perhatian pelajar di dalam kelas serta kemajuan pembelajaran mereka. Dalam masa terdekat, Tavis juga akan melancarkan Bank Soalan yang dilengkapi dengan sistem “Artificial Intelligence (AI)” yang dapat menyediakan analisis mengenai bahagian yang pelajar mahir dan lemah, dan seterusnya memberikan cadangan automatik mengenai topik mana yang harus diberikan lebih tumpuan.
Menariknya, Tavis juga memperkenalkan pendekatan “carrot-and-stick” untuk menggalakkan pembelajaran secara menarik. Untuk pendekatan “stick”, ibu bapa mempunyai pilihan untuk menghidupkan sistem notifikasi untuk mendapatkan laporan kemas kini mengenai kemajuan pembelajaran anak mereka. Sebagai contoh, jika anak-anak tidak memberi perhatian dalam kelas, ibu bapa akan dimaklumkan supaya tindakan yang sesuai dapat diambil. Untuk “carrot”, Tavis telah mewujudkan program "Belajar dengan Ganjaran" yang memberi ganjaran kepada pelajar sampai tahap yang lebih daripada jumlah yuran yang telah mereka bayar untuk tuisyen, sekiranya mereka memenuhi kriteria tertentu seperti kehadiran, perhatian dan skor percubaan kuiz.
"Secara ringkas, kami memanggil sistem ganjaran ini sebagai '3ATT'. Ketika kita masih kecil, ibu bapa sering menjanjikan hadiah kecil untuk setiap 'A' yang berjaya diperoleh ketika ujian sekolah, dan ini menyebabkan kita lebih bermotivasi dengan pemberiaan hadiah tersebut. Ini merupakan cara yang inovatif dan mungkin yang pertama seumpamanya. Kami percaya bahawa dengan membawa konsep yang menyeronokkan dalam pembelajaran dan sistem ganjaran ini dapat membantu meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Kami juga akan memberikan pilihan untuk pelajar-pelajar Tavis untuk mendermakan ganjaran kepada organisasi amal pilihan mereka, ataupun pilihan untuk menaja rakan-rakan mahupun adik- beradik untuk menyertai tuisyen ini," kata Tan Sri.
Tavis juga menjalankan bengkel percuma untuk pelajar dari semasa ke semasa dan bengkel- bengkel tersabutmerangkumi topik seperti pengekodan, robotik, STEM dan pengintipan awal ke dalam dunia pelaburan untukmembantu mereka mengembangkan kemahiran yang penting dalam abad ke-21 sekarangdan mempersiapkan mereka untuk bersedia untuk memasuki masyarakat. Dalam era globalisasi yang berubah secara pantas sekarang, teknologi berkembang pada kadar yang pantas juga dan ianya sering kali mengganggu tahap relevan kemahiran tradisional. Oleh itu, kebolehsuaian para pelajar terhadap teknologi dan kemahiran baru telah menjadi aset, jika bukan keperluan. Jadi, Tavis berusaha untuk menanamkan sifat-sifat tersebut kepada kanak-kanak sejak dari muda.
Sejak pandemik Covid-19 bermula pada tahun 2020, arah pendidikan telah berubah secara drastik, dengan pelajar bergerak secara ulang-alik antara kelas fizikal dan maya, mengakibatkan jurangpembelajaran dan pendidikan.. Tavis percaya bahawatunjuk ajar selepas sekolah boleh berfungsi untuk membantu memperbetulkan jurang tersebut, terutamanya dengan bantuan alat teknologi pendidikan ("EdTech").
Walaupun sekolah kini dibuka semula dan pelajar telah kembali ke sekolah secara fizikal, perbualan antara Tavis dan kebanyakkan ibu bapa menunjukkan bahawa pembelajaran secara maya tetap menjadi pilihan popular apabila melibatkan pembelajaran selepas sekolah. Hal ini adalah kerana sebab-sebab seperti masa perjalanan, kos pengangkutan, keselamatan, dan kemudahan. Tambahan lagi, ibu bapa pada masa kini juga menjadi lebih celik terhadap teknologi dan lebih menerima baik terhadap aplikasi dalam talian selepas wabak ini.

Sekiranya anda ingin belajar bersama Tavis, sila lawati www.tavis.live untuk mendaftar dan memuat turun platform ini. Setiap pelajar akan diberi tempoh percubaan akses penuh selama satu bulan untuk belajar dari tutor-tutor kegemaran anda dan meneroka semua sumber pembelajaran di platform ini.
Tavis kini berada di peranti Windows, Mac, iOS dan Android. Untuk peranti mudah alih, aplikasi ini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store.
