Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Ekosistem Sewaan Jangka Pendek Malaysia yang Berkembang Pesat: Pemangkin untuk Pertumbuhan Pelancongan dan Ekonomi
Diterbitkan:  Sep 8, 2023 7:46 PM
Dikemaskini: 11:46 AM

Jika anda gemar melancong, kemungkinan besar anda pernah mendengar atau menginap di salah sebuah penginapan sewaan jangka pendek (STRA) di Malaysia.

STRA lazimnya  merujuk kepada penginapan yang disewa untuk tempoh yang singkat dari beberapa hari hingga beberapa minggu. Dengan berdasarkan konsep perkongsian rumah, ia membolehkan orang ramai berkongsi ruang mereka dengan para pengembara.

Memacu Pertumbuhan Pelancongan Global 

Menurut kajian terbaharu oleh Skift, rantau Asia Pasifik dijangka akan menjadi pasaran yang paling berpotensi untuk STRA pada beberapa tahun akan datang.¹ Dalam pada itu, Kuala Lumpur didapati merupakan antara bandar paling popular di Asia Tenggara di Airbnb pada tahun lepas.²

Selari dengan sasaran Malaysia untuk mencapai 23.5 juta kunjungan pelancong antarabangsa³ dan pelancaran Pas Nomad DE Rantau baru-baru ini, STRA bersedia untuk memainkan peranan unik dalam menarik pelbagai jenis pengembara, daripada pengembara berkumpulan sehinggalah warga nomad digital dan pelancong perubatan.

Nigel Anthony Fernandez, tetamu Airbnb

Menurut Nigel Anthony Fernandez yang gemar melancong, Airbnb sentiasa menjadi pilihan utama untuk percutian keluarganya, kerana ia membolehkan mereka tinggal bersama di bawah satu bumbung sewaktu bercuti.

Dr Jayanthi Arasoo, Perunding, pusat IVF @ Medini, Gleneagles Hospital Medini, Johor

Dr Jayanthi Arasoo, pakar IVF yang menetap di Johor, berkata ramai pesakit biasanya menempah penginapan bersebelahan dengan hospital sewaktu menjalani prosedur IVF penuh yang mengambil masa 19 hari.

Kongsi beliau, “Dari perspektif pelancongan perubatan, kepelbagaian pilihan penginapan dan membenarkan penginapan sewaan jangka pendek adalah penting. Ia menyediakan lebih banyak jenis penginapan yang berhampiran dengan hospital, ruang yang lebih besar untuk berehat, serta keselesaan untuk pesakit, seperti berada di rumah sendiri.”

Sebuah Ekosistem yang Berkembang Pesat

Jay T., Pemilik Bersama, Watercolour Bakery & Cafe

Jay T, 46 tahun, merupakan seorang pengusaha kedai bakeri di The OOAK Suites and Residences @ Kiara 163, iaitu apartmen servis popular yang terletak di Mont Kiara. Memandangkan ramai pelanggannya terdiri daripada tetamu STRA, beliau percaya STRA telah mencipta satu ekosistem yang bermanfaat untuk perniagaan kecil seperti perniagaan beliau.

Selain perniagaan tempatan, STRA turut mewujudkan permintaan untuk perkhidmatan yang berkaitan sekali gus menyediakan peluang pekerjaan baharu. Rosliana Mohd Yusof, 45 tahun, merupakan pengurus pengemasan rumah di Salaam Suites, sebuah syarikat pengurusan sewaan yang menyediakan perkhidmatan pembersihan, kelengkapan, pembaikan dan penyelenggaraan sehenti untuk hartanah STRA. 

“Saya percaya banyak perniagaan yang mendapat manfaat daripada STRA, seperti industri pembersihan yang saya ceburi, industri makanan & minuman, perkhidmatan dobi dan kedai runcit yang berdekatan,” kongsinya.

Peraturan yang Sesuai Diperlukan

Seiring dengan perkembangan peranan perkongsian rumah dalam ekonomi pelancongan, industri tersebut mesti dikawal selia secara efektif dan saksama. 

“Dalam tempoh ekonomi mencabar ini, perkongsian rumah boleh menjadi sumber pendapatan tambahan yang kritikal buat rakyat Malaysia. Penginapan jangka pendek, sama ada di hartanah bertanah, bangunan bertingkat atau inap desa (homestay) harus digalakkan dengan peraturan yang sesuai, dan bukannya larangan menyeluruh,” kata Datin Grace Xavier, bekas Profesor Madya & Felo Penyelidik di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya. 

Dato’ Seri Naresh Mohan, Ketua Pegawai Eksekutif Trinidad Group Malaysia, berkata, “Sewaan jangka pendek telah menjadi game changer dan mencipta satu industri baharu yang menawarkan penginapan unik buat semua jenis pengembara – daripada keluarga antara generasi, sehinggalah kumpulan rakan dan pengembara jangka panjang. Platform pelancongan global dalam talian mempunyai saluran meluas yang boleh meningkatkan kebolehlihatan serta daya tarikan Malaysia dalam kalangan komuniti pengembara antarabangsa.

“Amat penting peraturan kita membantu memupuk ekonomi pelancongan yang berkembang pesat, bagi memperkasakan pemilik rumah, usahawan dan pengguna Malaysia yang ingin membuat pilihan termaklum tentang penginapan percutian mereka berdasarkan keutamaan dan keperluan peribadi mereka.”

Dato' Seri Naresh Mohan, Ketua Pegawai Eksekutif, Trinidad Group Malaysia

Rujukan

¹ Short-Term Rentals: Asia Pacific Focus, Skift Research

² Berdasarkan data dalaman Airbnb untuk 2022.

³ Tourism Malaysia


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS