Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Menikmati Rasa Asli Eropah dan Malaysia
Diterbitkan:  Oct 2, 2023 3:45 PM
Dikemaskini: Oct 3, 2023 2:14 AM

Benua Eropah mempunyai gabungan antara sejarah, seni, budaya dan juga kecantikan semulajadi yang memukau. Daripada keajaiban senibina Paris dan Viena beralih kepada keindahan landskap Scandivinia, menjadikan ianya satu tarikan kepada pelancong dan penduduk asal dengan keunikannya. Di sebalik mercu tanda dan pemandangan yang ikonik, Eropah mempunyai pelbagai jenis makanan, minuman beralkohol dan wain yang kebanyakannya telah dilabelkan oleh petunjuk geografi(GI). GI memberikan satu pemahaman yang lebih mendalam tentang Eropah, dengan memberikan pengiktirafan untuk kualiti dan keaslian sesuatu produk. Sama ada menikmati Camembert de Normandie di desa Perancis atau menikmati Lubecker Marzipan di Jerman, GI menambah lebih keaslian di dalam pengembaraan anda, menjadikan ianya memori yang sukar untuk dilupakan.

Berbicara tentang topik ini, kita akan mengetahui bagaimana system GI ini bukan sahaja membentuk pasaran Eropah tetapi juga memainkan peranan dalam mentransformasikan ekonomi Asia, termasuk Malaysia di mana kita juga melindungi banyak produk tempatan dengan GI, antaranya Lada Sarawak.

GI dan Potensinya di Malaysia

Lada Sarawak Malaysia ditanam di tanah gunung berapi yang subur di kawasan pergunungan Pulau Borneo, khususnya di negeri Sarawak. Keadaan persekitaran yang unik ini membuatkan lada ini menjadi berkualiti tinggi; ianya tidak terlalu pedas – gabungan rasa manis yang seimbang, rasa pedas yang disulam dengan lada kasar yang pastinya melekat di lidah anda. Ianya diperkaya dengan pelbagai jenis hidangan – dari hidangan pencuci mulut ke perencah perapan BBQ. Proses penanamannya merupakan satu seni kerana untuk menunggu pokok anggur itu matang sepenuhnya, ianya memakan masa berbulan-bulan, dan proses itu dilakukan dengan teliti dan kebiasaannya dilakukan dengan menggunakan tangan oleh buruh-buruh di ladang-ladang kecil

Dalam pada Malaysia meraikan GI yang datang dari khazanah muka buminya seperti Lada Sarawak, perlu juga kita perhatikan GI Eropah yang dilindungi di Malaysia, seperti Parmigiano Reggiano yang berasal daripada Itali. Keju ikonik ini berasal daripada wilayah Itali, Parma, Reggio Emilia, Modena, Bologna, dan Mantua, di mana tukang masak dikawal rapi untuk memastikan mereka mengikut kaedah tradisional..Rasanya yang pelbagai adalah hasil daripada proses yang memakan masa hampir 12 bulan, kadangkala boleh mengambil masa sehingga 36 bulan untuk rasa yang lebih kuat.  Parmigiano Reggiano mempunyai peranan penting di dalam industri kulinari, digunakan di dalam hidangan pasta, salad, sup dan risotto di serata dunia  . Keju ini diilhamkan oleh satu keluarga pemilik kilang tenusu yang sememangnya memiliki salahsilah dalam pembuatan keju. Parmigiano Reggiano selalunya dinikmati sebagai satu produk import premium di kebanyakan kedai keju mewah, seringkali menjadi pilihan dalam hidangan tempatan dan kontemporari.

Status GI Parmigiano Reggiano bukan sahaja diiktiraf sebagai yang terbaik, ianya juga memberi manfaat di wilayah asalnya di Itali dalam industri pelancongan, Pelancong yang datang ke wilayah ini boleh turut serta dalam lawatan untuk merasa keju, menghadiri bengkel, dan menyaksikan sendiri bagaimana proses pembuatan keju ini dilakukan dengan cara tradisional. Aktviti-aktiviti pelancongan memberikan sumbangan kepada ekonomi tempatan dan telah menjadi satu identiti yang kuat di wilayah ini.

Lada Sarawak dan Parmigiano Reggiano menjadi satu contoh makanan tradisi zaman-berzaman dengan status GI. Sehingga kini, tiada GI daripada Malaysia yang didaftarkan di Eropah, menjadikan produk dari Malaysia berpotensi untuk perdagangan Malaysia-Eropah di dalam senarai barangan yang diiktiraf oleh GI. Kedua-dua negara mendapat keuntungan yang sama, bukan hanya secara ekonomi malah dapat meningkatkan kualiti dan memelihara khazanah warisan budaya masing-masing.

Kepentingan GI

Gi tidak hanya membantu memlihara budaya, warisan dan sejarah, tetapi label ini juga membantu memacu ekonomi. Di Eropah, sektor GI  bernilai EUR 77 bilion dan menyumbang sebanyak 15% daripada jumlah eksport makanan dan minuman. Di kawasan luar bandar, GI terus membantu warga desa melangsungkan kehidupan kerana ianya mewujudkan satu ekonomi yang kukuh dengan memacu permintaan barangan keluaran tempatan. Produk dengan label GI selalunya datang dengan harga premium, memberikan margin keuntungan yang lebih kepada pengeluar. Kestabilan ekonomi ni membantu menambah penduduk luar bandar dan penerusan amalan tradisi.  Selain itu, GI juga memainkan peranan dalam memupuk semangat berkomuniti kerana peladang, pengeluar dan kebanyakan pakar dari luar bekerjasama untuk sama-sama berkolaborasi. Usaha terbuka ini membantu meningkatkan kualiti pengeluaran dan membuka ruang untuk membina rangkaian perniagaan dan berkongsi ilmu.

Di samping itu, banyak produk yang mempunyai label GI menggunakan kaedah pengeluaran yang mesra alam, sekaligus membantu mengurangkan pencemaran dan ke arah persekitaran yang lebih sihat  Jadi, bila anda memilih produk dengan label GI, anda menyokong satu sistem yang meningkatkan pemeliharaan warisan budaya, memacu ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

Pelancongan Eropah dan GI:Jalinan Hubungan

Bukan sahaja budaya, kepelbagaian sejarah dan seni bina yang memukau yang menjadi daya tarikan di Eropah, GI juga menajdi antara daya tarikan. Untuk pelancong yang mahukan kelainan, pengembaraan di Eropah menjadi pengalaman yang lebih bermakna dengan GI.  Menikmati produk GI bukan hanya pada rasa, ianya boleh menyingkap kisah di sebaliknya, seperti mengetahui pertalian antara wain dan anggur. Jalinan antara tempat dan produk ini menjadikan pengembaraan lebih bermakna dan unik.

Wilayah yang terkenal dengan GI mempunyai pengunjung yang tidak putus-putus dan mereka sangat teruja untuk turut serta merasai pengalaman ini sekaligus memacu kepada peningkatan ekonomi. Bermula dengan melawat ladang anggur di Perancis ke Bengkel Marzipan di Jerman, sektor pelancongan melihatkan akan kenaikan mendadak dengan tawaran menarik ini. Wilayah yang memanfaatkan produk GI mereka, menganjurkan festival, lawatan dan merasai pengalaman persekitaran, mengukuhkan perniagaan tempatan dan juga sektor perhotelan. GI juga boleh berfungi sebagai penanda aras untuk kestabilan pelancongan. Kini, pelancong boleh dikatakan lebih ‘cerewet’ , mereka mencari pengalaman yang lebih mesra alam,idea ini selaras dengan cara tradisional pengeluaran produk GI yang menggunakan kaedah tradisional.

Melindungi Pengeluar dan Pengguna

Petunjuk Geografi (GI) bukan sekadar label - ianya adalah perjanjian. Untuk pengguna di Malaysia, GI berfungsi sebagai satu indikator keaslian dan kualiti. Apabila sesebuah produk mempunyai label GI, pembeli diberi jaminan bahawa ia bukan hanya tentang asal geografinya, malah ciri-ciri yang unik, dan kualiti  yang sememangnya berkait dengan tempat asalnya..Ini membolehkan pengguna membuat pilihan yang lebih bijak,yakin bahawa mereka membeli barangan asli, yang berkualiti tinggi.

Bagi pengeluar secara amnya, keistimewaan perlindungan produk GI mempunyai banyak cabang.  Paling penting, ianya menjadi satu perisai untuk menentang persaingan yang tidak adil.  Dalam pasaran global yang dipenuhi dengan replika, produk yang diitikraf GI –yang sentiasa dibangunkan dari generasi ke generasi- boleh memastikan ianya tidak boleh dituntut secara palsu oleh orang lain. Langkah perlindungan ini memberi keyakinan kepada pengeluar asli bahawa produk mereka tidak akan dapat diciplak.

Di Mana Budaya Bertemu Alam Semulajadi

GI menggabungkan alam semulajadi dan juga budaya, di mana kemahiran tradisional boleh mengubah apa yang alam semula jadi kepada produk yang menarik dengan kualiti yang sangat baik. Barangan-barangan ini mempunyai impak kepada ekonomi: di mana dengan melawat kawasan pengeluar dan menyokong barangan dengan label GI, kita memacu pembangunan kawasan luar bandar, memastikan mereka dapat terus melangsungkan kehidupan dan memelihara kemahiran dan pengetahuan tradisional  Ada lebih 54 negara di Asia Tenggara yang diiktiraf di dalam sempadan Eropah melalui perjanjian perdagangan dan permohonan terus ke Eropah. Pengiktirafan ini lebih daripada hubungan perdagangan; ianya adalah bukti pemahaman budaya dan rasa hormat yamg dikongsi bersama.

Contoh ini, di mana GI meningkatkan ekonomi tempatan dan pelancongan, memberikan panduan bagaimana negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, boleh meningkatkan pemeliharaan kebudayaan dan memacu ekonomi.. Jadi, selepas ini, jika anda mempunyai perancangan untuk melancong, di Eropah atau di mana-mana, ataupun sedang mempertimbangkan pembelian cenderahati, ingatlah bahawa anda mempunyai kuasa dan peluang untuk berbelanja ke arah kualiti, keaslian dan ke arah ekonomi yang mampan.  

Ketahui bagaimana GI boleh menjadikan pengalaman Eropah anda sebagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan:  https://www.facebook.com/IPKey.eu / https://twitter.com/IPKey_EU


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS