Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Belia mencadangkan penambahbaikan kepada Cuti Pelepasan Ibu Bapa untuk mengutamakan kesejahteraan keluarga.
Diterbitkan:  Jun 6, 2023 3:44 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Episod perintis Debathon Parlimen Belia telah disiarkan pada 27 Mei 2022 dan merupakan sesi debat yang sangat sengit. Topik bertajuk “Pelaksanaan Cuti Pelepasan Ibu Bapa?'' diperdebatkan dengan hangat oleh 10 pembahas dari seluruh Malaysia. Sesi itu dikendalikan oleh Aktivis Mahasiswa, Nurul Rifayah Muhammad Iqbal.

Dianjurkan oleh KiniEvents dan dengan bangganya disokong oleh Changemaker Partner, The Body Shop Malaysia, Youth Empowerment Partner, Taylor’s College, disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Malaysian Institute of Debate and Public Speaking (MIDP) sebagai Rakan Kemahiran Latihan Insaniah, Experiential Design Team (EDT) sebagai Rakan Metaverse. Menyertai kami tahun ini sebagai Rakan Bersama ialah UNDI 18, Institute for Research & Development of Policy (IRDP), Malaysian Youth Association of Diplomacy and Policy (MYADP), UNDI Sabah dan The Risers. Akhir sekali, Rakan Media kami yang turut menjayakan program ini, Malaysiakini, KiniTV, Cilisos Media, Astro Awani dan SAYS.

Para Pembahas yang menyertai sesi ini adalah berumur antara 16 hingga 25 tahun dan mereka telah menonjolkan banyak kelemahan berkaitan undang-undang semasa mengenai Cuti Pelepasan Ibu Bapa di Malaysia bersama-sama dengan bagaimana cuti bersalin yang baru dipinda hanya  berkeenan kepada ibu bapa yang mempunyai bayi baru lahir.

Di samping isu-isu ini, para pendebat juga telah mencadangkan cadangan yang boleh memerangi isu-isu dengan ketidaksamaan dalam sistem cuti pelepasan ibu bapa sediada dan juga bagi pihak berkepentingan mengambil inisiatif tambahan untuk mengetahui hak pekerja mereka serta memastikan dengan melaksanakan cuti pelepasan ibu bapa tambahan akan dapat mengukuhkan pertumbuhan ekonomi daripada peningkatan penyertaan tenaga buruh wanita dengan memudahkan wanita kekal dalam tenaga kerja selepas bersalin. Kenyataan para pembahas masih boleh diundi sehingga 26 Jun 2023.

Muhammad Amirul Bin Aseri, pelajar berusia 20 tahun dari Universiti Antarabangsa UNITAR telah dianugerahkan Pendebat Terbaik untuk sesi topik usul ini. Beliau dianggap cemerlang oleh panel hakim kerana beliau telah menekankan betapa Cuti Pelepasan Ibu Bapa yang sediada tidak mencukupi dan ia menjejaskan kesaksamaan jantina dan menghalang ikatan diantara ibu bapa dan anak. Beliau telah menjawab soalan dari pembahas lain yang ditujukan kepadanya dengan cemerlang.

Pendebat Terbaik dipilih oleh wakil penganjur dan rakan kongsi. Panel hakim ialah Molly Fong, Ketua Pegawai Eksekutif, The Body Shop Malaysia, Ts Wong Chee Kong, Head of School for School of Diploma Studies dari Taylor’s College, Chia Ting Ting, Ketua Pegawai Komersial, Malaysiakini Group; dan Yan Cheng, Executive, Corporate Training & Engagement dari Malaysian Institute of Debate and Public Speaking (MIDP).

Para hakim secara kolektif bersetuju bahawa para pendebat muda ini mempunyai beberapa kenyataan yang hebat seperti kekurangan cuti pelepasan ibu bapa akan menyebabkan keruntuhan institusi keluarga dan bercanggah dengan itu, cuti pelepasan ibu bapa yang terlalu banyak boleh mengurangkan produktiviti sekali gus menyebabkan kualiti kerja mereka merosot.

Undi kenyataan pembahas dan juga pembahas kegemaran anda mulai sekarang hingga 26 Jun 2023. Untuk lebih memahami kenyataan dan cadangan pembahas, anda boleh menonton ulangan sesi di sini. Pemenang Anugerah Pendebat Paling Popular akan diumumkan pada 29 Jun 2023.

Pengambilan untuk menyertai sebagai pembahas bagi topik usul ke-2 Debathon Parlimen Belia 2023 kini DIBUKA dan semua penyerahan untuk pendaftaran hendaklah diberi kepada penganjur selewat-lewatnya pada 23 Jun 2023 (Jumaat). Tiada bayaran diperlukan untuk penyertaan.

Kami berharap untuk menerima penyertaan anda dan jangan lepaskan peluang keemasan untuk berdebat sebagai pemimpin negara sendiri!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS