Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Serlahkan kreativiti rekaan fesyen Muslimah pada harga mampu milik di KWC
Diterbitkan:  Oct 10, 2023 9:57 AM
Dikemaskini: 1:57 AM

Saban tahun, arus trend fesyen Muslimah sentiasa berubah dan berlalu dengan pantas mengikut peredaran semasa. Ada yang masih mengikut gaya zaman dahulu untuk dijadikan fesyen terkini dan membuat sedikit perubahan yang menunjukkan gaya kemodenan zaman sekarang.

Inovasi dalam fesyen lazimnya akan melibatkan rekaan, warna, jenis kain dan penggunaan teknologi dalam pembuatannya.

Bagi individu yang ingin membina empayar fesyen sendiri tetapi tidak tahu dimana untuk membeli produk perniagaan, jangan lepaskan peluang untuk singgah di KWC Fashion Wholesale. Hub fesyen borong pertama di Malaysia ini pasti membuat anda rambang mata dengan pilihan-pilihan yang ada!

Kunjungi pusat beli-belah fesyen pukal terbesar di Kuala Lumpur!

KWC menghimpunkan direktori perniagaan fesyen yang komprehensif. Dengan lebih daripada 800 kedai, KWC menawarkan produk tempatan berkualiti seperti fesyen muslimah, pelbagai jenis rekaan tudung dan abaya yang berkualiti pada harga yang berpatutan di bawah satu bumbung.

Di samping itu, jika anda ingin mencari pelengkap gaya yang sesuai bagi menyerlahkan penampilan anda, KWC pastinya menawarkan pelbagai aksesori harian sehingga aksesori bagi majlis-majlis khas seperti perkahwinan dan perayaan.

7 Tips untuk menjadi pereka fesyen yang unggul

Jika anda telah menghabiskan tahun-tahun formatif anda menonton "Projek Runway," membaca majalah Vogue dan melawat blog fesyen, anda pasti menyimpan keinginan untuk mengikuti jejak ikon-ikon fesyen yang terkenal. Tetapi apakah tips-tips permulaan yang anda perlukan untuk menjadi pereka fesyen?

1) Kehendak pasaran

Pereka perlu sentiasa bersedia dengan keperluan pasaran kerana trend dan cita rasa pelanggan sentiasa bertukar. Harus diingat industri fesyen terlalu banyak saingannya. Di KWC, pereka dan pemborong fesyen boleh mendapatkan pelbagai rangkaian fesyen Muslimah terkini termasuk pakaian moden dan tradisional yang dapat memenuhi kehendak pasaran hari ini.

2) Hubungan komunikasi yang efektif

Kejayaan dalam industri ini adalah bergantung kepada hubungan komunikasi yang efektif dengan rakan sekerja atau pelanggan.

3) Menyuntik elemen segar

Pereka perlu menyuntik elemen segar dalam diri mereka dan juga berusaha keras membuat lebih banyak penyelidikan, kerja-kerja perundingan profesional yang berkaitan untuk memastikan mereka selari dengan trend semasa.

Jika anda seorang pereka fesyen, anda boleh kunjungi pelbagai butik disini yang menawarkan servis jahit pukal dimana rekaan anda dibuat oleh butik tersebut serta berbincang tentang trend terbaru seperti jenis kain, hiasan, dan sebagainya.

4) Ekonomi dan estetika

Walaupun fesyen melibatkan aspek kreativiti, tetapi kepentingan dari aspek perniagaan seperti penjenamaan dan pemasaran hasil sesuatu rekaan perlu juga diambil kira.

5) Jaringan

Pereka perlu memanfaatkan segala saluran jaringan yang ada (networking) dalam industri.

6) Aspek komersial

Di samping rekaan yang menarik dan elegan, pereka perlu mempunyai kesedaran tentang kepentingan aspek komersil dalam hasil karya mereka.

I Love Fesyen Pada Harga Borong!

Di KWC, pemborong boleh mendapatkan barang dengan harga jauh lebih berpatutan berbanding dengan pembekal tempatan.

Selain harga mampu milik, KWC juga menawarkan kaedah perniagaan untuk usahawan baru seperti menjadi dropship, ejen atau membeli secara pukal. Terdapat juga kedai di KWC yang menawarkan pembelian khusus di mana pemborong boleh mengeluarkan reka bentuk tersendiri.

Untuk perniagaan yang sedang bersiap sedia untuk jualan dalam talian seperti promosi 10.10, 11.11, jualan akhir tahun dan lain-lain, para pemborong digalakkan untuk mendapatkan stok barangan dari KWC!

Selain membeli-belah, KWC Fashion Wholesale juga menawarkan pilihan makanan tempatan dan minuman semasa membeli-belah. Pengunjung boleh memilih untuk menjamu selera di medan selera di tingkat 7 atau gerai mesra pelanggan yang lain yang terletak di setiap tingkat.

Khidmat penghantaran domestik yang cepat dan berpatutan

Jika anda memesan pakaian atau barang lain dari KWC secara online, anda boleh mendapatkan barangan dengan cepat, kerana KWC mempunyai pelbagai perkhidmatan bungkusan seperti J&T Express, Pos Laju, Miracle Express, Ninja Van, KEX Express, Pos Store, MBE, dan Parcel Hub di ‘Lower Ground’ dan ‘Ground floor’.

Walaupun hanya menawarkan perniagaan borong sahaja, KWC Fashion Wholesale juga berfungsi sebagai pusat beli-belah yang lengkap dengan kemudahan seperti perbankan, restoran, dewan acara, perbankan dan perkhidmatan perniagaan yang lain.

Info lanjut
Alamat:
No 2, Jalan Gelugor, Pudu, 55200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 10am - 7pm (8pm pada hari Jumaat dan Sabtu)
Stesen MRT terdekat: Hang Tuah
Jenis Kedai: Fesyen Unisex/Tempatan

Dapatkan semuanya di KWC Fashion Wholesale hari ini! Tonton video promosi borong KWC bertajuk  “Fesyen Borong di Kuala Lumpur” di SINI dan layari https://www.kenangacity.com.my/ms/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan butik di KWC Fashion Wholesale.

Anda juga boleh kunjungi media sosial KWC di Facebook, Instagram dan TikTok. Serlahkan kreativiti fesyen rekaan anda di KWC!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS