"Kita tidak boleh sentiasa membina masa depan untuk belia kita, tetapi kita boleh membina belia kita untuk masa depan" - Franklin D. Roosevelt (diterjemahkan).
Golongan belia merupakan aset yang tidak ternilai bagi sesebuah negara dan penglibatan aktif mereka amat penting untuk memperkukuh demokrasi negara. Tetapi bagaimana pula jika kita memberi belia tanggungjawab sebenar hari ini dengan pembentukan Kabinet Bayangan Belia rasmi?
Adakah penting bagi Malaysia untuk menubuhkan satu Kabinet Bayangan Belia rasmi dan bagaimanakan pertubuhan ini akan membawa perubahan kepada negara kita?
Menjelang 29 Julai, para belia sendiri akan berdebat isu ini. Perbahasan Kabinet Bayangan Belia ini adalah sebahagian daripada siri Debathon Parlimen Belia tahun ini. Debathon Parlimen Belia adalah sebuah program simulasi parlimen di mana para pembahas memainkan peranan sebagai ahli-ahli Parlimen (MP), sama ada sebagai ahli parlimen kerajaan atau sebagai ahli parlimen pembangkang. .
Apakah kabinet bayangan belia? Ia adalah sekumpulan anak muda yang dipilih untuk berkhidmat sebagai pembangkang simbolik kepada kabinet kerajaan. Ahli-ahli kabinet bayangan belia kerap bermesyuarat untuk membincangkan isu-isu semasa dan membangunkan cadangan dasar yang mereka percaya akan memberi manfaat, kepada golongan muda khasnya, dan kepada masyarakat secara keseluruhan.
Pada dasarnya, kabinet bayangan belia ialah kabinet bayangan versi belia. Kabinet bayangan, atau shadow cabinet, adalah satu ciri sistem pemerintahan Westminster, seperti sistem parlimen yang diamalkan di Malaysia dan di negara-negara Komanwel yang lain.
Kabinet bayangan lazimnya terdiri daripada sekumpulan ahli Parlimen Pembangkang kanan yang membentuk kabinet alternatif kepada kerajaan, dan ahli-ahlinya membayangi atau mencerminkan kedudukan setiap anggota Kabinet sebenar. Walaupun kabinet bayangan tidak mempunyai kuasa eksekutif, ia memainkan peranan penting untuk meneliti dasar dan tindakan kerajaan yang memerintah, memastikan kerajaan bertanggungjawab atas tindakan dan tindak balasnya, serta menawarkan dasar-dasar alternatif.
Konsep kabinet bayangan agak baru dalam politik Malaysia dan sehingga kini ia masih belum diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan. Kabinet bayangan pertama di Malaysia hanya ditubuhkan pada 26 September 2018.
Perbahasan Debathon Parlimen Belia mengenai isu Kabinet Bayangan Pemuda rasmi akan berlangsung pada 29 Julai 2023 secara virtual melalui metaverse 3D Dewan Rakyat. Acara itu akan disiarkan secara langsung di media sosial Malaysiakini dan para rakan kongsi acara.
Kami mengalu-alukan semua pihak yang berminat untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan ini. Para penonton juga diberi peluang untuk menyokong usul-usul yang mereka setujui melalui platform pengundian kami. Undian para penonton ini adalah simbolik, untuk menunjukkan bahawa dalam masyarakat demokratik, undi setiap rakyat penting.
Anugerah Pendebat Terbaik akan diberikan kepada pembahas yang dianggap paling cemerlang oleh panel hakim kami, dan Anugerah Pendebat Paling Popular pula akan diberi kepada pembahas yang mendapat paling banyak undi dari para penonton.
Debathon Parlimen Belia 2023 dengan bangganya diperjuangkan oleh Rakan Changemaker kami, The Body Shop Malaysia, yang terkenal dengan usahanya dalam merintis perubahan sosial serta memperkasakan belia ke arah pembinaan negara yang berjaya.
Memandangkan belia adalah masa depan negara, jenama itu percaya perwakilan belia dalam kedua-dua dasar tempatan dan nasional penting, untuk memberi dunia peluang yang lebih baik untuk menangani cabaran sosial yang paling mendesak.
Mengenai Debathon Parlimen Belia
Siri Debathon Parlimen Belia bertujuan memperkasakan belia berumur 16-25 tahun, dan membincangkan isu-isu penting di Malaysia melalui simulasi parlimen di mana peserta akan memainkan peranan sebagai penggubal undang-undang. Siri Debathon bertujuan untuk meningkatkan celik politik di kalangan belia Malaysia dan menggalakkan penglibatan belia yang lebih aktif dalam penggubalan dasar negara. Acara ini memberi belia platform untuk berkongsi pandangan dan cadangan mereka berhubung dengan undang-undang dan dasar semasa di Malaysia.
Melalui program ini, golongan belia berpeluang meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang proses penggubalan undang-undang, di samping mendedahkan diri kepada peraturan, prosedur dan etika yang perlu dipatuhi dalam setiap prosiding parlimen. Siri YPD juga telah diadakan pada tahun 2019 dan 2022.
Debathon Parlimen Belia 2023 dianjurkan oleh Malaysiakini, dan KiniEvents. Rakan Kongsi Acara termasuk The Body Shop Malaysia sebagai Rakan Perubahan, dan Taylor's College sebagai Rakan Pemerkasaan Belia, disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Experiential Design Team (EDT) sebagai Rakan Metaverse, Institut Debat dan Pengucapan Awam Malaysia (MIDP) sebagai rakan Latihan Kemahiran Insaniah, UndiSabah, Undi18, The Risers, Institutes of Research and Development of Policy (IRDP), dan Malaysian Youth Association for Diplomacy and Policy (MYADP).
Jangan ketinggalan mengikuti episod Debaton Parlimen Belia – Kabinet Bayangan Belia ini! Nantikan siaran media sosial penganjur.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penajaan acara Debathon Parlimen 2023, sila e-mel kami di [email protected] atau hubungi penerbit acara Iman Ridzwan ([email protected]) atau penyelaras acara Shuhada Natasha ([email protected]).
