Gout berlaku apabila tedapat kandungan asid urik yang berlebihan dalam badan atau keadaan yang digelar hiperurisemia. Asid urik adalah bahan semula jadi yang terhasil dari proses pemecahan purin. Purin juga merupakan bahan semula jadi yang terkandung dalam pelbagai jenis makanan seperti makanan ringan, jenis makanan laut yang tertentu, minuman tinggi fruktosa dan banyak lagi.
Hiperurisemia kebiasaannya terjadi disebabkan badan menghasilkan terlalu banyak asid urik, badan tidak mampu membuang keluar asid urik dengan efisien atau kombinasi kedua-dua proses ini. Apabila terdapat terlalu banyak asid urik yang terkumpul di dalam badan, ia akan membentuk kristal pada sendi menyebabkan bengkak dan sakit.
Gout biasanya menyebabkan kesakitan. Tanpa rawatan yang sewajarnya, gout boleh menyebabkan anda sukar untuk melakukan aktiviti seharian anda. Jadi, ia amat penting untuk anda mendapatkan diagnosis dan rawatan secepat yang mungkin.
Dengan diagnosis dan pengurusan gout yang sewajarnya, gout boleh dikawal. Rawatan bagi gout termasuklah ubatan untuk mengurangkan asid urik dan kesakitan daripada pembentukkan kristal asid urik pada sendi-sendi. Sila dapatkan nasihat daripada pengamal kesihatan anda sebelum mengambil mana-mana ubatan untuk merendahkan paras asid urik anda.
Bagi yang menghidapi gout, anda boleh mencuba tip-tip di bawah:
Elakkan daripada melakukan aktiviti fizikal berimpak tinggi yang mungkin akan memberikan tekanan pada sendi anda.
Gunakan tongkat ketika berjalan untuk mengurangkan tekanan pada sendi.
Minum air kosong yang mencukupi untuk kekal terhidrat.
Elakkan makan makanan yang tinggi purin secara berlebihan.
Elakkan minum alkohol.
Ural® adalah pengalkali air kencing yang berkesan untuk gout¹. Diperbuat di Australia, Ural® adalah pengalkali air kencing berperisa lemon tanpa gula yang mudah untuk diambil.

Ia berkesan kerana natrium bikarbonat dalam Ural® meningkatkan ion bikarbonat dalam air kencing dan meningkatkan nilai pH air kencing, menjadikan ia lebih beralkali dan seterusnya menggalakkan pelarutan kristal asid urik¹.
Dengan mengekalkan air kencing beralkali, pelarutan sebenar batu karang jenis asid urik boleh dicapai. Ural® membantu mencegah pengkristalan asid urik dalam terapi gout dan juga pelarutan batu karang jenis asid urik¹.
Bantu badan anda kurangkan paras asid urik dengan Ural hari ini!
Ural boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara.
Rujukan:
1. Ural® Malaysia PI, April 2022.
KKLIU 2796 / EXP 31.12.2025
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
