Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Tunai Zakat, Capai Hidup Berkat
Diterbitkan:  Oct 21, 2022 2:21 PM
Dikemaskini: 6:35 AM

Kita sedang berhadapan dengan masalah kemelesetan ekonomi dimana harga barang naik mendadak, kadar inflasi & OPR terus meningkat namun gaji dan pendapatan masih sama. Pasti sukar untuk seseorang itu menguruskan kewangan dengan situasi sekarang ini. Adakah dengan keadaan sekarang ini, masih perlu tunaikan zakat?

Walaupun kita berdepan dengan kemelesetan ekonomi dan kadar inflasi yang tinggi, namun rukun Islam ini tetap perlu ditegakkan sekiranya seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat wajib zakat harta. Syarat-syarat wajib zakat itu ialah Islam, merdeka, cukup haul iaitu tempoh matang sesuatu harta, cukup nisab iaitu kecukupan minimum jumlah harta yang dikenakan zakat di Wilayah Persekutuan iaitu RM 20,361 dan memiliki syarat milik sempurna.

Allah menegaskan kewajiban zakat harta menerusi firman Allah dalam surah Al Baqarah menerusi ayat 167 mafhumnya ”Wahai orang-orang yang beriman, infaqkanlah sebahagian daripada hasil pekerjaan baik yang kamu lakukan”. Imam Mawardi mentafsirkan perkataan infaq tersebut dengan makna zakat. Mutakhir ini, kita menghadapi suasana kegawatan ekonomi, namun seandainya kita masih memiliki kerja untuk menghasilkan pendapatan, maka ibadah zakat tetap perlu dilaksanakan bagi sesiapa yang layak dan wajib melaksanakannya.

Kenapa ibadah zakat itu penting dan amat ditekankan?

Zakat memberi pelbagai faedah sama ada untuk penerima dan juga pembayar zakat. Antaranya, hubungan persaudaraan dan kasih sayang antara pembayar dan penerima zakat dapat dikuatkan dengan berzakat. 

Zakat juga dapat mengikis sifat kedekut dan sayangkan harta dalam hidup manusia. Mereka yang menunaikan zakat pasti dapat merasai penambahan harta dalam kehidupan mereka seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya dalam Riwayat Muslim (2588), “Zakat itu tidak mengurangi harta”.

Maka, jangan dilihat kewajipan berzakat itu pada aspek nisab dan haul semata-mata kerana apa yang dikejarkan adalah keberkatan dalam menunaikan zakat.

Sebagai muslim, kita digalakkan untuk mengejar keberkatan di setiap kebaikan yang dilakukan lebih-lebih lagi dalam situasi kita diduga sebegini.

Bagaimana cara menangani masalah takut harta berkurang sekiranya menunaikan zakat?

Ambillah inspirasi dari Rasulullah SAW dan para sahabat yang yakin dengan janji Allah mengenai ganjaran bagi mereka yang mengeluarkan zakat. Sekiranya kita membuat pemerhatian, kita tidak akan bertemu dengan seorang manusia diatas muka bumi ini yang jatuh miskin kerana mengeluarkan zakat, sebaliknya mereka yang bakhil dalam mengeluarkan zakat akan ditimpa kemiskinan dan kemelaratan dalam kehidupan. Ini ibarat rugi besar sekiranya hidup atas muka bumi ini tetapi tidak menunaikan zakat kerana ganjaran dari Pencipta yang besar sedang menanti manakala ancamannya sangat perit sekiranya diabaikan amanah.

Bayar Zakat kepada pemerintah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah membincangkan hal ini dan menyatakan bahawa meskipun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak. Tetapi, perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa. Hal ini kerana, wajib ke atas umat Islam untuk patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan. [Haram di sini merujuk kepada tindakan melanggar peraturan yang diletakkan oleh pemerintah]

Di Malaysia, pemerintah telah mengarahkan institusi-institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan zakat bagi sesebuah negara, maka dalam konteks Malaysia, rakyat perlulah mematuhi perintah tersebut dengan membayar zakat kepada institusi yang telah ditetapkan oleh pemerintah.

Secara umumnya, agihan dilihat lebih sistematik dan menyeluruh jika dibuat menerusi institusi amil seperti Baitulmal dan pihak berkuasa zakat negeri. Pengurusannya tertakluk kepada pihak pemerintah mengikut panduan yang jelas dalam nas-nas yang berkaitan. Pandangan ini juga dipersetujui oleh beberapa ulama’ lainnya seperti Syaikh Abd Wahhab Khallaf, Syaikh Abd Rahman Hassan dan Syaikh Muhammad Abu Zuhrah.

Tunai zakat secara bulanan lebih konsisten

Masyarakat Islam disarankan untuk tunaikan zakat secara bulanan melalui potong gaji. Kaedah ini dilihat lebih mudah dan kurang membebankan pembayar untuk menunaikan zakat secara sekaligus. PPZ-MAIWP menawarkan Skim Potongan Zakat Bulanan buat mana-mana kakitangan kerajaan dan swasta untuk menunaikan zakat secara konsisten  dan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Daftar potongan zakat bulanan anda di ptg.zakat.com.my sekarang. 

PPZ-MAIWP menyediakan saluran pembayaran zakat menerusi laman web www.zakat.com.my. Pembayaran secara dalam talian juga boleh dibuat melalui fpx dengan menggunakan perbankan internet, kad kredit/ debit, GrabPay, Shopee Pay, Boost, Touch N Go dan banyak lagi. Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected] atau hubungi talian zakat 1 300 88 5757. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS