Setiap bulan Oktober, McDonald’s Malaysia meraikan Bulan Komuniti untuk terus mengukuhkan komitmen kemasyarakatannya dan menceriakan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Yang menariknya sepanjang bulan ini, McDonald’s akan memperuntukkan RM300,000 bagi menganjurkan majlis sambutan hari jadi bersama 12 ribu anak yatim dari 400 rumah kebajikan yang terpilih di seluruh negara.

“Program Komuniti McDonald’s dan RMHC merupakan satu inisiatif yang memayungi segenap usaha kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh kami sejak tahun 2017 dengan sokongan RMHC Malaysia. Sehubungan itu, McDonald’s Malaysia mengambil pendekatan melalui majlis sambutan hari jadi bagi menceriakan dan mencipta kenangan manis untuk anak-anak yatim. Ini cara kami menyumbang kembali kepada masyarakat, yang sentiasa menyokong kami selama ini,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.
Mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk menceriakan anak-anak yatim

Majlis sambutan hari jadi yang diadakan di Yayasan An-Nur Maisarah di Chemor, Perak baru-baru ini merupakan antara majlis sambutan hari jadi terawal yang dianjurkan bagi membuka tirai Bulan Komuniti McDonald’s pada tahun ini dan berjaya menceriakan anak-anak yatim dengan pelbagai aktiviti menarik serta kehadiran rakan artis.

Majlis sambutan hari jadi sebegini akan terus diadakan sehingga penghujung Oktober, sama ada di rumah kebajikan kanak-kanak atau di restoran McDonald’s.
Selain daripada sambutan hari jadi, McDonald’s Malaysia turut menyumbangkan barangan keperluan rumah bernilai RM5,000 kepada Yayasan An-Nur Maisarah untuk membantu mereka meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan anak-anak.
90 Pek Kembali Ke Sekolah turut diberikan anak-anak yatim di Yayasan An-Nur Maisarah

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) turut menyokong pelaksanaan Bulan Komuniti tahun ini dengan pemberian Pek Kembali Ke Sekolah kepada anak-anak yatim. Sebanyak 90 Pek Kembali Ke Sekolah disampaikan kepada anak-anak yatim di Yayasan An-Nur Maisarah.
“Saya berasa sangat gembira McDonald’s Malaysia memilih Yayasan An-Nur Maisarah untuk menjayakan Bulan Komuniti mereka pada tahun ini. Ini kali pertama kami menjalin kerjasama dengan McDonald’s Malaysia dan menyambut majlis hari jadi secara besar-besaran seperti ini. Kemeriahan jelas terasa dengan beberapa kek yang besar, dekorasi yang berwarna-warni dan ditambah pula dengan aktiviti permainan yang sangat menarik. Wajah gembira dan teruja anak-anak ini jelas kelihatan dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada McDonald’s Malaysia,” kata Dr. Fazillah Nordin, Pengarah Yayasan An-Nur Maisarah yang juga mesra dipanggil ‘ibu’ oleh anak-anak yatim di sini.
Sebagai kemuncak dan mengakhiri pelaksanaan Bulan Komuniti McDonald’s tahun ini, buat pertama kalinya, McDonald’s Malaysia akan menganjurkan Karnival Famili Mekdi yang merupakan acara terbuka untuk orang ramai dengan pelbagai aktiviti menarik.
Rumah-rumah kebajikan kanak-kanak terpilih juga dijemput untuk memeriahkan lagi karnival ini di beberapa lokasi iaitu:
Perkarangan McDonald’s Putrajaya pada 28-29 Oktober
Penang Auto City pada 4-5 November
Mutiara Rini, Johor Bahru pada 10-11 November
Ikuti platform media sosial McDonald’s di Instagram dan Facebook untuk maklumat lanjut.
