Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menjalankan pelbagai strategi untuk mengurangkan tekanan kos hidup dan memastikan sekuriti makanan menjadi agenda utama untuk menjaga kebajikan rakyat dan memastikan daya tahan negara untuk mendepani pelbagai cabaran global.
Lonjakan harga makan isu global dan sekuriti makanan negara
Malaysia bergantung tinggi kepada import makanan dan juga import bahan mentah seperti makanan ayam daripada negara luar. Namun, apabila negara-negara pengeksport ini mengalami gangguan pengeluaran akibat daripada impak pandemik Covid-19, ketidaktentuan cuaca, keadaan geopolitik dan inflasi di negara pengeluar. Ini akan menyebabkan Malaysia juga terkesan secara tidak langsung.

Zuhairah, 26, berkata salah satu langkah untuk perkukuh sekuriti makanan adalah melalui pemberian subsidi kepada pengeluar dan kedua-dua kerajaan dan rakyat bertanggungjawab untuk memastikan sekuriti makanan sentiasa efisien.
“Saya rasa sepanjang saya membeli barangan runcit, harga di pasaran masih berpatutan dan seperti biasa. Rakyat perlu mengambil inisiatif menanam sumber tanaman untuk perkukuh sekuriti makanan,” kata Hashvne, 33.

Intervensi dasar jangka pendek dan panjang ke atas harga dalam rantaian bekalan makanan

Antara strategi jangka masa pendek yang dirangka oleh pihak kerajaan ialah:
Pemberian subsidi langsung kepada pengeluar bagi menstabilkan harga makanan.
Perbelanjaan subsidi yang terbesar di dalam sejarah iaitu jangkaan subsidi hampir sebanyak RM80 bilion bagi tahun 2022.
Memberi subsidi bahan api bagi mengawal inflasi makanan.
Malaysia juga akan bekerjasama dengan Turkiye dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan perkongsian maklumat dan pengalaman.
Usaha jangka masa panjang
Bagi jangka masa panjang pula, penggubalan dasar terhadap sekuriti makanan lebih holistik yang menggabungkan antara kelestarian pengeluaran dan penggunaan serta jaringan keselamatan makanan, telah dirangka untuk pembangunan ekonomi.
Merujuk kepada dokumen Rancangan Malaysia Keduabelas (RMKe-12), pihak kerajaan telah mengusulkan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara, 2021-2025 (Pelan Tindakan 2021-2025).
Pelan tindakan tersebut telah berjaya direalisasikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan menumpukan 5 teras, 15 strategi dan 96 inisiatif dalam memastikan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi krisis sekuriti makanan dan situasi luar jangka.
menghapuskan sistem permit import (AP) yang akan memberi peluang lebih ramai pembekal untuk mengimport makanan dan bahan mentah.
Satu inovasi baharu tadbir urus telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan isu sekuriti makanan turut diteliti secara proaktif yang didasari pelbagai peringkat pentadbiran.
Kerajaan Malaysia telah membuat satu rundingan bersama kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menawarkan pelaburan berbalik dalam sektor pertanian, sekaligus membantu UAE menjadi hab makanan di Timur Tengah.
Pengeluar tenusu Qatar iaitu Syarikat Baladna telah membuat komitmen pelaburan sejumlah RM4.5 bilion dalam sektor penternakan tenusu yang bakal menjadi pengeluar tenusu terbesar di rantau Asia Tenggara.
