Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
McDonald’s Malaysia komited dengan membayar Zakat Perniagaan secara konsisten
Diterbitkan:  Oct 13, 2023 7:07 PM
Dikemaskini: 11:07 AM

Tahukah anda bahawa zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan? Ia memainkan peranan penting dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya golongan asnaf.

Menyantuni komuniti setempat adalah nilai teras McDonald’s Malaysia

Sejak dari restoran pertama McDonald’s Malaysia dibuka pada tahun 1982 sehingga sekarang, McDonald’s Malaysia sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan komuniti di sekitar lokasi pengoperasiannya.

Pada tahun 2017, McDonald’s Malaysia menjadi entiti yang diusahakan oleh 100 peratus milik orang Islam apabila ia diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza yang beroperasi di Arab Saudi.

Setelah cukup syarat untuk menjadi pembayar zakat pada tahun 2017, maka membayar zakat menjadi salah satu daripada aktiviti kemasyarakatan McDonald’s Malaysia yang dilaksanakan setiap tahun kepada agensi-agensi mengurus zakat yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia.

Sama ada melalui sumbangan zakat mahupun melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR), McDonald’s Malaysia sentiasa mendukung komitmen untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Pada tahun 2019, McDonald’s Malaysia merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP. Manakala pada tahun 2020, syarikat tersebut juga menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada Lembaga Zakat Selangor.

Pengiktirafan ini menggambarkan sumbangan McDonald’s Malaysia terhadap masyarakat serta ia menyempurnakan Pensijilan Halal yang dimiliki oleh syarikat itu.

McDonald’s Malaysia telah menyumbangkan zakat korporat bagi tahun 2023 berjumlah RM100,000 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

“Sebagai sebuah syarikat yang dimiliki orang Islam, McDonald’s Malaysia menyedari kepentingan menunaikan kewajipan zakat untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Usaha ini bukan sahaja penting atas dasar tuntutan agama, tetapi hikmahnya adalah untuk kita berkongsi sedikit rezeki untuk meringankan beban mereka yang dalam kesusahan. Ini adalah nilai utama yang diterapkan oleh McDonald’s Malaysia,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Dalam majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), McDonald’s Malaysia turut santuni 50 anak yatim dengan sumbangan keperluan sukan

Sumbangan Zakat Perniagaan 2023 McDonald’s Malaysia

Salah satu usahanya pada tahun 2023 ialah melaksanakan pembayaran zakat sebanyak RM2 juta kepada agensi-agensi mengurus zakat yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri. Sehingga tahun ini, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan berjumlah hampir RM12 juta di seluruh Malaysia.

Pembayaran zakat tahun ini memberikan impak kepada golongan asnaf yang berada di bawah pusat pusat agihan zakat di 14 negeri yang menerima zakat daripada McDonald’s Malaysia.

Pembayaran Zakat Selari Perkembangan Perniagaan

Sebagai sebuah syarikat yang kini mengendalikan lebih 350 restoran di seluruh negara, McDonald’s Malaysia membuktikan bahawa perkembangan perniagaan mereka bukan sahaja untuk meraih keuntungan semata-mata, tetapi juga untuk menyantuni komuniti dan masyarakat di sekitar lokasi restoran-restorannya.

“Dengan berkembangnya operasi McDonald’s Malaysia di seluruh negara, kami juga berharap dapat terus menyantuni masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan termasuk pembayaran zakat,” tambah Dato’ Azmir.

Selain membayar zakat, McDonald's Malaysia juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus mendukung komitmen Halalnya kepada para pengguna dalam semua aspek perniagaan.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS