Sepanjang minggu-minggu lalu, purata 6.9 orang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 berbanding purata 6.4 orang meninggal dunia bagi tempoh 30 hari lalu, menunjukkan trend peningkatan. Sejak wabak COVID-19 melanda di negara kita, Malaysia pada Mac 2020, sebanyak 36,641 kes kematian telah direkodkan¹.
Walaupun Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam², namun ia tidak bermakna negara kita telah bebas sepenuhnya daripada ancaman COVID-19³. Jangkitan COVID-19 masih boleh menyebabkan penyakit yang teruk sehingga membawa kematian⁴.
Dalam temubual ini, Dr Muhammad Yazli Yuhana, Pakar Penyakit Berjangkit berkongsi pandangan beliau mengenai cara pencegahan dan rawatan serta kesan COVID-19, untuk melindungi diri and orang tersayang, terutamanya mereka yang berisiko tinggi.

Pentingnya ujian kendiri COVID-19
Dr Yazli menyarankan orang ramai untuk membeli serta menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang dijual di pasaran untuk tujuan diagnosis⁵. Langkah berkenaan amat penting terutamanya bagi golongan rentan termasuk warga emas dan ahli keluarga yang mempunyai masalah komorbiditi dalam usaha mengelakkan jangkitan tidak disedari sehingga terlewat merawatnya⁶.
Individu yang perlu menjalani ujian saringan adalah individu yang mempunyai gejala dan yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit disahkan positif COVID-19. Sekiranya anda disahkan negatif dan tiada gejala, maka tidak perlu untuk melakukan ujian ulangan⁷.
“Ujian kendiri penting kerana kebanyakan simptom selesema, Influenza-Like-Illness (ILI) dan COVID-19 adalah sama⁸. Oleh itu, dengan mengambil ujian ini, kita dapat memantau serta memastikan diri bebas daripada wabak COVID-19⁵. Menerusi ini, langkah pencegahan yang awal dapat diambil dan kita dapat mengelakkan jangkitan tidak disedari sehingga terlewat merawatnya⁶,” kata Dr Yazli.
“Golongan berisiko tinggi yang disahkan positif dinasihatkan segera hadir ke CAC di Klinik Kesihatan dan hospital kerajaan terpilih untuk dinilai kesesuaian rawatan⁹. Begitu juga dengan individu yang positif dan mengalami simptom yang semakin teruk dikehendaki hadir ke CAC atau hospital berhampiran segera untuk pemeriksaan lanjut¹⁰.”
Orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi saranan dan nasihat kesihatan termasuk amalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau jika bergejala dan dapatkan ujian COVID-19 dengan segera jika mereka mempunyai simptom¹⁰.

Golongan berisiko tinggi boleh mengalami kesan yang teruk daripada COVID-19
Jangkitan COVID-19 boleh menjadi serius sehingga menyebabkan kemasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kematian1. Antara contoh golongan berisiko tinggi termasuk warga emas, kanak-kanak, wanita mengandung, pesakit kronik atau mereka yang mempunyai komorbiditi (diabetes, hipertensi, sakit jantung, asma), pesakit imuniti rendah (kanser, HIV) serta mereka yang menghidap penyakit autoimun, seperti lupus dan rheumatoid arthritis¹² ¹³.
“Penyakit komorbid adalah salah satu istilah yang sering dikaitkan dengan penyakit COVID-19. Mereka yang mempunyai penyakit komorbid adalah lebih berisiko menderita gejala yang parah apabila dijangkiti COVID-19¹⁴,” terang Dr Yazli.
“Komorbid ditakrifkan sebagai orang yang mempunyai dua atau lebih penyakit/ keadaan perubatan yang tidak berkaitan secara serentak. Sebagai contoh, pesakit diabetes boleh menghidap tekanan darah tinggi (hipertensi), atau pesakit kanser yang menghidap penyakit asma pada masa yang sama¹⁴.”
“Saya ingin menekankan bahawa mereka yang ada komorbid adalah berisiko tinggi untuk mengalami kesan yang teruk daripada COVID-19 sekiranya dijangkiti¹⁴.”
Vaksin dan rawatan COVID-19
Mengulas lanjut, Dr Yazli juga berkongsi bahawa seiring dengan fasa 'Peralihan ke Endemik', kita perlu mengetahui dan mengambil langkah-langkah pencegahan kesihatan awam, vaksinasi dan membudayakan gaya hidup sihat seperti berikut:¹⁴
Pencegahan: Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian berlaku komplikasi penyakit COVID-19 yang lebih teruk¹⁵.
Rawatan: Rawatan diberikan kepada pesakit COVID-19, terutamanya mereka yang berisiko tinggi untuk mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk, mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian¹⁶. Rawatan harus dimulakan secepat mungkin sejak mula bergejala¹⁷.
o Ubat antiviral – Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menggunakan ubat antiviral di fasiliti kesihatan KKM bagi merawat pesakit COVID-19 kategori dua dan tiga, sejak 15 April lalu. Rawatan ini dapat mengurangkan kesan teruk jangkitan dan kadar kematian pesakit COVID-19¹⁸. Seperti yang dikatakan tadi, rawatan harus dimulakan secepat mungkin selepas diagnosis dilakukan untuk keberkesanan yang optimum¹⁷.
o Ubat antibodi monoclonal – ubat ini boleh digunakan sebagai profilaksis pra-pendedahan atau Preexposure prophylaxis (PrEP) untuk golongan yang belum dijangkiti COVID-19 tetapi berisiko tinggi untuk dijangkiti¹⁷.
“Paracetamol boleh melegakan kesakitan ringan atau sederhana seperti mengurangkan suhu badan dan/atau ketidakselesaan akibat demam. Bagaimanapun, orang ramai disarankan agar segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan jika gejala COVID-19 yang mereka alami semakin memburuk¹⁹,” jelas Dr Yazli.
“Paracetamol merupakan salah satu ubat yang digunakan untuk merawat gejala ringan COVID-19 seperti demam, orang ramai perlu sedar bahawa ia bukanlah penawar untuk COVID-19¹⁹.”
Pesanan
“Kesimpulannya, saya ingin menyarankan orang ramai untuk terus berwaspada dan bertindak pantas jika anda disahkan positif dan bergejala. Jangan perjudikan nyawa diri dan orang tersayang. Jangkitan COVID-19 masih boleh menyebabkan penyakit yang teruk sehingga membawa kematian⁴,” kata Dr Yazli.
Amalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform and Seek) dan dapatkan nasihat doktor segera, terutamanya jika anda antara golongan berisiko tinggi.
Artikel ini ditaja oleh Pfizer Malaysia. Semua pengisian ialah pendapat dan pengalaman pembicara dan tidak semestinya mewakili pandangan atau pengsyoran Pfizer.
PP-PAX-MYS-0150-13DEC2022
Rujukan
MalaysiaKini. 2,465 kes baru Covid-19, lima kematian. Last accessed: 29 Nov 2022. Last retrieved from: LINK
Kenyataan Media KPK. Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 47. Last accessed: 29 Nov 2022. Last retrieved from: LINK
Kosmo. Endemik, kita masih berisiko dijangkiti. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
Kementerian Kesihatan Malaysia. Soalan Lazim Mengenai COVID-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
Sinar Harian. Pakar saran orang ramai buat ujian kendiri Covid-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
Berita Harian. Golongan rentan perlu ujian kendiri berkala. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
DoctorOnCall. Kekerapan melakukan ujian Covid-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimana untuk membezakan simptom selesema, influenza-like-illness (ili) dan covid-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
Berita Harian. COVID-19: Pesakit ambil ubat sembuh sepenuhnya – KJ. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
Berita Harian. Kategori 1, 2A tidak perlu ke CAC - Noor Hisham. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
Majlis Keselamatan Negara. Amalkan Kaedah TRIIS. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
Kementerian Kesihatan Malaysia. Golongan berisiko tinggi COVID-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
Alodokter. Penyakit Komorbid dan Kaitannya dengan COVID-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
Kementerian Kesihatan Malaysia. Fasa 'Peralihan ke Endemik: Langkah 4 - Ketahui dan amalkan pencegahan COVID-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
Kementerian Kesihatan Malaysia. Soalan Lazim Mengenai Vaksin dan Imunisasi COVID-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
BERNAMA. Rawatan mampu kurangkan kemasukan hospital akibat COVID-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
Kementerian Kesihatan Malaysia. Kriteria Kelayakan Permulaan Rawatan Ubat. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
Berita Harian. COVID-19: Rawatan Paxlovid diperluas ke fasiliti kesihatan swasta. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK
Harian Metro. Paracetamol beri kelegaan kesakitan ringan gejala COVID-19. Last accessed: 9 Nov 2022. Retrieved from: LINK

