Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Program Perumahan Rakyat akan memanfaatkan 12,400 penghuni baharu
Diterbitkan:  Nov 2, 2022 6:41 PM
Dikemaskini: Nov 3, 2022 1:30 AM

Bajet 2023 menyediakan peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM95 bilion iaitu yang terbesar pernah disediakan dan meningkat dengan ketara berbanding masing-masing RM75.6 bilion dan RM64 bilion bagi 2022 dan 2021.

Peruntukan pembangunan ini termasuk Skim Perumahan. Skim ini adalah inisiatif kerajaan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama untuk memiliki rumah. Ia merangkumi:

  • Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk manfaat 12,400 penghuni baharu dengan peruntukan sebanyak RM367 juta;

  • Program Rumah Mesra Rakyat melibatkan pembinaan 4,250 unit rumah dengan peruntukan sebanyak RM358 juta;

  • Program Penyelenggaraan Perumahan dan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia bagi memastikan keadaan perumahan strata kos rendah dan sederhana yang selamat termasuk menggantikan lif-lif yang rosak dengan peruntukan sebanyak RM90.4 juta;

  • Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM3 bilion kepada bank bagi memberi akses pembiayaan kepada golongan tiada pendapatan tetap seperti pekerja e-hailing untuk memiliki rumah.

“Rumah sekarang, harganya terlalu mahal sangat. Melalui skim ini ia akan membuka peluang kepada anak muda untuk memiliki rumah,” kata Diana, 24, siswazah.

“Pada pendapat saya, inisiatif program penyelenggaraan perumahan akan membantu penghuni-penghuni yang tinggal di rumah kos rendah hidup dengan lebih selesa,” kata Ras Nurhumiera, 23, pelajar. 

“Saya beri jaminan bahawa semua skim perumahan ini akan dilaksanakan jika Kerajaan yang saya terajui dipilih semula pada PRU-15, 19 November ini agar seluruh Keluarga Malaysia dapat memiliki rumah sendiri selaras dengan aspirasi ‘Satu Keluarga Satu Rumah’,” kata Perdana Menteri semasa Majlis Pelancaran Pecah Tanah Bagi Projek Program Perumahan Rakyat Kepala Batas.

Kerajaan komited menyediakan rumah mampu milik untuk generasi muda supaya selain memberi tumpuan kepada pembinaan rumah mampu milik di bandar kecil dan pinggir bandar untuk meningkatkan peluang golongan M40 membeli rumah.

Beliau telah mengumumkan satu lagi inisiatif Keluarga Malaysia iaitu Projek PPR Kepala Batas bagi memenuhi keperluan tempat kediaman untuk golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan dan belum memiliki rumah.

Projek ini bernilai RM113 juta, melibatkan pembinaan sebanyak 700 unit rumah pangsa empat tingkat serta kemudahan asas, akan dilaksanakan di atas tanah seluas 20 ekar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Projek PPR Kepala Batas ini turut menyediakan 7 unit rumah untuk memenuhi keperluan Orang Kurang Upaya (OKU). Kos pembinaan seunit rumah adalah RM161,000 dan akan dijual pada harga RM45,000 seunit.

Pelancaran majlis pecah tanah bagi pembinaan Masjid Bandar Putra Bertam

“Masjid ini akan dibangunkan di atas tanah milikan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) seluas dua hektar di Pongsu Seribu, Seberang Perai Utara, kata Ismail Sabri.

Pembinaan Kepala Batas Youth Centre (KBYC) bernilai RM45 juta

KBYC ini akan menyediakan kemudahan sukan yang lengkap bertaraf antarabangsa dan akan turut menjadi one stop centre bagi aktiviti belia di wilayah utara Semenanjung Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS