BEST Express Malaysia dengan bangganya mengumumkan kempen terbaru, "'Pilih BEST dalam Musim BEST " sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Kempen ini menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menikmati kadar promosi eksklusif sebanyak RM4.99 (harga sebelum SST) untuk 5 kg pertama penghantaran di Malaysia.
Promosi ini telah bermula sejak 1 September 2023 dan akan berterusan sepanjang tempoh kempen.
"Kami bersyukur dapat memperkenalkan kempen “Pilih BEST dalam Musim BEST” di Malaysia. Dengan adanya kempen ini, kami berharap dapat membantu perniaga serta individu dengan penyelesaian penghantaran yang mudah, berpatutan, dan boleh dipercayai. Matlamat kami bukan hanya untuk menghantar bungkusan, tetapi kami berdedikasi untuk mencipta pengalaman yang indah kepada pengguna servis kami," kata Jessy Sun, Pengurus Besar BEST Inc Malaysia dan Singapura.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, BEST Express Malaysia menawarkan kadar penghantaran eksklusif yang direka untuk mengajak peniaga-peniaga meningkatkan operasi penghantaran mereka. Dengan menyediakan akses kepada kadar yang lebih murah, syarikat ini sedia membantu perniagaan dari pelbagai saiz, membolehkan mereka meningkatkan daya saing dan keuntungan perniagaan mereka.
Kempen ini merupakan salah satu langkah penting dalam usaha berterusan BEST Express Malaysia untuk merevolusikan industri penghantaran. Syarikat BEST Express juga berhasrat untuk terus melabur dalam revolusi teknologi canggih serta memastikan operasi perniagaan sentiasa lancer. Ini bertujuan untuk menaikkan semula kepercayaan pelanggan terhadap servis penghantaran serta kecekapan kos.
Kempen ini tersedia untuk semua pengguna BEST Express Malaysia, termasuk Pengguna Am dan pelanggan Akaun Utama (KA). Pelanggan boleh memanfaatkan tawaran istimewa ini sepanjang tempoh kempen berlangsung. Para pelanggan boleh menikmati promosi ini untuk penghantaran dari;
Semenanjung Malaysia ke Semenanjung Malaysia
Sabah ke Sabah
Sarawak ke Sarawak
"Kami bukan sahaja menawarkan penjimatan kos, tetapi juga ingin mengukuhkan kedudukan kami sebagai kurier pilihan pelanggan dalam industri penghantaran."
“Pelanggan kami merupakan tulang belakang kami, dan kempen “Pilih BEST dalam Musim BEST” adalah tanda penghargaan kami atas kepercayaan dan kesetiaan mereka. Semasa kami melancarkan kempen ini, kami mengingati tentang hubungan yang telah dibina bersama pelanggan kami,” sambung Jessy Sun.
Untuk butiran lanjut, hubungi atau kunjungi cawangan terdekat: https://www.best-inc.my/fstatic?type=serviceLocation
