Hari yang dinantikan oleh orang ramai bakal menjelang tidak lama lagi. Berbaki dua hari lagi bagi tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), parti-parti politik kini makin giat berkempen dan beramah mesra bersama pengundi-pengundi terutamanya kepada pengundi baharu.
YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengulas perihal ini dan menyatakan keyakinan beliau bagi parti Barisan Nasional (BN). Kempen kali ini mempunyai saingan yang sengit kepada kesemua parti-parti yang bertanding dan memberi kebimbangan dari segi topik ‘isu peribadi’ yang akan menjadi topik utama kempen-kempen ini.
Barisan Nasional (BN) fokus kepada ‘produk’ dan tawaran kepada rakyat

“BN adalah lebih tetumpu kepada ‘produk’ dan tawaran kepada rakyat. Dari segi manifesto, kita dapat lihat bahawa BN mempunyai manifesto yang lebih baik berbanding parti lain oleh sebab sebahagian besar daripada manifesto yang dihidangkan terdiri daripada bajet yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lepas”, ulasnya.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri menyatakan bahawa bajet yang dibentangkan sebagi manifesto kali ini adalah bukan janji dan tawaran kosong kepada rakyat. Namun, kesemua yang dibentang tersebut mempunyai dana yang mencukupi untuk dilaksanakan, dan kini menunggu kelulusan bajet daripada Parlimen yang bakal bersidang selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 ini.
“Saya percaya dengan strategi BN yang lebih kepada memfokuskan tawaran kepada rakyat, menjual produk dan tidak memburukkan parti lain dengan bentuk serangan peribadi dan sebagainya lebih diterima baik oleh rakyat”.
Pemimpin yang berasuah tidak melibatkan parti namun individu
Bertemakan Kestabilan dan Kemakmuran, Barisan Nasional telah terbukti berjaya membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara sepanjang ia berkuasa. Namun, isu seperti pemilihan calon dan kes-kes rasuah di kalangan pemimpin UMNO bukanlah satu tanda bahawa BN tidak sesuai untuk memimpin Malaysia lagi.
Beliau menyatakan bahawa pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan sebagainya tidak akan mempengaruhi parti, namun identiti tersebut. Individu yang mempunyai kes rasuah dan sebagainya akan melalui proses perundangan secara bersendirian tanpa melibatkan parti. Tamsilnya, ada kalangan pemimpin UMNO dahulunya pernah ditangkap dengan kegiatan komunis, dan yang ditangkap tersebut adalah daripada beberapa pemimpin. Namun, hal ini tidak mempengaruhi parti UMNO sebagai sebuah parti komunis. Jadi, itulah bezanya antara calon yang didapati bersalah dan juga pelibatan parti.
“Walaupun ada ahli parti yang didapati bersalah, perjalanan kes adan penghukuman akan diteruskan jika mereka didapati. Saya juga menegaskan bahawa pihak kerajaan tidak mengganggu dalam urusan mahkamah dan urusan agensi seperti SPRM dan sebagainya,” sambung beliau.
Pandangan BN terhadap gabungan parti

Beliau berkata bahawa ianya masih awal bagi beliau untuk membuat pandangan perihal gabungan parti dan keputsan ini harus diputuskan oleh parti.
“Individu tidak mempunyai hak untuk menentukan gabungan antara parti selepas pihan raya, namun yang pastinya kami bersama-sama telah menjemput parti Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan bersedia untuk bekerjasama bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN daripada Sabah”.
“Walaupun BN memperoleh banyak kerusi di Parlimen, kita masih mempunyai parti daripada Sabah dan Sarawak dalam gabungan membentuk Kerajaan Persekutuan kelak”, ujar beliau.
