Dalam era globalisasi ini, para belia mempunyai keinginan untuk turut sama menyumbang ke arah pembinaan masyarakat yang serba canggih dan maju termasuk isi cuaca.
Debathon Parlimen Belia kali ini bertajuk Akta Perubahan Iklim yang dipengerusi oleh Yang-di Pertuan Speaker, Yang Berhormat Tuan Tan Hong Pin, Ahli Parlimen Bakri pada 26 Ogos yang lepas.
Sidang kemudian diisytiharkan oleh Molly Fong, Pengarah Eksekutif InNature Berhad (The Body Shop Malaysia). Beliau menyatakan bahawa debathon ini adalah langkah baru menuju masa depan yang lebih cerah. Generasi muda diharapkan dapat mengubah status quo, mengurangi dampak negatif, dan melalui platform ini, mereka memiliki kesempatan untuk mengutarakan idea-idea inovatif.
Nur Kamilia Ng Mohammad Adam, 19 memulakan usul dengan menyatakan tindakan mengumumkan dan melaksanakan undang-undang berhubung dengan perubahan iklim adalah perlu kerana negara menghadapi kerugian yang signifikan akibat daripada fenomena ini.
“Menerusi penggubalan Akta Perubahan Iklim, mekanisme karbon bajet perlu diwujudkan bagi membantu menetapkan sasaran pengurangan perlepasan dengan cara yang adil dan berkesan” tambahnya lagi.
Ameer Hazeem Mohd Zaky, perwakilan blok pembangkang mengkritik usul membentuk bajet karbon dan menyatakan bahawa ia tidak sesuai kerana tiada penyediaan dan pengurusan yang teratur untuk menjalankannya. Beliau juga berkata krisis iklim akan membawa kerugian dan menyebabkan kebimbangan masyarakat.
“Sedarkah kerajaan tidak mempunyai undang-undang berkaitan karbon bajet dan pengurusan pun tidak rapi dan sistematik” ujarnya.

YB Jamaliah Binti Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar menyatakan bahawa pelan tindakan kerajaan perlu disertakan dengan jangka masa yang jelas dan perlu dikaji secara teliti. Pihak Pembangkang pula seharusnya memberikan cadangan yang lebih baik serta memahami sepenuhnya isu yang sedang dibincangkan.

Menurut YB Rajiv a/l Rishyakaran, ADUN Bukit Gasing; “Tindakan mungkin diperlukan untuk melengkapkan pelan tindakan dengan mengurangkan pelepasan karbon. Apa yang paling penting untuk kita adalah, penyesuaian. Kita perlu memastikan adaptasi dengan teliti diimplemen dengan melaksanakan pelan induk dalam tempoh 30 tahun”

Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong, YB Wayne Ong Chun Wei telah memimpin sesi perbincangan tersebut. Beliau menyuarakan pandangan bahawa Belia perlu diberikan pengiktirafan sebagai rakan strategik kerajaan dalam proses pembuatan keputusan.
Inistiatif hari ini merupakan satu contoh baik di mana belia dapat mengubah perspektif dan memperoleh pengetahuan untuk menghadapi perubahan iklim.
Debathon Parlimen 2023: Wakil Generasi Muda Membincangkan tentang Perubahan Iklim dan Undang-Undang yang berkaitan.

Walaupun hujahan dari pihak pembangkang bertalu-talu, Muhammad Haikal Khairi, dari pihak kerajaan telah dinobatkan pendebat terbaik untuk sekaligus merangkul kemenangan bagi pihak kerajaan.
Muhammad Haikal berkata dalam hujah terakhirnya, “Pihak kerajaan dan pihak pembangkang perlu bersetuju yang kita perlukan pengisytiharan krisis iklim dengan membuat laluan belanjawan karbon bajet. Akta Perubahan Iklim juga memerlukan kerajaan Malaysia menghasilkan program adaptasi kebangsaan dan mencari cara yang sesuai untuk menyesuaikan diri dengan perubahan iklim ini sendiri” ujarnya.

Acara diakhiri dengan ucapan Menteri Sumber Ali, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad yang memberi penjelasan lanjut bahawa perubahan iklim merupakan isi yang kompleks dan penyusunan undang-undang bukanlah satu-satunya penyelesaian yang sempurna.
Anda boleh tonton semula siaran langsung Debathon Parlimen Belia 2023 Usul 3: Akta Perubahan Iklim - SINI
Layari https://mk.my/YPDFG untuk maklumat lanjut.
Debathon Parlimen Belia 2023 dianjurkan oleh Malaysiakini, dan KiniEvents. Rakan Kongsi Acara termasuk The Body Shop Malaysia sebagai Changemaker Partner, dan Taylor's College sebagai Rakan Pemerkasaan Belia, disokong oleh Parlimen Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan, Experiential Design Team (EDT) sebagai Rakan Metaverse, Institut Debat dan Pengucapan Awam Malaysia (MIDP) sebagai rakan Latihan Kemahiran Insaniah, Malaysian Timber Certification Council (MTCC), UndiSabah, Undi18, The Risers, Institutes of Research and Development of Policy (IRDP), dan Malaysian Youth Association for Diplomacy and Policy (MYADP). UNDI Sabah, The Risers, The Malaysian Hub, Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), IIUM Student Union, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Angkatan Mahasiswa UM, Suara Siswa Universiti Malaya, Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Taylor's University Student Council.
